Suri gigit bibir. Pintu rumah yang masih terkangkang luas dipandang sekejap-sekejap. Masih berkira-kira dalam kepala sama ada mahu menunggu di dalam kereta atau bergerak ke masuk ke dalam rumah dan menjenguk mama."Macam mana kalau mama tak nak tengok muka aku? Apa aku nak buat?" Omelnya sendirian. Kaki bergendang ke lantai kereta dengan laju. Semakin serabut kepala apabila masih tiada kata putus yang diberikan otaknya. "Apa aku nak buat ni?! Argh, serabut!"
Kaki lantar berhenti menghentak. Nafas ditarik dalam dan ditahan selama 15 saat. Kemudian nafas dilepaskan dengan perlahan. Rutin itu diulang beberapa kali. Setelah rentak jantungnya semakin datar dan tenang, tombol pintu kereta dipegang dan ditarik. Bersedia untuk menuju ke dalam rumah. Tangan diangkat dan mengepal penumbuk, mahu mengetuk pintu rumah yang masih terbuka.
"Assa-"
"Masuk," arah Reza dengan tegas.
"-lamualaikum..." perlahan sapaannya dihabiskan. Menikus dia apabila melihat wajah garang Reza menjemputnya di muka pintu. "M-mama mana, Reza?"
"Kat dapur. Pergi tolong mama," arah Reza sambil menuju semula ke ruang tamu. "Apasal lama sangat kau duduk dalam kereta? Susah sangat ke nak jumpa mama?"
"Aku..." Suri mati kata. Buntu mencari alasan yang mahu diberikan kepada Reza.
"Pergi tolong mama."
"Tak mahu."
Jegilan ganas Reza muncul. "Why?"
"Aku tak rajin."
Jawapan spontan Suri membuatkan Reza terus mendongak kepala dengan kekalahan sehinggakan terkeluar satu keluhan berat. Apasal lah dia ni liat sangat nak tolong mama? Aku tak faham. Dengan kepala yang masih mendongak, mata mencari kelibat Suri yang masih berdiri di depan pintu masuk. "What's wrong with you? Tak berdosa tolong mak sendiri."
"Mama takkan suka kalau aku tolong dia."
"Mana kau tahu?"
"Muka dia."
Wajah Reza cemberut. Pelik mendengar jawapan mengarut yang baru sahaja keluar dari mulut isterinya.
"Mama tak suka aku."
"Bila masa mama kata mama tak suka Suri?" Suara lunak mama menyoal dari pintu dapur. Dulang yang berada di tangan dihulurkan kepada Suri. "Nah, tolong letak dulang ni kat meja makan tu."
"Lepas letak dulang tu, salam mama," sekali lagi Reza mengarah Suri. Aku tak suka mengarah. Tapi kalau tak mengarah memang kat situ je dia berdiri. Dia yang tadi duduk bersandar malas di sofa bingkas. Pinggan mangkuk yang tersusun di dalam dulang diagihkan ke atas meja, bersedia untuk makan tengah hari.
Suri hanya menurut. Teragak-agak tangan menghulur ke arah mama untuk bersalaman. "M-mama sihat?"
"Alhamdulillah, sihat. Dah berapa lama Suri tak keluar rumah?"
Suri gigit bibir. Paling benci bila mama menyoal soalan itu. "...dah...lama..."
"Dah lama tu berapa lama? Sampai jenguk mama pun tak mahu."
Kening kanan Reza terangkat tinggi. Ragu-ragu apabila mama tiba-tiba menyoal soalan itu kepada Suri. Soalan yang agak pelik untuk disoal kepada anak-anak. "Jawab soalan mama betul-betul. Do not mumbling."
Suri tarik muncung. Menyampah pula bila Reza mula menggunakan kuasa vetonya sebagai suami. Budak kecik ni. Kau tahu tak aku lagi tua dari kau! Ketuk kepala tu karang, padan muka. "...tiga bulan..."
Mata Reza membeliak.
Riak mama pula seperti tidak hairan. "Mama dah agak."
"Tiga bulan?! Kau buat apa duduk rumah tak keluar?" Suara Reza naik satu aras. Tak sangka yang Suri rupanya seorang hikikomori.
"Marah dia Reza. Mama cakap, dia tak pernah nak dengar. Liat dia ni." Bihun goreng dihidangkan ke dalam pinggan. "Penat dah mama pujuk dia datang rumah. Dia tak pernah nak datang. Macam-macam alasan dia bagi. Lepas tu dia cakap mama tak suka dia."
Suri direnung tajam. Kenapa perangai kau lagi teruk dari dulu Suri? Apa yang tak kena dengan kau? "Lepas ni, kau kena ikut aku setiap kali kita keluar."
Reaksi Suri cuma cemberut. Malas menjawab sebab dia tahu, kalau dia membangkang, sudah pasti Reza akan memaksanya. Tak ada jalan keluar dah. "Abang mana, mama?"
"Abang kamu baru balik pagi tadi. Malam tadi dia tidur sini. Yusuf pun ada sekali. Rugi kamu tak datang. Yusuf banyak kali tanya pasal kamu." Mama menadah tangan, memberi isyarat untuk Reza membaca doa.
Doa dibaca. Makanan dijamah dalam senyap.
Pada masa yang sama, Reza hanya memasang telinga, mendengar perbualan yang kadang-kadang terhenti tengah jalan untuk menjamah makanan.
Senyuman tertarik kecil. Rindu pula dia pada anak buahnya. Yusuf bin Sayf Sulaiman, anak sulung kepada abang yang paling disayangi. Abang yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Namun, semenjak abang berkahwin, abang jarang menghubunginya bertanya khabar. Ia seakan-akan hidup abang telah dikawal oleh isterinya. Nak telefon Suri pun kena minta kebenaran.
"Abang masih kena control dengan kakak ke?" Soalan itu terpacul selamba.
Sudu yang mahu disuap ke mulut terhenti tengah jalan dengan mata tepat pada wajah isterinya.
Mama pula tercengang. "Bila masa pula kakak control abang kamu? Kakak tu baik jelah."
Suri hampir mencebik. Namun ditahan saja wajahnya dari berubah corak. Mulut mengemam, malas nak berbalah dengan mama. Reza dipandang. "Kita ada dekat sini sampai pukul berapa? Aku nak balik."
Suri! Reza menjegil mata. Cuba jaga hati mama! "Esok. Esok kita balik. Malam ni kita tidur sini." Haa, padan muka.
Suri mencebik ganas.
Mama tersengih lebar. Suka melihat cara Reza mengawal Suri. Tak rugi aku pujuk Dja untuk jadikan Reza menantu. Baguslah, menantu mama! Terima kasih tolong jagakan Suri.
_______________________________________
Tbh, saya tak ada idea macam nak connect the dot for this story. Main scene dah ada. Cuma tak tahu nak sambungkan cerita dia. Ahhahaahahhhaha. Komen plish! Especially you! Onlyirra_ @@@