Prolog

12 1 0
                                    

Kotak kecil yang telah lama disimpan dengan rapi di dalam almarinya itu dibuka dan dilihat dengan teliti. Segala barang di dalam kotak itu semuanya adalah pemberian daripada gadis yang telah menjadi isterinya yang sekarang.
.

Ya benar, gadis yang mampu menarik perhatian jejaka itu sewaktu di sekolah tentera dahulu. Gadis itu suka mencari masalah dengannya dek kerana jejaka itu suka mencari kesalahan gadis tersebut atas sebab terlalu lemah berkawad sehingga masing-masing meminta maaf dan menjadi sahabat  baik. Gadis itu juga telah berjaya menambat hati Luth Idham dek kerana tingkah lakunya  yang manja.

Namun itu semua di zaman sekolah. Semakin meningkat usia yang dewasa telah mengajar Luth bahawa setiap dugaan yang datang mampu mematangkan diri kita. Rupanya tidak semua yang dilalui indah belaka. Rasa ingin bahagia dan penyesalan tidak akan pernah mampu bersama. Begitulah juga kehidupannya selepas berkahwin dengan Lara Imani.

Betullah kata orang, bercinta hatta 10 tahun sekalipun belum cukup membuatkan kita mengenali seseorang.

"Mahu tak mahu aku kena hadapi juga..."


HATI LARA [OG]Where stories live. Discover now