AINADI 1

669 24 0
                                    

Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar, Aina Waheedah kini mendapat tawaran menyambungkan pelajaran di universiti impiannya bersama sama sahabatnya iaitu Puteri Hasya.

Tetapi itu bukanlah perkara yang merisaukan Aina ketika ini malahan dia lebih risau akan keadaan sahabatnya. Kehilangan susuk tubuh yang amat disayangi telah meragut seluruh jiwa dan senyuman wanita itu.

"Na... dah siap kemas barang?" terhenti lamunan Aina apabila seseorang bersuara di muka pintu.

"Eh ibu, hampir siap. Ada lagi sikit baju nak dibawa" jawab Aina dengan lembut.

Puan Rosnah sesudah melipat kain baju di ruang tamu mengambil keputusan untuk menjenguk sebentar anaknya di bilik.

Baju yang masih diluar bagasi disusun kemas lalu menarik zip beg besar tersebut. Setelah itu beg ditarik dan didirikan di kaki katil bersama sama barangan yang lain.

"Hasya okey ke dekat rumah tu sorang sorang" soal ibunya.

"Okey ibu, Aina baru mesej dia tadi. Sempat juga Na tolong dia kemas apa yang patut petang tadi sebelum bertolak esok" balas Aina.

Puan Rosnah mengangguk tanda mengerti.

"Dah besar anak ibu, dah masuk universiti. Sekejap sahaja masa berlalu kan? Ingat lagi masa Na merengek nak kan susu, nak makan aiskrim, bergaduh dengan Aiman... haih lah rindu" kata ibunya setelah mengambil tempat di sebelah Aina di atas katil.

Aina menahan air matanya. Dia pun tidak sangka secepat ini masa berlalu. Tahu tahu sahaja dia sudah melangkah ke alam dewasa seperti saudara maranya yang lain.

Puan Rosnah. Seorang ibu yang sangat kuat dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak anak dan keluarganya. Seorang ibu yang tidak pernah membezakan kejayaan kedua anaknya. Setiap anak pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dia terima dan sentiasa menyokong dari belakang.

"Terima kasih ibu sebab sudah membesarkan Na, bagi kasih sayang pada Aina dan Aiman dengan cukup. Aina sayang ibu... Aina tak tahu macam mana nak balas jasa ibu dan ayah atas segala pengorbanan ibu dan ayah terhadap kami berdua" kata Aina.

Air mata yang ditahan sudah pun tumpah membasahi pipi. Puan Rosnah mengesat air mata anaknya lalu memeluk tubuh bidadari kecil itu. Sisi kepala Aina dicium lama. Menyalurkan kasih sayang pada si anak.

"Ibu tidak minta lebih, cukup lah menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa hadapan. Menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain. Belajar bersungguh sungguh dan capailah cita cita Aina. Doa ibu sentiasa mengiringi langkah anak anak ibu"

"Terima kasih ibu. Ibu adalah ibu yang paling terbaik di muka bumi ni. Kalau diberi pilihan untuk Aina pilih siapa akan menjadi ibu Aina lagi, Na tetap pilih ibu... syurga Aina..."

Puan Rosnah tersenyum mendengarnya. Dia bahagia. Dia suka. Dia bersyukur. Anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang telah pun berjaya. Dan hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk mencapai cita cita yang diimpikan.

"Jadi lah apa sahaja yang Aina impikan sejak kecil. Tak pernah sekali pun ibu melarang atau membantah kehendak anak anak ibu. Tapi jika benda yang kamu mahukan bercanggah dengan agama dan tidak elok untuk diri kamu, ibu akan nasihat dan bimbing" Puan Rosnah berkata lagi.

Aina mengangguk dalam dakapan ibunya.

"Amboi dua beranak ni, berpeluk sakan" kata Encik Badrul. Sudah lama dia berdiri di muka pintu melihat drama dua wanita kesayangannya itu.

Balik sahaja dari masjid selepas mengerjakan solat isyak terus dia pulang ke rumah. Masuk sahaja ruang tamu terasa sunyi. Hanya baju yang sudah dilipat menghias mata.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now