PROLOG

519 21 0
                                    

13 TAHUN LALU..

Danisha Berlari dengan sekuat hati. Air matanya tidak berhenti mengalir. Danisha hanya berlari tanpa melihat kawasan yang dia berada sekarang.

Dia takut. Dia trauma. Dengan kejadian di rumah tadi. Dimana ibu kandungnya memukulnya berkali-kali hanya kerana Danisha di fitnah curi duit orang kampung.

Ibunya langsung tidak percaya bahawa bukan Danisha yang mencuri. Namun ibunya tidak ambik kisah. Dia tetap memukul Danisha tanpa belas kasihan.

Disebabkan inilah Danisha terus berlari sehelai sepinggang. Tahu-tahu sudah di dalam hutan. Ye Dia sesat.

Saat Danisha berlari kakinya tersadung lalu kepalanya terhantuk kuat pada batu yang besar. Kepala mula berasa pening. Matanya juga mula nampak samar-samar.

Darah yang mengalir dihiraukan. Dan akhirnya dia jatuh pengsan di dalam hutan itu keseorangan. Dunia Danisha Hani berubah gelap gelita.

Pada pukul 8 malam orang kampung mula mencari Danisha Hani. Ini semua kerana Puan Hanim merayu-rayu meminta bantuan orang kampung.

Walaupun Puan Hanim selalu berlaku kejam pada Anaknya Danisha Hani namun kasih sayang kepada Anak tunggalnya tidak pernah hilang.

Puan Hanim berasa kesal kerana memukul Satu satu anaknya tanpa belas kasihan. Puan Hanim berhasrat ingin meminta maaf dan memberi perhatian penuh pada Danisha lepas ini.

"Hanim!! Kami sudah jumpa anak kau!!" Jerit Pak Samad. Tanpa berlengah Puan Hanim terkial kial berlari ke tempat Pak Samad.

Puan Hanim jatuh ke tanah melihat anaknya yang luka dan berdarah teruk. Dia gagal jadi ibu yang baik. Puan Hanim memeluk tubuh anaknya dengan erat. Orang kampung memandang sayu terhadap puan Hanim.

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" Soal Puan Hanim dengan cemas tatkala Doktor keluar dari Zon kecemasan.

"Allhamdullilah proses pembedahan berjalan seperti biasa. Tetapi ada beberapa perkara yang terjadi pada Cik Danisha." Kata Doktor itu dengan sedikit teragak agak.

"Cik Danisha mengalami penyakit hilang ingatan sepenuhnya. Saya harap Puan banyakkan bersabar."

Terkaku Puan Hanim. Tidak menyangka Allah memberi ujian kepada dia sebegini. Puan Hanim tidak mampu berkata-kata.

TBC

VOTE

IYANHANI : NEW VERSIONWhere stories live. Discover now