BAB 2

174 10 0
                                    

"I'm just a girl, Who don't know
Anything and askimg him to marry me."

"Itu kereta ke?"

Tercengang Ariyan seketika. Ariyan rasa mahu sahaja dia gelak terbahak bahak dekat wanita mental ni. Tapi kalau Aku buat Macam tu orang ingat aku yang gila.

"Kau buat lawak bodoh apa ni? Cukup lah aku je bodoh dalam keluarga aku." Ariyan tergelak kecik.

"Ha?"

"Kau ni baru lepas keluar dari penjara ke apa? Dengan kasut pun tak pakai." Lagi sekali Ariyan rasa mahu tergelak. Wanita dihadapannya sama seperti baru lepas berlari dari penjara.

Danisha yang mendengar itu memgganguk laju. Lagi sekali Ariyan tercengang. Biar betul minah ni. Aku main cakap je tadi.

"Kau pakai ni dulu." Ariyan menglempar sepasang selipar milik Tengku Ariana pada Danisha. Entah bagaimana selipar kakak tiri fake dia ni ada kat dia.

Tanpa ragu-ragu Danisha menyarung selipar berwarna merah jambu itu pada kakinya."

"Jom ikut aku." Ajak Ariyan. Baru beberapa langkah Ariyan gerak dia memusing belakang dan melihat Danisha hanya berdiri tegak disitu.

Ariyan menghembus nafas berat sebelum dia menarik lengan baru Danisha supaya mengikutnya.

"Hmm bauuu apaa nii." Danisha mencari bau makanan itu seperti anjing menghidu. Sungguh Ariyan berasa malu sekarang ni.

Tiba-tiba Danisha berhenti dekat hadapan sebuah kedai. Sempat dia menarik kuat Ariyan untuk mengikutnya.

Danisha menunjuk nunjuk ayam gorang ranggup pada Ariyan. Ariyan pula hanya memandang dan menjungkit kening yang bermaksud kenapa.

"Saya teringin nak makan benda ni. Tapi saya tak ada duit." Danisha membuat buat muka sayu dihadapan Ariyan.

'Weyhhh kenapaaa aku rasaa comel dekattt minahhh sengettt niii!!!!' Jerit hati Ariyan.

"Cik bagi 2 ketul ayam." Bersinar sinar mata Danisha apabila Ariyan menyuakan ke arahnya. Danisha mengambil dan mengucap terima kasih.

"Thankkkk youu!!!" Lagi sekali Ariyan berasa jantungnya seakan mahu tercabut. Perasaan apa ni.

Kini mereka berdua duduk di tasik.

"Kau ada masalah ke?" Tanya Ariyan tiba-tiba.

"Ye!!" Terperanjat Ariyan dibuatnya apabila Danisha secara drastik menjerit. Fuh boleh sakit jantung aku.

"Saya lari bukan saja-saja." Danisha mula bercerita dan Ariyan hanya memasang telinga sahaja.

"Saya lari kerana ibu saya paksa saya kahwin. Walaupun saya taknak. Minggu depan saya akan kahwin. Dan saya taknak benda itu berlaku."

"Teruskan lari." Terhenti cerita Danisha saat Ariyan memotong percakapannya.

"Kalau kau taknak kau lari." Entah kenapa Ariyan bagi Danisha idea yang gila ini. Entahlah yang penting dia sakit hati mendapat tahu Danisha akan berkahwin.

"Sejauh mana pun saya lari diorang akan jumpa juga." Perlahan Danisha berkata. "Habis kau ada idea lain ke?" Tanya Ariyan yang ingin tahu.

"Lebih baik Saya cari bakal suami yang sesuai dengan diri saya." Ariyan berasa sedikit musykil saat Danisha tidak berhenti merenungnya seperti ada maksud yang disampaikan oleh mata gadis itu.

"Jadi saya nak mintak tolong. Awak kahwin dengan saya."Ajak Danisha dengan berani. "Apa!!" Sumpah Ariyan terkejut sekarang ni.

"Saya nak awak jadi suami saya."

"Ha?!" Hanya itu sahaja yang Ariyan mampu berkata sekarang. Dia betul-betul terkejut.

"Kalau awak kahwin dengan saya kemungkinan saya dapat kebebasan. Eh tak. Kita kena kahwin lari baru saya dapat kebebasan. Ye betul!" Danisha berkata sendirian dan Ariyan masih mendengar.

"Jadi Saya merayu tolong kahwin dengan saya. Saya taknak kena kurung lagi." Danisha mula merayu.

"Aku rasa kau kena kurung sebab ada penyakit mental." Kata Ariyan dengan tidak sangka. Serius dia rasa menyesal mengenal wanita sewel dihadapannya.

"Tak sangka..kita baru berjumpa pertama kali dan ada orang gila dah ajak aku kahwin? Sumpah tak sangka." Sindir Ariyan.

"Awak kata saya gila?! Saya yang comel ni awak kata gila?!" Wajah Danisha kini sudah masam cuka.

"Ye. Selagi aku dekat sini aku rasa aku akan gila segilanya. Aku balik dulu ye. Bai." Tidak sempat Ariyan mahu bangun. Danisha menarik lengan Ariyan dan merenung mata Ariyan.

"Lihat dan tenung mata saya. Saya tidak main-main. Saya harap awak dapat berfikir masak-masak." Ujar Danisha sebelum dia melangkah pergi tinggalkan Ariyan.

Dia harus pergi ke penjaranya balik. Tempat dimana ibunya kurung selama 13 tahun.


TBC

VOTE

Seperti di janjikan!!! Saya akan mula update selalu kalau tiada halangan.

IYANHANI : NEW VERSIONWhere stories live. Discover now