AINADI 2

234 16 2
                                    

Selepas subuh, Aina tidak menyambung tidurnya semula walaupun kelas pada hari tersebut bermula jam 10 pagi. Selepas solat subuh Aina akan membuat pra-pembelajaran tentang topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. Itu sudah menjadi rutin buatnya.

Setelah itu, Aina akan mempersiapkan diri untuk ke kelas. Setelah mandi, baju yang sudah dipilih dan digosok akan disarung pada tubuh. Alat solek ditacap pada wajah. Setelah selesai, Aina akan memasukkan buku dan alat tulis di dalam beg tidak lupa juga kunci bilik.

"Lambatnya kau siap" Hasya sudah berdiri tegak dihadapan pintu biliknya.

"Woi kau hah kau kau masuk masuk" latah Aina sambil membuka langkah untuk bersilat. Nasib tidak terpelanting kasut di tangannya.

Walaupun mereka tidak berkongsi bilik tetapi mereka masih duduk di blok yang sama. Jodoh kalau kuat memang tidak kemana.

"Kematu biji mata aku menunggu kau bersiap. Lawa lawa nak pergi mana" omel Hasya. Sudah 15 minit dia menunggu di situ.

"Sekali sekala bergaya apa salahnya. Asyik pakai baju kurung je orang tengok pun nak muntah apatah lagi aku" Aina berkata sambil menyarungkan kasut pada kakinya.

Tali kasut diikat keduanya lantas bangun membersihkan seluar dibahagian belakang.

"Banyak lah kau punya muntah. Cepat lah kang lambat pergi kelas" Hasya berkata lalu menarik tangan Aina mengikutinya.

"Ala rilek lah pensyarah tu bukan datang on time pun kita je beria datang awal" ujar Aina lagi.

Sampai sahaja di dalam dewan kuliah mereka mencari tempat duduk, sudah semestinya di bahagian hadapan. Tidak lah terlalu hadapan cuma 3 baris dari depan.

Tidak sampai 5 minit pensyarah mereka pun tiba. Agak tercungap cungap mungkin baru selesai berlari untuk mngejar masa.

"Morning everyone" ucap pensyarah itu.

"Morning prof" sambut mereka yang berada di dalam dewan itu.

Prof. Idayu merupakan pensyarah yang mengajar mereka subjek perakaunan. Pensyarah tersebut agak tegas dan sangat mementingkan kekemasan. Bukan saja dari segi kerja yang diberikan malah penampilan.

"Have you guys done a homework that I gave to you last week?" ucap pensyarah tersebut.

Aina membuka zip begnya untuk mengeluarkan kerja yang sudah disiapkan minggu lepas. Hampir satu minit dia menggeledah isi beg tersebut tetapi masih tidak jumpa.

Sah pasti tertinggal memandangkan buku tersebut agak nipis berbanding yang lain. Pasti dia tidak perasan dan terselit pada buku buku yang agak tebal.

"Alamak weh, aku tertinggal. Macam mana ni?" Aina sudah gelabah. Hasya disebelah turut menolong Aina memeriksa beg itu untuk kali kedua.

"Takpe, kalau prof panggil nama kau... ambil je buku aku." ujar Hasya. Aina angguk.

"Sahabat sehidup semati" Aina menepuk bahu Hasya dua kali.

Sepanjang kelas berlangsung, tidak terkira berapa kali Aina menguap. Semakin dia berusaha menahan diri dari tertidur , semakin berat kantuk matanya. Tersengguk sengguk kepala Aina dan sesekali terlentuk di bahu Hasya.

Hasya menggeleng. Sudah muak dengan perangai Aina yang satu ini. Sudah hampir sebulan mereka belajar di situ, sedikit sebanyak dia sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

"That's all for today. Thankyou everyone, class dismiss" ucap Prof. Idayu.

"Weh jom makan, aku lapar lah" kata Aina serta merta apabila mendengar perkataan dismiss.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now