Mata menyoroti pergerakan Reza yang sedang berjalan menuju ke bilik utama. Bilik utama? Itu bilik aku. Belum sempat Reza memegang tombol pintu, tangannya terlebih dahul menyambar dan memegang tombol itu dengan kuat, menghalang jejaka itu dari membuka pintu biliknya. Nafasnya yang laju kedengaran. Riaknya membengis. "Nak buat apa masuk bilik ni?"
"Nak mandi. Bersihkan diri?" tutur Reza dengan kening terangkat tinggi. Makin hairan dengan perangai mengarut Suri. Minah ni okey ke tidak? Dari aku balik sampai ke sudah lain macam fi'il dia.
"Ini bilik aku. Kau masuklah bilik lain dulu."
"Apa hal pula? Rumah ni rumah aku. Jadi bilik ni, bilik aku." Tangan Suri cuba ditepis dari terus memegang tombol.
"No! Aku duduk bilik ni sekarang. Aku pindah barang esok pagi. Kau boleh masuk bilik ni esok."
"Nope. Malam ni aku nak tidur sini." Reza berdegil.
"Reza~! Malam ni je kau tidur bilik lain. Esok kau boleh tidur bilik ni. Bilik ni sekarang tengah bersepah."
Reza pamer muka toya. "I don't care."
"Reza, janganlah buat kakak macam ni!"
Jegilan membunuh Reza muncul. Wanita yang berada rapat di sebelahnya ditenung mati. Benci bila mendengar perkataan 'kakak' terpacul dari mulut wanita itu. Ah, cuma sebab kau lagi tua dari aku, you want to play that card huh? Never, Suri.
Erk. Suri telan air liur. Kaget apabila Reza tiba-tiba merenung maut ke arahnya. Aku salah cakap ke?
"Stop with that incestuous shit. Kau tua daripada aku tak bermaksud kau boleh bahasakan diri kau kakak. And I won't call myself adik dengan kau. You are my wife and I am your husband. Tak ada kakak, abang, adik dalam hubungan ni. Faham?" Nada Reza menjunam dalam. Setara dengan riaknya yang bengis.
"F-faham." Suri menikus. Tona suaranya mengecil. Spontan kaki melangkah setapak ke belakang. Aura gelap yang merembes dari Reza membuatkan dirinya berasa betul-betul tergugat dengan lelaki itu. Niatnya cuma mahu menunjukkan bahawa dialah yang tua dan patut dipatuhi arahannya. Tapi tak sangka pula apa yang dia buat, berbalik pada dirinya. The table has turned. Kenapa malam aku nak berehat je, semua benda pelik-pelik jadi?
Tombol dipulas dan ditolak dengan perlahan. Bilik yang diterangi lampu sisi katil diperhati dari muka pintu. Tak adalah bersepah sangat. Bersih je. Apasal beria sangat dia tak nak bagi aku masuk? Kaki melangkah masuk ke dalam bilik.
"Jangan tengok belakang pintu," perlahan suara Suri memberi arahan.
Spontan kepala memaling ke belakang. Arahan Suri langsung tidak dituruti. Terangkat keningnya apabila melihat apa yang berada di belakang pintu.
"Reza~!" Suri merengek. Mata spontan menekup mata lelaki itu dengan ketat. Mukanya merah terbakar. "Kan aku kata jangan tengok belakang pintu?!"
Ekor bibir Reza meleret ke telinga. Too bad, Suri. I've seen everything. Segala tok, nenek, kakak, adik kau gantung situ. Ahahah.
"Pandang depan!" Tangan yang menutup mata Reza, memusingkan semula kepala lelaki itu ke hadapan. "Pergi bersihkan diri. Sementara tu biar aku kemas bilik ni dulu."
Reza tidak memberi respon. Tuala yang tersidai di atas penyidai sebelah pintu bilik air diambil. "Pinjam tuala ni."
"Itu tuala aku! Janganlah guna tuala tu. Aku ambil tuala lain untuk kau."
"Ah, lambat sangat." Kata-kata Suri tidak diendahkan. Tuala itu terus dibawa bersamanya ke dalam bilik air.
Suri mendengus. Sakit hati melihat perangai selamba Reza. Kalau ikutkan, tak sampai satu jam mereka bertemu semula. Dalam tempoh kurang dari sejam, macam-macam perangai Reza terlihat. Selamba dan garang. Seingat aku, perangai dia lain masa mula-mula aku nikah dengan dia dulu. Nafas terkeluh. "Lantaklah... malas aku nak fikir. Aku nak rehat. Penat."