1

196 25 0
                                    

"I told you, kerja dengan papa aje. Senang. Dre ingat senang ke nak cari kerja zaman sekarang. Susah tau. Papa ni ada company sendiri. Apa salahnya kalau Dre kerja aje dengan papa. Gaji pun papa boleh topup lima kali ganda dari yang lain."

Andre geleng kepala. Sampai bila-bila pun jawapan dia tetap tak setuju. Bihun goreng disumbat masuk dalam mulut. Telan sampai habis. "Tak nak. Nanti orang cop papa pilih kasih. Plus, susahlah Dre nak berdikari kalau kerja under papa. Nanti setiap saat papa hantar itulah, hantar inilah. Suruh staff staff tengokkan Dre 24 jam. Tak bestlah gitu. Kena layanan privilege."

Dato' Hakim jatuhkan kepala. Sedikit sebanyak setuju dengan kata-kata anaknya. Dah satu-satunya anak perempuan, memang begitulah dia akan layan nanti.

"Habis tu Dre dah decide ke nak kerja dekat mana?"

"Dah! Dre dah hantar resume dekat King's Cuisine House last week and you know what, harini Dre bersiap cantik cantik ni sebab nak pergi interviewlah! I pass the first stage!

"Kerja kedai makan?" Datin Abidah menyoal. Meminta kepastian. Berminat nak tahu. Bukan tanya sebab nak judge, cuma nak tahu serba sedikit info tentang pekerjaan yang diminta anak gadisnya.

"Haah. Kedai makanan korea. That restaurant quit famous tau. Memang bertempeklah orang beratur nak masuk kedai dia. Dre pun dah banyak kali dapat review job dari kedai tu. Makanan dia memang semua tiptop! Sedap gila! Papa dengan mama trylah makan sekali dekat sana. Comfirm repeat banyak kali." Dia pula yang tolong recommendkan. Belum kerja lagi dah buat free promotion.

Sila ambil dia kerja sekarang juga!

"Along tak kisah ke kerja kedai macam tu aje?" Lais bertanya.

Andre berkerut pelik. "Kenapa pula?"

"Taklah. Biasanya influencer followers beratus ribu macam kau ni malu nak berteduh satu bumbung dekat tempat-tempat macam tu. Takut imej buruk kerja jadi pelayan kedai makan aje. Tak pun entah entah jadi tukang basuh pinggan aje."

"Banyak celupar mulut kau ya Lais. Lais fikir along ni influencer sombong ke?! Along ni down to earth tau. Selalu turun padang buat itu, buat ini. Kalau orang campak along masuk hutan pun, along boleh survivelah." Tak puas hati Andre dengan pertanyaan Lais. Lengan baju dah disinsing sampai ke siku. Nak buka speaker masjid dah ni.

"Dan satu lagi, apa yang salahnya kalau kerja kedai makan atau kerja biasa-biasa macam tu? Haram ke? Tak kan? Kalau along nak kerja cleaner ke, kutip sampah ke, suka hatilah. Janji tak goyang kaki makan duit haram. Tahu nak cari duit sendiri dari mengharapkan duit papa dan mama."

"Okay okay. Fine. Could you stop from nagging. I'm just asking." Lais mengaku kalah. Malas nak berbalah mulut dengan kakak sulungnya. Sudahlah sejenis tak suka mengalah. Memang kena tembak sampai matilah dia nak dengar ulasan Andre.

"No. You are not asking. You judging. Pleaselah buang perspektif buruk macam tu dekat pekerjaan orang. Jangan nak terlalu mendongak ke langit. Mentang-mentanglah lahir dari keluarga kaya-raya, serba cukup dari atas sampai bawah, sesuka hati aje nak mengutuk punca rezeki orang." Aura anak sulung dan sisi serius Andre terserlah.

"Ha ha tak tayok. Anak harimau dah mengaum." Dato' Hakim dan Datin Abidah serentak menutup mulut. Takut dengan anak sulung mereka. Kalau dah start naik sheikh, memang sekali dengan mereka kunci lidah. Tak berani nak lawan.

"Pa, stop giving him everything. Dia dah besar panjang. Suruh dia cari duit sendiri. Bela hidup sendiri. Ini tahu nak main game aje. Macamlah game tu boleh hidang makanan atas meja."

HIS CRAZY YOUTUBER (OG)Where stories live. Discover now