Fleas in A Jar

41 10 12
                                    

Hari itu, Alyna akhirnya kembali menjejakkan kaki ke rumah agamnya. Selama berbulan-bulan, dirinya hanya mampu tidur di hotel ataupun di studionya sahaja kerana terlalu sibuk bekerja dan tidak sempat pulang ke rumah.

"Mama? Papa? Aniq? I'm home," panggil Alyna. Namun, tidak ada yang menjawab. Masuk akal kerana jam di dinding telah pun menunjukkan angka tiga. Pastinya semua orang telah tertidur.

Dengan itu, Alyna mengorak langkah menuju ke biliknya. Bilik yang sangat dia rindui.

Alyna memasuki bilik tidurnya yang berdinding putih itu. Semuanya kemas, bahkan buku-buku yang dia tinggalkan juga masih elok tersusun.

Dengan badan yang penat dan lenguh, badannya dihempaskan ke atas cinta hatinya iaitu katil. Alyna mengeluh dengan lembut memikirkan apa yang terjadi hari ini. Aneh. Tak pernah dirinya dibenci tanpa sebab seperti hari ini. Tahap kebencian Izyad bagaikan mempunyai dendam yang sangat dalam.

Tangannya mula mencapai ke bawah katilnya untuk mencari sesuatu. Ha dapat. Jurnal yang kelihatan nazak kerana sudah terlalu lama hayatnya itu ditilik. Bukan kepunyaannya. Namun, milik seseorang yang tidak pernah ia kenali. Sudah berapa tahun semenjak kejadian itu berlaku? Ya, 8 tahun. Dimanakah pemilik jurnal itu sekarang?

Jurnal itu memang didedikasikan untuk Alyna. Dia tahu itu kerana di setiap muka surat memang akan tertera namanya. Sambil matanya membaca satu per satu baris ayat, mindanya mula pulang kembali ke zaman persekolahannya dahulu. Seronoknya zaman remaja. Sesekali dirinya tergelak kecil. Pemilik jurnal berinisial F ini sangat memperhatikannya. Bahkan waktu dia jatuh tangga pun akan F catat.

Alyna membaca dengan sangat teliti. Well, dia sebenarnya tidak boleh tidur kerana terbiasa kerja dari awal pagi hingga ke tengah malam. Kesannya, dia menghidap insomnia dan malangnya pula, ubatnya baru sahaja habis. Matanya tak ingin redup walaupun dia mahu.

Sehingga sekeping kertas muka surat daripada jurnal itu jatuh di atas selimut berwarna putih Alyna. 4 Oktober...Itu tarikh pertandingan puisi Bahasa Inggerisnya. Di bawah, tertera beberapa rangkap puisi berbahasa Inggeris.


Music, they ask me, oh if only they knew

The song I treasure most is the sound of your breath as it passes through

Your heart the rhythm and its beat the harmony

In the symphony of my soul, your presence alone reigns

A melody of such beauty, my heart it doth praise

Your voice, a harp's sweet chords, a lullaby for my weary days

Your eyes, a canvas painted by the gods, their strokes so divine

Your smile, a beacon of hope in the darkest night

A flicker against the shadows, guiding me through strife and plight

You are my music, the essence of all my song.

– From F to Moon.

Moon? Dirinya juga kah? Kenapa Bulan?

*

**

Pagi yang senyap. Suasana yang sudah lazim untuk kediaman itu. Alyna yang telah bersiap, turun ke bawah hanya untuk disajikan dengan pemandangan mama dan papanya serta abangnya makan bersama di meja makan.

"Morning, ma, pa," sapa Alyna dengan senyum di wajah. Dirinya duduk di kerusi bersebelahan Aniq dan bertentangan mamanya. Datin Maznah atau nama glamournya, Zan si Suara Emas!

Bayangkara Sang CandraWhere stories live. Discover now