THE TRUTH
JIBRAIL hanya merenung lama lelaki yang sedang menunduk di hadapannya itu, bebola mata bergerak meneliti lebam-lebam pada wajah lelaki tersebut. Masih lemah dan wajahnya pucat lesi namun terpaksa berada di dalam bilik sejuk ini untuk disiasat.
Lukisan yang tertera di atas kertas yang berada di atas meja diambil oleh Jibrail sebelum dia bangkit dari tempat duduknya, dia berjalan menuju ke arah lelaki itu sebelum berdiri di sebelah kerusi lelaki tersebut.
Kertas itu diletakkan di atas meja di hadapan lelaki tersebut. Kelihatan kedua belah bahu lelaki itu terhinjut kecil menyebabkan Jibrail kembali melihat ke arahnya. Dari permerhati Jibrail, jelas yang lelaki tersebut trauma dengan apa yang dilaluinya. "Kau tahu tatto ni, Khairi?"
Soalan tersebut menyebabkan lelaki yang bernama Khairi itu menelan payah liurnya, matanya tunak memerhati gambar lukisan yang tertera di kertas putih tersebut. Agak lama dia menelitinya sebelum tiba-tiba sahaja matanya membulat besar dan tubuhnya menggigil kuat.
Jibrail menjauhkan kertas tersebut dari dilihat oleh Khairi saat lelaki itu dengan secara tiba-tiba bernafas laju dan terkadang tercungap-cungap. Jibrail tenang melihat riaksi tubuh lelaki tersebut, mata yang membulat besar dan tubuh yang menggigil kuat. Jelas, Kahiri sedang ketakutan.
Pak!
Makin menggeletar tubuh Khairi apabila Jibrail menampar permukaan meja di hadapannya, kepala tergeleng laju bersama air mata yang sudah banjir membasahi wajahnya.
“Aku... Aku minta maaf. Aku janji aku tak akan buat semua tu lagi. Aku taubat... Aku taubat!” Persis orang gila Khairi mengongoi sambil kepala digelengkan dengan laju.
Jibrail mengangkat kepala memandang cermin hitam besar yang memisahkan bilik ini dengan bilik di sebelah, seakan sedang berbicara melalui mata dengan penghuni di bilik tersebut.
ASP Omar yang berada di bilik itu hanya membisu namun matanya membalas tatapan mata Jibrail di dalam bilik tersebut, mereka seakan berbicara antara satu sama lain walaupun Jibrail tidak dapat melihat dirinya.
Khairi yang sedang ketakutan itu dilihat oleh ASP Omar, ligat otaknya memikirkan sesuatu. Sungguh, mereka masih tidak mampu menjumpai apa-apa klu tentang lelaki bertopeng putih misteri tersebut.
RAMBUT diraupkan ke belakang dan senyuman manis masih terukir cantik pada wajah tampannya, tangan pula lincah bergerak di atas kertas putih itu. Hampir tiga jam dia berada di dalam bilik melukis ini dan akhirnya lukisan miliknya hampir siap sepenuhnya.
Ting!
Bunyi notifikasi yang menandakan mesej masuk menyebabkan dia berpaling memandang ke arah gajet elektroniknya yang berada di atas meja tidak jauh darinya. Tangan dikesatkan dengan kain sebelum dia mencapai telefonnya.
Senyuman manisnya makin melebar apabila membaca mesej dari sahabat baiknya pada waktu itu, dia membalasnya dengan santai sebelum bangkit dari tempat duduk.
Lukisannya yang hampir siap itu ditutup dengan kain hitam sebelum dia berjalan keluar dari bilik tersebut. Kaki melangkah menuju ke bilik tidurnya, nombor sahabat baiknya tadi didail sebelum dia menekapkan gajet elektronik itu pada telinga.
Bilik mandi dituju, dia membasuh bersih tangannya sebelum dilapkan dengan kain bersih. Hampir beberapa kali dia mendail namun masih tidak diangkat, senyumannya beransur pudar dan matanya tajam merenung cermin.
YOU ARE READING
The Truth
ActionPrekuel Milik Jibrail dan Milik Aeron. "Logic is what the devil likes most." "A monster always stay's hidden. I told you to stay away."