Dewan yang menjadi lokasi majlis itu telah pun dipenuhi dengan tetamu yang dijemput hadir. Fuki berjalan melintasi lorong hotel. Menuju ke sebuah bilik menunggu. Diketuk beberapa kali sebelum pintunya dibuka.
Terlihat seorang wanita berusia 21 tahun cantik dalam gaun pengantin sedang melakukan persiapan akhir. Fuki tersenyum melihat pasangan dari sahabatnya ini. Inoue Takina memang gadis yang cantik dan baik.
"Awak nampak sangat cantik, Takina." Takina memandang Fuki ketika dia membantu pekerja hotel membuat perhiasan akhir dalam gaunnya.
"Terima kasih. Bagaimana?" Takina turun dari ruang persiapan. Berjalan menuju meja solek. Wajahnya yang masih perlu dipastikan secantik bagai bidadari di hari istimewanya. Soalan itu membuatkan Fuki menghela nafas. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Mungkin sedikit gemuruh. Saya harap dia tak cuai seperti biasanya." Kata-kata Fuki membuatkan Takina ketawa kecil. Dia memandang dirinya dari dalam cermin selepas segala persiapan untuk dirinya sudah selesai. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
"Kenapa?" Menyedari tatapan Takina, Fuki mula bertanya prihati. Takina menggeleng perlahan.
"Tidak. Saya cuma fikir ini adalah yang terbaik. Saya dah berjanji saya akan menjaganya." Takina membuang pandangannya kepada Fuki. Orang yang telah dia kenali sejak dari sekolah menengah. Gadis tomboy yang dipenuhi sikap kasar. Namun Fuki memiliki hati yang baik walauapun ramai yang tidak mengetahui niatnya.
Fuki tersenyum kecil. "Selepas apa yang telah dia lalui, saya percaya dia tak mungkin akan sia-siakan awak, Takina." Fuki tersenyum lembut kepada Takina. "Tolong jaga dia, Takina." Fuki menunduk sambil menahan serak suaranya.
Takina cukup mengetahui manusia yang dimaksudkan Fuki. Fuki maksudkan adalah pasangan pengantinnya yang merupakan seorang lelaki trangender yang dilahirkan sebagai perempuan, Nishikigi Chisato. Disebabkan seksaan kejam keluarga kandungnya membuatkan dia dipaksa untuk menukar kelamin asalnya menjadi lelaki. Setelah itu, dia dibuang oleh keluarganya sendiri sehingga membuatkan dia kehilangan segala yang dia miliki.
"Saya akan bahagiakan dia. Awak jangan risau, Fuki." Fuki mengangkat wajahnya dan tersenyum pada Takina. Setelahnya dia berjalan keluar dari bilik menunggu itu.
"Baiklah. Saya minta diri. Saya perlu siapakan diri untuk ucapan tahniah nanti." Fuki meminta diri. Memberikan ruang untuk Takina agar dia dapat menenangkan diri sebelum majlis bermula.
******
Chisato membetulkan tuxsedo pengantin yang dipakainya. Memperkemaskan kedudukan tali lehernya berkali-kali. Jantungnya bergedup kencang sehingga membuatkan dia ingin bersembunyi.
Dentuman bunyi loceng gereja membuatkan semua hadirin berdiri. Musik pengantar berkumandang di seluruh dewan. Pintu utama yang terbuka memperlihatkan satu susuk wanita cantik dalam gaun pengantin. Berjalan disepanjang karpet merah terbentang bersama Minato menghampiri Chisato.
'Tenang, Chisato! Tenang!' Chisato berbisik pada diri sendiri. Minato memandang Chisato. Menghulurkan tangan Takina yang dipegangnya kepada Chisato. Chisato menerima huluran itu. Moment itu menjadi simbolik seorang ayah yang menyerahkan tanggungjawab dan hidup anak perempuannya kepada pasangan pengantin.
Chisato dan Takina menaiki pentas bersamaan menghampiri seorang paderi yang sudah pun menanti pasangan ini. Acara mengangkat sumpah dan ikrar perkahwinan serta simbolik pemasangan cincin perkahwinan bakal dimulai.
Lima jam berlalu dengan begitu pantas. Tidak terasa majlis perkahwinan di dewan tersebut kini sudah berakhir. Semua hadirin yang dijemput kebanyakan mereka sudah pulang selepas menemui pasangan pengantin dan keluarga mereka.
"Fuki!" Tumpuannya terhadap gelas yang ditinggalkan di meja terhenti semasa mendengar namanya diseru. Chisato berjalan menghampirinya dan menghulur tangan.
"Terima kasih untuk ucapan tadi." Bibir Chisato terangkat mengukir senyuman. Fuki membalas huluran itu dan tangan mereka berjabat.
"Pastikan untuk sentiasa bahagia, Chisato." Ucapan yang Fuki sampaikan terasa bagai sebuah cerita yang telah Chisato lalui seoanjang hidupnya. Sehingga dia kini bertemu Takina. Gadis yang berjaya membuka jalan kehidupan baru untuk seorang Chisato.
"Saya akan." Chisato membuang pandangannya ke sisi. Dimana beberapa meter dari temapt dia dan Fuki sedang berdiri terdapat Takina yang sedang berbual bersama keluarga besarnya. Seakan tidak percaya bahawa dia kini akan menjadi salah seorang ahli keluarga itu secara rasmi.
"Nikmati cuti awak. Kita jumpa di pejabat nanti." Fuki menolak tubuh Chisato agar dia menghampiri keluarga itu. Chisato tersenyum padanya sebelum dia meninggalkan Fuki untuk menghampiri keluarga besar Takina. Fuki hanya memerhati kelibat temannya yang berjalan pergi dengan perasaan yang penuh pengharapan.
"Saya betul-betul harapkannya, Chisato." Fuki berbisik perlahan. Sebagai seseorang yang mengenali Chisato sejak dahulu, dia memahami betapa sukar Chisato bertahan hidup sebagai lelaki trans. Menjadi lelaki trans yang bukan keinginannya adalah satu cabaran terbesar hidupnya. Membuatkan dia terpaksa membiasakan diri menjadi 'lelaki' seawal usia 11 tahun.
YOU ARE READING
My Home
Romance[Transgender marriage] Nishikigi Chisato adalah seorang lelaki trans yang kehilangan tempat pulangnya selepas selesai saja proses penukaran jantinanya. Dia bertemu dengan seorang lelaki baik yang rela mengambilnya menjadi anak angkatnya.