BAB 3

202 13 0
                                    

"I'm just a girl, Who don't know
anything and asking him to marry me."

Danisha termenung jauh. Memikir yang kehidupannya akan jadi teruk. Sedar tak sedar sudah tiba masanya dia berkahwin dengan lelaki asing.

Puas Danisha berjumpa dengan Ariyan senyap-senyap dan berkata hal yang sama. Mengajak lelaki itu kahwin. Namun Ariyan hanya mengatakan yang dia gila sahaja.

Wajah Danisha kini tiada secalit senyuman gembira. Yang hanya semua kesedihan. Dia hanya mahu kebebasan sahaja. Kenapa susah sangat orang nak faham.

Yang Danisha harapkan sekarang ni hanya lah Ariyan datang menculiknya.

"Cik Dee..lagi 10 minit majlis akad nikah akan bermula. Sebelum majlis bermula saya akan bawa Cik Dee turun." Ujar pegawai yang diupah oleh Puan Hanim.

Danisha hanya mengganguk. Kini hanya dia sorang sahaja di bilik ni.

'Malam ni saya akan berkahwin. Awak masih taknak tolong saya ke?'

"Look, cik.."

"Danisha Hani." Tergamam sebentar Ariyan mendengar nama itu.

"Look cik Hani, kau pun tahu kan perkara kahwin ni bukan boleh buat main. Apa kata kau ikut sahaja kata mak kau."

"S-Saya tak nak..s-saya takut..s-saya taknak kena kurung lagi. Saya taknak duduk dekat penjara tu lagi. Tolong."

Tiba-Tiba Ariyan menjerit kuat. Rambut yang tadi segak sudah kusut masai. Dia serabut asyik memikir pasal Danisha Hani.

Gadis gila yang ajak dia kahwin. Sangat gila.

"Weyh abdul, asal kau macam serabut sangat ni." Tegur Dayyan yang sedang bermain mobile legend.

Sekarang Ariyan lepak di rumah Dayyan. Entah lah kenapa dia mahu nak lepak disini. Makin serabut adalah.

Tiba-tiba..

"Argh!! Aku gerak dulu. Ada hal." Tanpa mendengar suara Dayyan. Ariyan terlebih dahulu berlari keluar dari rumah Dayyan.

"Woi!! Apa kena dengan mamat tu." Gumam Dayyan.

Lagi 5 minit majlis akan bermula. Danisha bangun dan berdiri di hadapan pintu biliknya. Tapak kaki dari luar kedengaran. Semakin dekat semakin kuat bunyinya.

Danisha pejam matanya dengan kuat. Tiba-tiba jantungnya berdegup kuat. Kenapa dia tiba-tiba rasa resah ni.

Dengar sahaja pintu dikuak jantung Danisha makin berdebar debar. Lepas itu Danisha merasakan satu tangan menekup mulutnya dan matanya.

Danisha meronta-ronta ingin melepaskan diri. Namun gagal.

"Shushh sayang.." sejurus itu tubuh Danisha rebah. Itu sahaja yang dia dengar sebelum semuanya gelap.

Kepala Danisha berasa berat dan sangat pening. Perlahan-lahan matanya yang tertutup rapat mula membuka.

"Dah bangun?" Dengan pantas Danisha memusing kepalanya ke arah suara tersebut. Ternganga mulut Danisha melihat gerangan disebelahnya sekarang ni.

"AWAK!!" Jerit Danisha lalu memeluk selamba tubuh Ariyan. Ariyan tergamam. Jantungnya mula berkerja.

Lantas Ariyan menolak kasar tubuh Danisha dari terus memeluknya. Danisha pula berkedip mata.

"Kita dah sampai." Kata Ariyan senada. Danisha melilau sekeliling. Dihadapannya sekarang ni ada sebuah rumah besar dan kelihatan sunyi dan gelap.

"Tunggu apa lagi? Jom masuk." Ajak Ariyan. Danisha pula merenung Ariyan dengan tanda tidak percaya.

'Laki ni nak aku masuk rumah ni dengan dia ke? Omooo takuttt.' Bisik hati Danisha.

"Kita berdua?" Tanya Danisha ragu-ragu.

"Ye."

"Ha ha ha..kalau awak tak sabar sangat nak buat tut. Nikahkan saya dulu. Dosa tau." Kata Danisha sambil pura-pura ketawa.

"Walaupun awak dah gelojoh sangat..tapi jangan lah buat benda tut sebelum kita halal." Dahi Ariyan mula berkerut.

"Lagipun malam ni malam pertama kita bersama..tapi saya tak sedia. Tolong faham." Kata Danisha malu-malu.

Ariyan yang baru tersedar apa yang Danisha fikir terus mata dia membulat. "Wah boleh gila aku.." gumam Ariyan perlahan.

"Aku ajak kau masuk bukan sebab nak berdua duaan dengan kau lepas tu buat benda.." Tebantut ayat Ariyan kerana dia tidak sanggup menyambung.

"Ha?" Serius Ariyan rasa nak menangis sahaja melayan perangai tak semengah wanita sewel ni.

"Maksud aku, aku ajak kau masuk sebab aku taktau nak bawa kau pergi mana lagi. Lagipun jangan risau ada family aku dalam tu. Yang kau sampai fikir yang kita akan buat..ARGHH!!" Terang Ariyan panjang lebar. Cuma ayat last Ariyan tidak mampu sambung.

"Sorry. Maafkan Saya sebab salah faham." Tiba-tiba Danisha berasa malu kerana berfikir sebegitu.

"Betul sangkaan aku, kau kena kurung mesti sebab ada masalah sakit otak kan." Tuduh Ariyan. Danisha pula sudah mencebik.

"Saya memang sakit. Tapi bukan sakit otak. Ibu saya kata lepas bangun dari koma saya seperti bayi yang baru lahir. Yang langsung tidak tahu satu apa pun." Cerita Danisha.

"Jadi kau hilang ingatan 100% ke?" Tanya Ariyan. Baginya Danisha ni sewel. Hahaha.

"Maybe. Saya pun tak tau sangat yang saya sakit apa. Yang saya tahu..sampai sekarang saya masih hilang ingatan." Kata Danisha sambil mulut termuncung-muncung.

Memang sebegitu rupa Danisha bila bercerita.

"Macam mana kau boleh tak tahu? Walaupun masa kau bangun kau tak ingat apa-apa. Tapi kau harus tahu apa yang terjadi sebelum kau koma." Ariyan bersuara. Sungguh dia pelik.

"Macam saya kata tadi..bangun sahaja dari koma saya seperti seorang bayi yang baru lahir. Yang tidak tahu apa apa." Terang Danisha.

"Ibu, kurung saya selama 13 tahun kerana penyakit saya belum sembuh. Padahal Saya rasa saya tidak berasa sakit sama sekali."

Ariyan mengeluh mendengar cerita kisah Danisha Hani. Sangat pelik.



TBC

VOTE

Just two vote for today ok. Sepatutnya Seryn update first August. But time tu Seryn kena Covid so terpaksa tanggung. Sorryyyy

IYANHANI : NEW VERSIONWhere stories live. Discover now