ᴘʀᴏʟᴏɢᴜᴇ

402 46 7
                                    

"KENAPA pula boleh terpeleot sampai situ mama. Jauh benorlah melencongnya. Orang duk cakap pasal nak cari kerja dia duk spill pasal siaran cari jodoh. Mama ni kerasukan toyol hantu botol kicap ke?" Andre kepit tinggi sanggul rambutnya. Terpacak kukuh atas kepala.

Pelikkan nama dia. Andre. Nama macam lelaki. Tapi pemilik nama berkromosom xx. Entah apa yang duk merayau-rayau dalam buah fikiran mamanya sampai dipilih nama lelaki untuknya. Berjuta pilihan nama perempuan yang ada. Siti, Sopeah, Rokiah, Rosmah dan macam macam lagilah. Tapi tak mahu!

Memilih orang tua T20 ni. Nak yang ala ala omputih. Melayu tak mahu. Terlalu kampung katanya. Padahal nama sendiri pun Siti Abidah. Itu pun nampak classylah sikit sebab papanya dihadiahkan pangkat Dato' dua tahun lalu.

Bolehlah nak show off sikit dekat kawan kelas mengaji dia. Datin Siti Abidah.

"I tak mahu masuk campur urusan you berdua. Pandai pandailah uruskan sendiri. Kepala I dah overload nak letak topik topik ni semua dalam storage kepala I." Dato' Hakim angkat tangan awal awal. Cermin mata hitam ditolak pakai hujung jari. Betulkan cantik cantik.

"Yang papa ni pula buang tebiat apa pakai cermin mata hitam dalam rumah? Ada pancaran solar ke atas kepala? Terbakar-bakar sampai nak rentung biji mata?" Pedas andre menyindir Dato' Hakim. Dia duduk sebelah Dato' Hakim. Geleng kepala melayan perangai diva Dato' Hakim dan Datin Siti Abidah.

Ini ke insan insan yang membesarkan dia selama 23 tahun ini? Haih...lain macam.

"Hakim, you backuplah I! You tak nak ke dapat menantu cepat cepat. Tengok anak sulung kita ni kahwin, dukung anak sendiri, bangun pukul dua empat pagi sebab anak melalak menangis nak susu. You tak nak ke dia rasa terseksa macam I?"

"Amboi mama. Dendam kesumat nampak. Open tablelah bincang tepi hal 23 tahun lepas. Ini zaman dah modern. Tak ada dah sistem anak kena kahwin paksa ni. Sistem tu dah lama shutdown. Angkat bakul bungkus tepi. Lingkup dah." Remote control tv diselar dari tangan Dato' Hakim. Mulut buat buat menguap.

"Mengantuklah tengok cerita barbie papa ni. Duk ulang episod sama aje dari semalam. Bagi Dre tengok movie hantu pula."

"Patutlah jiran sebelah selalu kerasukan aje. Dre punya pasallah ni! Kemaruk sangat mengajak si langsuir melepak dekat rumah." Bahu Andre ditolak Dato' Hakim.

"Lah papa. Jiran kita tu kerasukan bukan sebab langsuir, tapi sebab barang shopee dia kena rembat dengan beruk. Nak salahkan kita pula." Siaran tv dialihkan. Malam malam macam ni memang syiok layan cerita hantu.

"Eh?! Barang tiktok shop papa pun hilang! Papa ingat J&T tersilap hantar. Beruk curi rupanya."

"Papa beli apa?"

"Papa beli guasha. Nak buat jawline. Baru handsome. Kan you?"

"Sekarang pun dah handsome." Datin Abidah kenyit mata. Kemudiannya dibalas Dato' Hakim.

"Eww! Please stop right there! Jangan bagi Dre muntah hijau dekat sini." Terus siaran tv dikatup. Beragaklah nak sweet sweet depan dia pun.

"Orang suruh kahwin tak mahu. Kan dah jealous. Boo! Tak ada suami. I ada suami. You? Tak ada. Heh! Lemah!"

"Oh gosh! Sangat menguji kesabaran hamba-Mu Ya Tuhan." Andre bangun berdiri. Sedut oksigen dalam dalam sebelum dihembus kuat kuat melalui hidung bontot.

"Dre! Tak senonohlah anak you ni! Dia lepaskan bom atom dia depan kita." Dua dua dah tutup hidung. Tahan bau parasit yang semerbak di serata ruang tamu rumah.

"Fuh, puas!"

"Dah nak naik ke? Awalnya tidur. Tadi cakap nak layan cerita hantu." Dato' Hakim angkat kening. Bertanya.

"Dre nak vlogging. Bedtime skincare routine."

"Oh budak youtuber ni. 24 jam berkepit aje dengan camera dia tu." Lais Aaron, adik lelakinya keluar dari lift bersama secawan gelas putih di tangan.

"Alah dia pun sama! 24 jan buat live stream tak ingat pagi petang. Kau tengok bontot kau tu Lais. Dah mengembang mengalahkan bontot mama ni." Andre membidas. Memang tak nak kalah dengan si adik.

"Kisah pula aku bontot aku mengembang ke mengecut. It's my bontot privacy! Not yours! So get lost!"

Cis!

Siapa nak kisah dengan bontot dia punya privacy! Andre terus mengatur langkah ke arah lift. "Bye eberibadi. See you when I see you. If I don't see you, then don't see me too." Terus butang aras empat ditekan. Aras paling atas. Aras yang hanya menempatkan bilik tidurnya.

Privacy jigeum!
















- this is just some random story yang come out waktu I tengah stress tulis revamp vers of Soulmate

- please don't ask me why cerita ni come out mengejut cause my life penuh dengan ketiba-tibaan

- if u like it, u can vote, hehe

- if u don't, sokay honey, I still love u!

- bye!

HIS CRAZY YOUTUBER (OG)Where stories live. Discover now