PROLOG

1.7K 173 7
                                    

THE TRUTH

"Logic is what the devil likes most."

"A monster always stay's hidden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"A monster always stay's hidden. I told you to stay away."

HAZEN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZEN

BUNYI jeritan nyaring milik lelaki yang sedang tergantung di tengah-tengah bilik itu dilihat tanpa perasaan olehnya, pisau tajam yang dipegangnya dipusing-pusingkan sambil mata langsung tidak lepas daripada menatap mangsa yang entah ke berapanya itu.

Bunyi dentuman kilat seakan berlawan dengan suara jeritan lelaki yang tangannya diikat itu, berdiri tanpa pakaian dan tubuhnya dipenuhi dengan kesan dikelar. Darah mengotori tubuh dan lantai di bawahnya.

Hampir 24 jam dia didera oleh lelaki yang memakai topeng putih tersebut. Wajahnya sudah pucat lesi seakan tidak berdarah dan jika ditoreh, tidak pasti ianya akan berdarah ataupun tidak.

"Kau... Kau siapa?" soalnya lemah dan matanya yang hampir terkatup itu dicelikkan dengan sedaya upaya.  Bunyi tawa halus dari lelaki bertopeng tersebut menyebabkan bulu romanya naik, meremang satu badan. Dan apabila lelaki yang tidak dapat dilihat wajahnya itu bangkit, dia menelan payah liur yang bercampur darah di dalam mulutnya.

"Aku siapa?" Lelaki bertopeng itu menyoal lelaki tersebut kembali, dia berjalan mendekati lelaki yang terikat itu bersama pisau tajam yang masih dipegangnya. Saat tangannya terangkat, jelas tatto berwarna hitam berbentuk ular kelihatan pada pergelangannya dan hal itu sempat dilihat oleh lelaki yang diikat tersebut.

Apabila sampai di hadapan lelaki itu, dia mengukirkan senyum sinis di balik topengnya. Pisau yang dipegangnya didekatkan dengan lengan lelaki tersebut. "Mungkin iblis yang nak hantar kau ke neraka."

Slash!

KAKI melangkah memasuki ward hospital yang menempatkan seorang penjenayah lelaki yang baru sahaja ditangkap oleh pihak polis pada pagi tadi. Lebih tepat, bukan ditangkap namun dihantar oleh seseorang kepada pihak polis.

Sama seperti kes kes yang lepas, sudah hampir masuk 10 kes yang sama namun pihak polis masih belum menjumpai sebarang klu dan motif di belakang hal ini. Si pelaku sangat licik dan pintar dalam melakukan perkara tersebut.

"Inspektor Jibrail," sapa seorang anggota polis lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam ward hospital itu juga. Jibrail berpaling memandangnya dan hanya mengangguk membalas sapaan tersebut. Wajahnya hanya memaparkan riak kosong dan matanya sempat mengerling nama anggota polis tersebut. Hanif.

"Kejadian yang sama, dihantar depan IPD dan ditinggalkan tanpa pakaian. Luka-luka pada tubuh penjenayah sama seperti penjenayah-penjenayah yang lepas," ujar Hanif dan Jibrail hanya diam mendengarnya.

Dia menghampiri lelaki yang terbaring di atas katil hospital itu, masih belum sedarkan diri. Wajah lelaki tersebut dipenuhi dengan kesan lebam dan ia boleh diagak oleh Jibrail, lelaki ini ditumbuk.

"Dia... Mohd Khairi, berumur 28 tahun terbabit dalam kes pembunuhan Nur Qasmira... Kes minggu lalu. Ini, penjenayah yang dikehendaki." Jibrail masih diam dan melihat wajah penjenayah di hadapannya itu.

Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Siapa lelaki sebalik topeng yang sering ditakuti oleh penjenayah-penjenayah yang dijumpai oleh pihak polis selama ini? Apa motif lelaki itu melakukan hal ini? Mahu membantu anggota polis atau ada motif lain disebalik semua yang dilakukan olehnya?

Jibrail menarik selimut yang menutupi separuh tubuh lelaki di hadapannya itu, tangan kiri lelaki tersebut dilihatnya. Bahagian lengan kiri lelaki itu diperhati dan jelas terdapat kesan torehan yang agak panjang dan di hujung kesan torehan itu terdapat titik kecil dan ianya juga dibuat dari pisau.

Sama dijumpai pada lengan kiri 10 penjenayah sebelum ini, panjang yang sama dan kedalam torehan juga sama. Jibrail boleh katakan ini adalah cara lelaki bertopeng itu memberitahu kepada pihak polis bahawa semua ini dilakukan oleh orang sama, oleh si dia.

Siapa lelaki bertopeng itu?

Iblis atau malaikat maut yang digeruni oleh penjenayah-penjenayah di Malaysia?

HAZEN

The TruthWhere stories live. Discover now