Chisato membuka matanya. Nafasnya berdegup kencang. Mimpi yang sentiasa menghantui dirinya muncul lagi. Bahkan menyebabkan Chisato hampir ketakutan untuk tidur. Kejadian yang membuatkan dia kehilangan segalanya. Kehilangan keluarga, tempat pulang dan...
Jati dirinya.
Chisato bangkit dari baringannya. Berjalan perlahan keluar dari bilik Takina. Dia membawa diri ke luar rumah. Lebih tepat lagi bilik lamanya yang berada beberapa langkah dari pintu dapur rumah itu. Terus saja dia melangkah masuk ke bilik itu dan pintunya dikunci.
Chisato memerhati dirinya dari cermin panjang yang terletak kemas di sudut bilik. Perlahan-lahan, setiap pakaian yang dia kenakan dibuka. Sehingga menampakkan seluruh tubuhnya yang tanpa sehelai benang.
"Tsk!" Setiap kali dia memandang dirinya dalam cermin, perasaan benci terhadap diri dan keadaan itu semakin besar. Dia benci dirinya sendiri. Dia benci keadaan yang terjadi pada dirinya. Dia benci dirinya yang menjadi transgender. Itu adalah sesuatu yang tidak dia inginkan.
"Saya bencikan awak!" Katanya sambil memukul diri sendiri. Dia yang terlalu marah membuat keputusan untuk menumbuk cermin di depannya. Pecah berderai cermin itu. Entah kenapa hal itu tidak pernah cukup buatnya.
"Saya bencikan! Saya benci tubuh ni! Saya benci semuanya!" Teriak Chisato. Sesuatu yang tergantung di celah kelangkangnya diperhatikan lama. Penis buatan yang dibina khas agar dia menyerupai persis lelaki. Melihat itu menjadikan Chisato semakin benci.
Takina terjaga dari tidurnya. Chisato sudah tiada di samping. Jam masih menunjukkan jam 12 pagi. Terus Takina bangkit dari baringannya dan menuju ke satu tempat. Hanya disitu tempat yang pasti Chisato akan berada pada ketika ini.
Sebaik saja tiba di depan pintu bilik Chisato, Takina tidak langsung membukanya. Sebaliknya dia mendengar suara tangisan yang keras dari Chisato.
"Awak yang minta saya melakukan ini. Awak yang minta saya menjadi anak lelaki yang baik. Tapi kenapa selepas semua ini, awak malah membuang saya? Kenapa?"
"Jika saya tidak melakukannya, sudah tentu saya akan hidup sebagai gadis sekarang." Takina mendengar setiap butir perkataan Chisato. Penderitaan yang ditanggung Chisato. Kebencian Chisato terhadap dirinya sebagai seorang lelaki trans. Persoalan tentang keadaan yang telah berlaku padanya yang belum pernah dia temui jawapan.
"Ayah ingin kamu kahwini Chisato, Takina. Dia sudah banyak menderita, hanya kamu yang boleh bahagiakan dia. Tolong ya, Takina."
"Ibu tahu, walaupun dia bencikan dirinya sendiri. Tapi dia tetap sayangi orang sekelilingnya. Chisato adalah manusia polos berhati suci. Tolong jaga dia, Takina."
"Dia sudah cukup menderita selama ini. Saya harapkan awak."
"Kami suka jika abang Chisato menjadi abang kami bersama Takina nee-chan."
Takina mengingati setiap kata-kata orang sekelilingnya terhadap Chisato. Dia sendiri mengetahui keadaan Chisato. Bagaimana dia yang dibawa oleh Minato 12 tahun lalu ke rumah ini. Dia melihat setiap langkah Chisato untuk bertahan hidup sebagai lelaki.
"AWAK HANYA SAMPAH!" Lamunan Takina mati dengan jeritan itu. Suara Chisato bergabung bersama suara tangisan. "Saya hanyalah sampah! Saya tak guna! Tak mungkin saya boleh bahagiakan sesiapa dengan keadaan ini!"
"Chisato..." Bisik Takina. Dia dapat merasakan sedalam mana kebencian Chisato pada dirinya sendiri.
"Tunjukkan saya diri awak, Chisato!" Dengan keberanian, Takina bersuara. Menyedarkan Chisato bahawa dia ada. Chisato terkedu dengan suara itu. Suara Takina! Suara isterinya.
"Tunjukkan saya tubuh awak. Tunjukkan saya keadaan sebenarnya."
"Tapi... tapi..."
"Saya isteri awak, kan?" Chisato terkedu dengan ayat itu.
"Sejujurnya, semasa ayah mengaturkan perkahwinan kita. Saya rasa cukup senang. Selama ini saya merasakan bahawa ada satu tembok yang memisahkan awak dan saya. Walaupun kita begitu dekat, tapi saya tetap rasa bahawa awak cuba jauhkan diri dari saya." Bersama air mata, Chisato mendengar perkataan Takina.
"Selepas menjadi isteri awak, saya bahagia. Saya ingin kenali awak lebih dalam lagi. Saya ingin berkongsi seluruh kehidupan dan dunia awak." Air mata yang sudah bertakung, menitis kembali.
"Sekarang awak adalah dunia saya. Awak adalah sahabat saya. Awak adalah permata yang akan saya jaga dengan baik. Kerana saya cintakan awak, Nishikigi Chisato." Ayat terakhir Takina membuatkan air mata Chisato semakin deras.
"Saya adalah rumah awak. Saya adalah tempat untuk awak kembali. Saya tak akan pernah tinggalkan awak. Saya sayangkan awak Chisato. Dan saya berjanji akan terus cintakan awak sepanjang hayat saya."
"Takina..." suara serak tangisan kedengaran dari balik pintu. Tombol yang terkunci kembali terbuka. Takina tersenyum kemudian melangkah masuk ke dalam.
Seluruh bilik yang agak bertaburan. Dengan serpihan kaca memenuhi lantai. Pakaian Chisato yang bersepah. Titisan dari luka pada tangan Chisato. Serta Chisato yang duduk di sudut katil tanpa sebarang pakaian.
Takina berjalan menghampirinya. Chisato yang duduk sambil memeluk lututnya dipandang. Merendahkan tubuhnya agar memiliki ketinggian yang dengan keadaan Chisato.
"Sekarang. Tunjukkan pada saya. Tubuh sebenar yang awak sembunyikan dari semua orang." Takina memujuk lembut. Tangan kanannya mengusap kepala Chisato. Bahu Chisato terhenjut-henjut kerana menangis.
"Saya takut. Awak akan membencinya selepas melihat semuanya." Balas Chisato yang masih membenam mukanya pada lutut. Suaranya serak kerana menangis.
"Saya akan terima semuanya. Percayakan saya dan tunjukkan semua kebencian awak pada isteri awak ni, Chisato." Takina masih memujuk. Perlahan-lahan Chisato mengangkat wajahnya. Walaupun masih ragu, dia masih tetap menunjukkan seluruh tubuhnya pada Takina.
Tubuh Chisato sedikit berotot. Mungkin kerana pengambilan hormon testosteron semasa masih kanak-kanak membuatkan perkembangan hormon itu berkembang pesat. Dada bidang Chisato kelihatan seksi walaupun masih terdapat bekas parut pembedahan di sekitar bahagian itu.
Tubuh Chisato sudah sangat jelas bagaikan persis lelaki tulen. Perutnya yang agak berketul. Kerja keras yang dia lakukan selama ini memberikan hasil yang memuaskan. Waalupun Takina tahu, Chisato terpaksa melakukannya. Tapi hasilnya adalah terbaik.
Mata Takina tertumpu pada bahagian unik di celah kelangkang Chisato. Bahagian yang mengambil masa kira-kira 10 jam pembedahan untuk memberikan hasil yang benar-benar mirip seperti yang asli.
Takina melutut dihadapan Chisato. Mengangkat sedikit wajah Chisato agar dia memandang Takina.
Takina melemparkan pandangan yang redup dan lembut. Setelah itu, bibir Chisato ditangkap untuk dicium."Walau siapa pun awak, jawapan saya tetap sama. Saya cintakan awak, Nishikigi." Perkataan terakhir Takina membuatkan Chisato sedikit tersenyum.
"Awak mesti sedar bahawa awak juga Nishikigi, Takina."
"Ya. Saya sedar." Takina mengucup bibir Chisato lagi. Kali ini Chisato membalasnya dan menikmati bersama sisa air mata. Mereka menghabiskan malam mereka dengan menumbuhkan cinta untuk sebuah kisah yang baru.
YOU ARE READING
My Home
Romance[Transgender marriage] Nishikigi Chisato adalah seorang lelaki trans yang kehilangan tempat pulangnya selepas selesai saja proses penukaran jantinanya. Dia bertemu dengan seorang lelaki baik yang rela mengambilnya menjadi anak angkatnya.