Beberapa semburan minyak wangi disembur pada bahagian leher dan badan. Darren sedang bersiap untuk ke pejabat. Tali tie diperkemas sedikit sebelum Darren menyarung coat hitam pada tubuh tegapnya.
Dengan pandangan mata yang angau Ayrena memandang Darren daripada birai katil. Tak terpadam lansung senyuman dia apabila tengok Darren.
Daripada rambut Darren yang berwarna brown caramel, turun ke dahi Darren. Dahi Darren tidak terlalu luas dan tidak pula kecil namun dilihat cukup sempurna.
Kemudian turun pada kening tajam Darren. Bak kata Ayrena pandangan Darren seperti pandangan helang. Ganas dan juga seksi. Iris mata berwarna Hazel yang sentiasa memukau turut dilihat sekali imbas.
Ayrena lepas keluh berat. Handsome sungguh lelaki yang berada di depan dia. Daripada awal dia bertemu dengan Darren sehinggalah sekarang Darren tidak pernah gagal untuk membuat hati dia berdetak kencang. Setiap hari makin tak tenteram dibuatnya.
Dengan hidung yang mancung dan senyuman manis semanis gula. Aduhai! Lemah longlai lutut Ayrena. Mujurlah Darren dah siap berbaju. Kalau tidak mata Ayrena tak beralih dari sixpack dan biceps Darren. Itu view kegemarannya setiap hari.
"Honey," panggil Darren.
"Hurm," Dengan nada suara yang lemah lembut Ayrena sahut panggilan sang suami.
"I love you," luah Darren seraya iris matanya masih melekap pada pantulan cermin.
"Apa dia? Tak dengar lah," Ayrena malu-malu kucing. Perangai menggeletis dia dah mula menjelma.
Permukaan tilam dicucuk-cucuk dengan hujung jari telunjuk. Bibir merahnya pula makin memuncung.
Melihat telatah Ayrena membuat Darren tertawa kecil.
"Too cute too handle," Darren merapati katil. Pipi gebu Ayrena dicari dan dicubit manja. Di saat Ayrena menjerit minta dilepaskan Darren cucuk pula pinggang Ayrena."Darren!"
"Darren!" Terbahak-bahak Ayrena ketawa begitu juga Darren.
"Amboi dia! Baru sehari lari rumah dah macam berbulan-bulan dan berjauhan dengan si Darren tu," Grandpa cekak pinggang sambil menggeleng. Patutlah dari tadi dia dan Bob ketuk pintu langsung tak ada sahutan. Rupanya tengah berkeruh lagi.
Ayrena yang masih nyenyak tidur mula melaungkan nama Darren. Semakin bertambah geleng grandpa saat melihat ada pakej air liur basi tengah mengalir keluar dari bibir Ayrena.
Ayrena!
Ayrena!
Ayrena!
Kejut Grandpa. Namun langsung tak membuahkan hasil. Ayrena hanya bergerak sedikit sahaja.
Ish!
Ish!
Ish!
Grandpa menggeleng lagi sekali. Gigih dia mencari idea untuk bangunkan Ayrena. Penyudahnya nama Darren juga yang menjadi penyelamat.
"Ayrena, Darren Ayrena. Darren datang. Darren datang." Jerit Grandpa dengan suara yang dibuat-buat cemas.
Secara mengejut Ayrena terjaga dan melompat turun dari katil.
"Mana, Darren? Lari, lari, lari," dalam keadaan mamai Ayrena capai luggage dan diheret ke arah tingkap. Mahu terjun ke bawah.
Grandpa sudah mengekek ketawa melihat tindakan cucu menantunya.
"Tahu, takut. Jual nama Darren baru jalan ya. Sudah! Pergi mandi, lepas itu bersiap. Grandpa dengan Bob tunggu dekat lobby." Arah grandpa dan melangkah ke arah pintu.
YOU ARE READING
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)
ActionSegalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mer...