Bahagian 50

825 20 8
                                    

Di dalam keadaan aku masih lagi terkejut dengan kehilangan Deianira, aku sendiri tidak sedar sudah beberapakah das tembakan yang dilepaskan Alex kepadaku sebelum jantungnya ditikamkan Asteria dengan menggunakan tombak. Serentak kami sama-sama tumbang, terbaring melihat langit biru. Bezanya aku dikerumuni wanita, sementara Alex pula mati seorang diri.

Myrine menangis di sebelahku sambil berkata, “kita dah menang…gorila-gorila itu sudah tiada lagi di pulau ini. Begitu juga lelaki-lelaki yang kamu pernah katakan dahulu.”

“Bagaimana dengan Deianira?” tanyaku perlahan.

Dia tidak dapat menahan sebak dengan tangan diletakkan pada bibir, sementara matanya memandang ke arah jasad penasihatnya. Perlahan kepalanya digelengkan bagi memberikan jawapan kepadaku.

Dengan serta-merta, memori aku dan Deianira kembali berputar di dalam fikiranku. Biarpun ianya singkat, tetapi telah memberikan kesan yang begitu mendalam. Setiap nasihatnya kepadaku, setiap pagi dialah orang yang pertama mengucapkan selamat pagi kepadaku.

Perlahan-lahan tubuhku dibangunkan oleh Asteria sehingga di dalam posisi terduduk. Kemudian aku mula mengira kesan tembakan, “satu…dua…tiga...”

Seterusnya aku bertanya, “bagaimana di belakang badan?”

Asteria menjawab, “tiada apa-apa kesan luka.”

Aku mengeluh, “haaah…nampaknya mungkin setakat ini sahaja.”

“Kenapa?” soal Myrine risau.

“Tiada kesan peluru keluar bermakna saya perlukan pembedahan untuk kekal hidup,” kataku sebelum mengerang kesakitan ketika cuba berdiri.

Mataku melihat buat kali terakhir, kulit kaki Deianira yang mana ketika ini tubuhnya sudah ditutupkan dengan kain. Asteria memberitahu, Deianira akan dikebumikan dengan penuh kehormatan sebagai seorang pahlawan yang telah melindungi ketua mereka.

“Bagaimana dengan kamu, wahai pahlawan kami,” soal Asteria yang masih lagi memapahku.

Aku benar-benar buntu mahu menjawab pertanyaan Asteria dan tidak sesekali menyangka, nyawaku akan tamat di kawasan kepulauan misteri ini.

Biarpun begitu, kata-kata Deianira masih terngiang-ngiang di telingaku, “orang kami memanggilnya, inu laut…”

“Inu laut? Tapi dekat tasik?”

Deianira tersenyum menjawab, “nama sahaja tasik tetapi airnya masin dan bersambungan dengan gua laut…”

“Mengikut kepercayaan nenek moyang kami…inu laut ini juga merupakan pintu masa,” cerita Deianira.

“Mengembara ke masa yang lain?” soalku tidak percaya.

Dia tersenyum menjawab, “tetapi itu hanya kepercayaan kuno sahaja…kalau awak cuba, mungkin lemas.”

“Bawa saya ke tasik,” kataku perlahan.

Matahari sudah mula terbenam, inu laut yang dikatakan Deianira telah mula menyala kebiru-biruan.

“Betul kau tidak mahu dikebumikan sebagai seorang pahlawan di sini?” soal Asteria.

Aku menggelengkan kepala bagi menjawab soalannya. Dengan perlahan tangannya melepaskan tubuhku ke dalam air. Setiap kulit tubuhku dapat merasai kesejukan air bagai menyelimuti tubuhku. Seterusnya aku merasa seperti terapung di awang-awangan.

Hatiku lega sekiranya ini merupakan pengakhirannya…

Namun, tidak lama kemudian aku merasakan seperti disedut sesuatu dan seterusnya terhempas ke atas tanah.

Pulau Misteri [Complete]Where stories live. Discover now