PART 126

6.1K 370 50
                                    

Darren melangkah masuk ke dalam mansion. Di tangannya ada sejambak bunga ros merah yang masih mekar dan wangi. Bunga fresh yang baru saja dia beli tadi.

"Ayrena mana? Dalam bilik ke?" Tanya Darren dengan nada yang ceria. Misi untuk memujuk!

"Er...tadi cik Ayrena kata nak pergi naik atas. Katanya nak tengok bintang," teragak-agak Kar menjawab. Dia pun tidak berapa pasti di mana keberadaan Ayrena.

Darren mengangguk sebelum menghilang ke dalam lift. Butang nombor empat ditekan dengan hujung jari.

Telefon dibawa keluar dari poket. Lincah Kar menaip mesej. Macam biasa, perkara kena hebohkan buat apa simpan sendiri.

"Bos balik hari ini. Macam nak pujuk cik Ayrena," mesej dihantar.

"Seriuslah? Sekejap aku otw naik atas," balas Bob.

"Ambil gambar Bob," mesej yang dihantar Jo dibaca sekali lalu.

"Don't worry, ini Bob!"

Ting!
Pintu lift terbuka luas. Darren keluar daripada lift dengan bibirnya terukir senyuman lebar. Tidak sabar rasanya mahu bersemuka dengan Ayrena. Merata dia liarkan mata untuk mencari sosok Ayrena. Hinggalah iris matanya terhenti pada arah satu buaian. Laju Darren pergi ke arah buaian tersebut.

"Ayrena," panggil Darren lembut.

"Huh?" Ayrena menoleh ke belakang dengan reaksi terkejut. Sejak bila Darren berada di belakangnya? Agaknya fokus sangat dia tengok bintang sampai tak sedar kehadiran Darren.

"Kenapa duduk dekat sini? Malam-malam macam ini, sejuk." Coat hitam miliknya Darren sarungkan pada tubuh Ayrena.

"Saya okay je," jawab Ayrena perlahan. Fikirannya masih berserabut. Banyak perkara yang sedang dia fikirkan. Antaranya tentang Eva dan apa yang Eva katakan petang tadi.

"You yakin ke yang Darren betul cintakan you?" Terngiang-ngiang suara Eva dalam kepala Ayrena. Soalan Eva benar-benar membuat hati Ayrena dilanda teka-teki. Sekarang ini, cuma satu saja cara yang ada untuk dia dapat jawapan kepada persoalan Eva Larva itu.

Perlahan-lahan Darren menghayunkan buaian yang Ayrena sedang naik. Dia juga turut melihat ke langit, memandang bintang-bintang yang menyinari langit malam.

"Darren can I ask you something?" Soal Ayrena seraya merenung ke lantai. Jari jemarinya terasa bergetar untuk mengajukan soalan.

"Sure, what is it?" Darren menanti soalan yang akan diajukan Ayrena dengan senyuman.

"What if...I want to divorce with you?" Soalan Ayrena membuatkan hati Darren seakan tersentak dan terhiris. Terus mati senyuman dari bibir itu. Buaian yang dihayun juga berhenti secara mendadak.

Darren bergerak ke hadapan Ayrena. Air mukanya secara langsung mula menunjukkan reaksi serius. Jari jemarinya mengelus lembut dagu Ayrena bak sutera sebelum wajah Ayrena dipaksa memandangnya yang sedang berdiri.

"Say that word again, and I'll show how cruel I can be, Ayrena."

Darren tarik tangan kanan Ayrena. Sejambak bunga diletakkan pada telapak tangan Ayrena.

"Aku jumpa bunga ini depan rumah tadi. Ambillah," tanpa sebarang kata lagi Darren berlalu pergi meninggalkan Ayrena berseorangan.

Terpejam mata Ayrena mendengar lift yang Darren naik sudah turun ke bawah.
"At least aku tahu yang aku tak akan jadi janda," Ayrena tarik nafas lega.

"Nampak gayanya kena tidur bilik Mia lah hari ini," hujung bibir digigit perlahan. Seketika jambangan bunga yang Darren beri dihidu dengan mendalam. Wanginya!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now