Makanan dikunyah perlahan dengan mata tertancap pada wanita di hadapan. Disangkakan wanita itu tidak mahu mengikut. Tetapi selepas diugut untuk tidak membelikan makanan, wanita itu terpaksa akur dengan arahannya."Dari pukul berapa kau tak makan?" Spontan soalan itu keluar apabila melihat Suri menjamah makanan itu dengan lahap. Dah macam sehari tak makan.
Suri angkat dua jari.
"Pukul dua?"
Suri angguk.
"Roti yang kau kata kau makan tu?"
Suri telan makanan. "Itu aku habiskan lepas kau pergi kerja."
"Alang-alang kita dah ada kat luar, lepas ni kita beli barang dapur."
Suri bulat mata. Dia tersedak kecil. Lantas gelas berisi teh o ais limau diteguk. "Alaa~ kenapa nak beli sekarang? Aku nak balik. Nanti terlepas Naruto."
"Umur kau berapa?" Riak jengkel bercorak di wajah. Jengkel betul dia dengan perangai Suri. "Kalau Naruto boleh pula kau nak cepat. Kalau subuh, bukan main kau lambatkan," perli Reza senada. "Kalau kau nak balik, kau balik sendiri. Aku nak beli barang dapur."
"Tapi rumah jauh. Kena naik bas." Suri tayang muka seposen.
Reza angkat kening kanan. "So?"
"Reza~!" Rengek Suri sambil mencebik. "Kalau aku tahu kau nak beli barang, aku tak ikut kau pergi makan."
Reza buat muka tak peduli dengan bibir bawah terjuih kecil. "Not my problem." Penyedut minuman disedut, menghabiskan baki air di dalam cawan plastik. "Esok pagi aku nak nasi lemak."
"Masaklah sendiri. Aku tak pandai masak. Aku bukan orang gaji," balas Suri selamba. Menyampah pula mendengar Reza tak habis-habis mengarahnya. Kau ingat aku bibik? Aku Suri yang sepatutnya dilayan seperti permaisuri! Huh!
Kerlingan membunuh Reza muncul. Wajah pucat dan tidak bersolek itu ditenung lama. Cuba menenangkan diri yang semakin geram dengan perangai isterinya. Nafas ditarik dalam. Terus anak matanya berkalih ke tempat lain. "Bulan depan, Ummi kahwin."
"Ummi?" Suri teruja. Terus lupa pasal topik memasak tadi. "Ummi Kalthum?"
Reza angguk. Adik keduanya akan melangsungkan pernikahan awal bulan depan dan memandangkan dialah satu-satunya wali dalam keluarga, perlulah dia pulang ke kampung halaman untuk menikahkan Ummi.
"Tahniah~! Cakap kat Ummi tahniah."
"Cakaplah kat dia sendiri. Telefon dia. Kenapa aku yang kena sampaikan?"
Suri terus mencebik. "Sebab kau abang dia."
"Kau kakak ipar dia," cantas Reza dengan cepat. "Apa salahnya kakak ipar telefon adik ipar ucap tahniah? Tak dosa. Lagi satu, bulan depan kita kena balik kampung."
"Kalau aku tak nak?"
"Aku heret kau."
"Reza~" Suri mula merengek panjang. "Kau tahukan aku tak suka tempat ramai orang? Lagi-lagi majlis keramaian macam ni. Can I be excused?"
"No can do. Bila aku kata ikut, kau kena ikut," tegas Reza bersuara.
"Kau bukan bapak aku sampai aku kena ikut cakap."
"Aku suami yang kau kena ikut cakap."
Suri kemam bibir. Dia kalah dalam pertandingan berbalah mulut. Dahlah Reza ni boleh tahan mulut dia. Pendiam tu, memang pendiam. Tapi kalau sekali dia bersuara, memang menikam jantung. Menyakitkan. Dan kau takkan dapat menang. Nafas pendek terkeluh. "Fine... tapi lepas ni kau kena hantar aku balik rumah dulu."