HL| BAB 1

16 1 0
                                    

" Mungkin ini takdir untuk aku.. "

Suasana yang telah menjadi biasa bagi Lara untuk pagi itu.. seperti biasa Luth bangun lebih awal daripadanya dan segera keluar untuk menjalankan tugas di kem di tempatnya bertugas untuk menguji pesawat yang baru dikeluarkan.

"Dasar gila kerja.." gumam Lara Sofea

Lara terus bangun dan segera menjalankan ibadah yang wajib dia tunaikan, lalu bersiap-siap untuk pergi ke butiknya bagi menyiapkan baju rekaan muslimah yang akan di launch pada bulan hadapan.

"Lara, sarapan dulu yer..Mama dah siapkan nasi goreng kampung untuk Lara. Luth mana? Dah pergi kerja ke?" - Puan Zara

"Macam biasalah Ma..dia tu kan gila sangat dengan kerjaya dia tu, mana nak hiraukan sangat bini dia kat rumah ni"- Lara Sofea

"Aipp! Tak elok kata Luth macam tu..mungkin adalah tu hal yang dia nak kena buat kat sana" - Puan Zara

Lara terus menggulingkan matanya dan terus duduk dan makan di dapur bersama-sama dengan mamanya.

Sejak dari semalam lagi Puan Zara tinggal di rumah anaknya itu untuk beberapa hari untuk melihat keadaan anaknya sebelum pulang kembali ke rumahnya.

Sejak ayahnya menceraikan ibunya..hidupnya tidak lagi seceria seperti dulu semasa di sekolah rendah lagi dan dia tinggal bersama dengan ibunya selepas ayahnya berkahwin lain dan tinggal bersama ibu tirinya.

Selepas diceraikan oleh suaminya, Puan Zara lebih suka tinggal sendirian kerana baginya lebih senang dan boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa halangan.

Walaupun begitu Lara lebih suka sekiranya ibunya tinggal bersamanya selamanya tetapi ditolak oleh Puan Zara kerana dek ingin menjaga privasi anaknya itu.

"Mama..Lara dah lambat ni, nanti kita jumpa lagi malam ni ye"- kata Lara Sofea

"Ye. Baiklah..hati-hati masa bawa kereta tu jangan nak terkejar-kejar sangat"- Puan Zara

"Baik Maa.. Assalamualaikum"- Lara Sofea

"Waalaikumussalam"- Puan Zara

Setelah selesai salam dengan Puan Zara, Lara segera menuju ke kereta Myvi miliknya untuk pergi ke kedai butiknya pagi itu.

......🥀🥀🥀.......

Fabrik yang telah disusun diatas meja diambil dan dilihat dengan penuh teliti untuk dikenakan dengan design baju yang direka olehnya. Tanpa sedar, dia terus mengeluh sambil memikirkan Luth dimana kebelakangan ini suaminya itu sering sibuk sehingga jarang bersemuka dua mata dengannya.

Kadang-kadang suaminya keluar selepas subuh dan mungkin akan balik pada tengah malam menyebabkan mereka jarang bercakap sehingga dia merasakan hubungan mereka tidak seindah dulu lagi.

Matanya teralih pada pintu apabila terdengar ketukan di daun pintu biliknya. Fikirannya cepat-cepat kembali kepada asal dan terus bersuara memberi arahan untuk masuk.

"Ya. silakan masuk!"

Wajah Aira Imani iaitu rakan seperjuangannya dalam membangunkan butik pakaian muslimah bersama-sama terus terlihat disebalik daun pintu itu sedang tersenyum gembira.

"Weh Lara aku ada bawa berita baik nak beritahu kau.." Sengih Aira

"Iye makcik..cakap jelah" kalau tak kepohci bukan Aira lah namanya.

"Sebenarnya...AKU dah nak tunang!!" Terbeliak mata Lara melihat kawannya yang satu ini sebab setahunya kawannya ini paling anti dengan lelaki sejak dari sekolah menengah lagi.

Walaupun sejak dulu lagi gadis itu sememangnya mempunyai paras yang cantik dan diminati oleh ramai lelaki di sekolahnya tetapi bagi gadis itu semua lelaki tidak ada kurangnya sama sahaja di matanya, dan tiada yang menarik perhatiannya.

"What?! Seriously Aira? Siapa gerangan orang yang mampu mencuri hati kawan aku ni ha.." gelak Lara. Sejujurnya dia juga berasa bahagia untuk kawannya sekiranya gadis itu ingin mendirikan mahligainya sendiri suatu hari nanti.

"Alah..kau ingat tak masa kau dengan Luth buat majlis doa selamat lepas kau orang pindah rumah baru tu ? Luth ada jemput kawan dia sekali.. nama dia Zaid Ridhwan" , terus terlintas di kepala Lara bahawa Zaid pernah datang ke rumahnya beberapa kali dijemput oleh Luth.

"Ouh Zaid! Ya..aku ingat" ujar Lara

"Ha..masa tu aku hanya nak berkawan je dengan dia tapi lama-lama jatuh suka pula..hehe" Sengih Aira.

"Jadi dia nak datang merisik dengan bertunang sekali dengan aku hujung minggu ni, kau datang tau!" Sambungnya lagi.

"Mestilah aku datang..kau pun dah banyak kali tolong aku masa aku nak bertunang dan berkahwin dengan Luth " senyum Lara

Kawannya sejak daripada dulu lagi tidak pernah berhenti memberi bantuan dan semangat kepadanya, segala rasa sedih dan gembira dirasai bersama-sama membuatkan mereka menjadi kawan rapat dan memahami satu sama lain.

Aira segera melihat jam tangannya yang hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Dia hampir terlupa sepatutnya dia harus berjumpa dengan client mereka pada pagi itu untuk membuat perbincangan kolaborasi bersama dengan jenama fashion designer yang lain.

"Wehh Lara I got to go now, aku lupa yang aku ada meeting dengan client kita pagi ni! Nanti apa-apa aku cerita lagi..bye beb! Muah!" Jerit Aira sambil melemparkan flying kiss kearah kawannya itu sebelum melangkah keluar.

Lara tergelak sambil menggelengkan kepala melihat keletah kawannya itu yang sejak daripada dulu sama sahaja, ceria seperti selalu.

"Haha..Aira..Aira.."

Selepas itu, Lara terus mencapai telefon pintarnya itu dan terus membuka aplikasi WhatsApp untuk mencari nama Luth untuk mengetahui rutin jejaka itu di sana. Walaupun mereka jarang bersemuka tetapi Lara tetap ingin mengetahui setiap kelakuan suaminya itu,kerana baginya hanya lelaki itu sahaja yang mampu menjaganya dan merawat sakit mental yang dihadapinya dimana hanya lelaki itu sahaja yang tahu keadaan dirinya yang sebenar.

...

Hye readers semua🤗🤗
Min sebenarnya masih baru lagi dalam dunia penulisan..harap semua readers enjoy dengan cerita ni.
So readers semua jangan lupa vote n Komen supaya min rasa semangat untuk menghabiskan cerita ni🥰
Sebab mungkin lepasni banyak conflict dalam rumah tangga LaraXLuth tak lama lagi
So stay tuned gess!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HATI LARA [OG]Where stories live. Discover now