Bab 2

18 0 0
                                    

Takina menyusun pakaian Chisato dalam almari pakaiannya. Sebahagian ruangan dalam almari itu sudah dikosongkan untuk pakaian kepunyaan Chisato.

Tombol pintu buka selepas mendengar bunyi ketukan. Chisato melangkah ke ruangan bilik Takina sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Menunjukkan dia baru selesai mandi. Chisato hanya berdiri terpacak di depan pintu sebelah ditutup.

"Kenapa?" Soal Takina ketika melihat Chisato yang masih berdiri di depan pintu.

"Em... ini kali pertama saya masuk ke bilik awak. Jadi... ianya agak..." Belum sempat dia hendak menghabiskan ayatnya, tangannya ditarik terlebih dahulu oleh Takina.

"Mulai saat ni, bilik ni adalah bilik kita. Awak bebas gunakan bilik ni walaupun semasa saya tiada. Bilik ni bilik awak juga." Takina mencapai tuala yang tergantung di leher Chisato. Dibantu mengeringkan rambut suaminya itu.

"Tapi... bilik saya di luar sana?" Chisato bertanya soal bilik asalnya yang berada di luar rumah keluarga Takina. Pada asalnya bilik itu hanyalah sebuah stor kecil yang tidak digunakan keluarga ini. Chisato sendiri meminta untuk menggunakannya dan dijadikan bilik. Sejak dari Chisato dibawa pulang oleh Minato 12 tahun lalu, Chisato menggunakan stor itu sebagai biliknya.

Takina tahu. Walaupun keluarganya menyayangi Chisato seperti keluarga sendiri. Menerima segalanya tentang Chisato. Namun, Chisato masih membataskan dirinya untuk keluarga ini. Hanya kerana satu alasan.

Dia tidak mahu dibenci lagi.

Chisato terpaku disaat merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang. Sejak mereka bergelar suami isteri secara rasmi, jarak antaranya dan Takina sangat rapat.

"Chisato." Takina memanggil. Menekapkan mukanya di belakang Chisato. "kita akan bahagia bersama." Bisik Takina lembut.

"Mulai saat ni dan selamanya, saya adalah rumah awak. Awak adalah sebahagian dari keluarga saya. Orang paling penting dalam hidup saya. Orang yang paling saya sayangi dalam dunia ni."

"Awak tak kisah bersama saya, Takina?" Chisato memulakan pertanyaan. "Saya seorang trans. Tak mungkin saya adalah seorang lelaki. Saya juga bukan lagi seorang perempuan seperti awak. Mustahil kita akan memiliki keluarga seperti orang lain." Chisato melihat pergelangan tangan kirinya. Terdapat parut kesan pengambilan tisu dan lemak lengannya untuk membina sebuah penis.

Takina memegang tangan kiri Chisato. Posisinya masih berada dibelakang Chisato seakan memeluknya.

"Banyak cara untuk kita memiliki keluarga seperti yang diharapkan. Kita akan fikirkan itu nanti." Takina menukar posisi duduk. Kini dia berada disamping Chisato.

"Saya setuju menerima awak sebagai suami saya semasa ayah beritahu rancangannya. Hati saya juga memilih awak. Saya ingin hidup bersama awak seumur hidup saya, Chisato." Tangan yang dipegang itu dibawa ke dadanya. Meminta agar Chisato merasai degupan jantungnya.

"Saya adalah Nishikigi sekarang. Saya Nishikigi Takina." Takina merapatkan wajahnya kepada Chisato. Sangat dekat hanya tinggal beberapa inci saja. Setelah itu, bibirnya berpaut pada bibir Chisato.

"Saya terima awak apa adanya, Chisato." Bersama sebuah senyuman, Takina bersuara. Chisato memandang redup anak mata indigo kepunyaan Takina. Tidak semena-mena, tubuh Takina dirangkul dan segara sengaja, Chisato menolaknya agar berbaring di katil.

"Takina... Takina..." panggil Chisato sambil menekap mukanya di sebelah Takina. Kedengaran suara esak tangis kecil dari Chisato. Takina mengusap rambut pendek potongan mullet Chisato.

"Saya akan bahagiakan awak, Takina! Saya akan berusaha." Chisato menggengam erat tangan Takina. Pasangan ini saling bertatapan. Bibir mengukir senyuman.

*******

"Budak tak guna! Kau mesti ikut aku ke hospital, sekarang!" Tangan kanak-kanak perempuan yang sedang bermain itu ditarik kasar.

"Tapi ayah, Chisato..." Belum sempat dia menghabiskan perkataan, pipinya ditampar.

"Kau mesti jadi lelaki! Aku tak ada anak perempuan. Kalau kau nak jadi anak aku, kau kena jadi lelaki." Lelaki pertengahan usia itu menempelak Chisato. Chisato yang masih berusia 8 tahun itu ketakutan.

"Tapi saya perempuan papa. Macam mana nak jadi lelaki?" Polos kanak-kanak itu menyoal.

"Kita akan buat pembedahan penukaran jantina untuk kau. Jangan risau, ianya akan ambil masa yang lama. Tapi berbaloi."

3 tahun kemudian...

"Siapa kau?" Chisato terpana dengan soalan itu. Apakah berlaku perubahan yang terlalu besar dalam hormon 'baru'nya ini sehingga lelaki ini tidak mengenalinya.

"Saya Chisato. Nishikigi Chisato. Saya anak papa." Chisato memperkenalkan dirinya. Dia akhirnya bertemu lelaki ini dalam tempoh pemulihannya dari pembedahan penukaran jantina.

"Anak? Kau anak aku?" Soalan dari lelaki itu membuatkan Chisato terkejut. Apakah lelaki ini tidak mengenalinya?

"Aku tak pernah ada anak bernama Chisato. Dan anak aku tiada yang transgender. Mungkin awak salah orang budak." Bibir Chisato bergetar ketika telinganya menangkap ayat terakhir lelaki itu. Chisato memegang tangannya ketika melihat dia ingin pergi.

"Saya anak papa. Papa meminta saya untuk menjadi lelaki. Saya lakukannya. Saya siksa badan saya sendiri untuk dilihat oleh ayah. Sekarang saya seorang lelaki. Seperti yang ayah inginkan." Kata Chisato.

"Tidak! Transgender bukan seorang lelaki atau perempuan. Mereka hilang identiti dalam jantina mereka. Mereka bukanlah lelaki atau perempuan. Tapi mereka..." Lelaki itu memandang Chisato dengan ekor matanya. Merentap kasar tangannya yang dipegang Chisato. "Hanyalah sampah."

"Hanyalah sampah."

"Hanyalah sampah."

"Hanyalah sampah."

My HomeWhere stories live. Discover now