PROLOG

1K 55 9
                                    

Encik Badrul dan Puan Rosnah sedia menunggu sahabat anaknya di luar wad tersebut. Encik Badrul tidak berhenti mengusap belakang isteri yang sedang menangis teresak esak. Puan Rosnah bersandar di bahu suaminya dalam keadaan lemah.

Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari di dalam rahimnya, ditatang bagai minyak ynag penuh dan diberikan kasih sayang yang secukupnya itu sedang terbaring lemah di atas katil hospital. Sungguh dia tidak sangka perkara ini bakal terjadi pada anak sulungnya.

Hasya yang baru tiba bersama Eriq berlari mendapatkan ibu angkatnya. Dia bersalaman dengan Puan Rosnah sebelum mendakap tubuh wanita separuh abad itu dengan erat. Begitu juga Eriq. Dia juga terkesan dengan apa yang menimpa sahabat isterinya.

"Ibu dah masuk tengok Aina?" soal Hasya. Puan Rosnah angguk sahaja.

"Kami dah masuk tapi dia menjerit suruh kami keluar. Tu yang kami cepat cepat suruh Hasya datang sini" jawab Encik Badrul bagi pihak isterinya.

Hasya melangut menatap suaminya yang berdiri di sisi kanannya. Eriq hanya tersenyum pendek lalu mengusap kepala isterinya. Anaknya ditinggalkan sebentar di rumah Puan Fatimah.

"Sya!!!" laung seseorang dari arah kejauhan.

Mereka berpaling.

Damia, Eriqa dan Fahmi turut datang ke hospital. Mereka mendapat berita bahawa Aina sudah sedarkan diri dan segera datang ke hospital. Izz dan Alisa tidak datang menjenguk kerana sibuk menguruskan restoran milik mereka.

"Kak Sya, Aina macam mana? Dia okey je kan? Abang, Aina okey kan?" cemas nada Eriqa bertanya. Hasya angguk kecil.

"Kalau okey  jom lah kita tengok dia kat dalam. Mesti dia tunggu kita. Jom lah" Damia menarik tangan Eriqa untuk masuk ke dalam wad.

"Dia tak nak jumpa sesiapa" sapa Aiman yang baru balik dari pergi ke tandas.

"Apa maksud kau. Kitaorang kawan dia kot takkan dia taknak jumpa dengan kita" Fahmi berkata. Lalu kaki laju meluru ke arah pintu wad dan masuk ke dalam wad.

Mereka ikut jejak langkah Fahmi. Mujur Aina telah memakai tudung. Mereka masuk dan mengelilingi katil Aina. Aina langsung tidak berperasaan dan merenung ke luar tingkap hospital.

"Siapa suruh korang masuk" Aina berkata dingin. Semua tersentak.

"Aik nak tengok kawan sendiri pun tak boleh" kata Fahmi sambil lewa. Damia mengetuk kepalanya.

"Keluar" Aina berkata tanpa melihat wajah seorang pun dari mereka.

"Na..." Eriqa pula bersuara.

"Korang pekak ke, aku cakap keluarkan" nada masih dingin. Cadar katil digenggam erat.

"Tapi kitaorang nak-" belum sempat Damia menghabiskan ayat, Aina memekik.

"Kau pekak ke bodoh! Aku kata berambus tu berambus lah! Keluar! Berambus" jerit Aina sangat kuat.

Terperanjat semua yang berada di situ. Terkelu lidah masing masing dari berbicara. Mereka menatap sesama sendiri sebelum melihat ke arah Aina semula.

"Keluar!!!" jerit Aina lagi apabila mereka masih statik di dalam wad itu.

"Korang semua keluar, tinggalkan aku dengan Aina sekejap" kata Hasya. Mereka angguk dan melangkah keluar dengan perasaan yang masih terkejut.

"Aku dah cakap dia tak nak jumpa sesiapa. Korang degil" kata Aiman setelah rakannya keluar dari wad dengan wajah sedih.

"Kenapa Aina jadi macam tu ibu" soal Eriqa. Puan Rosnah hanya menggeleng mendengar pertanyaan itu.

"Nanti saya cerita" Aiman menjawab soalan Eriqa.

Damia terduduk lemah di kerusi menunggu sambil wajahnya ditekup menggunakan tangan. Dia menangis. Dia sangat pilu melihat keadaan Aina sekarang ini. Dia tidak menyangka perkara tersebut memberi kesan seteruk ini pada kawan serumahnya.

Masih segar dalam ingatannya betapa teruk keadaan Aina ketika itu. Bilik menjadi tunggang langgang akibat di kombah oleh Aina. Segala barangan di dalam bilik itu di baling sehingga ada yang pecah berderai.

Laungan keras Aina dapat di dengar sehingga tingkat bawah rumah mereka. Seperti manusia yang terkena histeria, terpekik terlolong. Damia yang takut terus menelefon Puteri Hasya dan Eriqa Inara.

Fahmi duduk disebelah Damia. Dia membisikkan sesuatu.

"Takut gila tengok Aina. Lagi sikit nak bertukar jadi hulk" ujar Fahmi perlahan.

Damia mengangkat muka dan tangan laju menampar muka rakannya. Semua tergamam melihat tindakan pantas itu. Fahmi menggosok pipinya yang kebas.

"Ada yang koma aku buat kejap lagi" Damia berkata membuatkan Fahmi tersenyum kelat dan diam menunduk.

Hasya keluar dari wad tersebut dengan muka yang sangat sembap. Tidak tahu apa yang mereka bualkan sehingga merah mata dan hidung Hasya. Eriq segera mendapatkan isterinya yang melangkah lemah keluar dari wad itu.

"Princess... are you okey?" soal Eriq lalu memeluk isterinya.

"Tak abang... Sya tak kuat abang... kawan baik Sya sakit abang..." Hasya merintih rintih di dalam dakapan suaminya.

Bahu suaminya di tumbuk berkali kali. Dia ingin melepaskan kemarahan terhadap diri sendiri sekarang ini. Dia menyesal. Kalau bukan kerana dia, Aina Waheedah tidak jadi seperti ini.

"Shhh jangan salahkan diri sendiri" pujuk Eriq lalu mengusap belakang badan Hasya.

Hasya melepaskan pelukan lalu duduk melutut di hadapan ibu angkatnya. Dia mencapai tangan wanita tua itu lalu dicium lama. Puan Rosnah tersentak.

"Maafkan Sya ibu... Semua ini salah Sya, Sya tak sepatutnya suruh Aina-"

"Sya... ibu dan ayah tak pernah salahkan Sya. Tapi kami nak berterima kasih pada Sya. Terima kasih kerana jadi sahabat yang baik buat anak ibu. Di saat ibu dan ayah jauh untuk menolong anak ibu, di saat itu Hasya ada mendakap tubuh anak ibu. Ibu berterima kasih sangat pada Hasya" kata Puan Rosnah.

"Aiman juga nak minta maaf sebab tak mampu nak jaga kakak Aiman sendiri ibu. Sepatutnya tanggungjawab tu di bahu Aiman bukan di bahu orang lain. Aiman minta maaf ayah ibu" Aiman turut melutut dan mencium kedua tangan ibu bapanya.

"Ayah dan ibu tak pernah salah kan sesiapa. Ini semua takdir dan ujian buat ibu dan ayah. Kami redha. Kami akan usaha untuk pulihkan keadaan Aina semula. Dan kita doa yang baik baik ye" Encik Badrul pula membuka mulut.

Semua di situ mengangguk sahaja.

Hasya bangun dan membetulkan bajunya. Dia mengesat air matanya lalu menghampiri Eriq.

"Bawa Sya jumpa dia abang, sekarang" tegas nada Hasya meminta kepada Eriq.

"Princess nak buat apa?" Eriq bertanya. Dia masih menahan isterinya dari bertindak sebelum berfikir.

"Sya nak buat apa yang patut Sya buat. Aina kawan baik Sya, Sya tak boleh tengok dia sakit macam tu. Kalau tidak sampai mati Sya akan rasa sebersalah" kata Hasya lalu meninggalkan semua orang di situ.

Dia perlu mengajar orang itu dengan secukupnya. Dia tidak sanggup melihat keadaan sahabatnya begitu tanpa berbuat apa apa. Jika perlu memutuskan silaturrahim pun dia sanggup.

Jika Aina sanggup bertarung apa sahaja demi Hasya;

Hasya juga sanggup melakukan perkara yang sama.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now