PART 5

2.9K 108 0
                                    

Diya menatap dirinya dalam persalinan gaun sanding berwarna putih krim di dalam cermin bersama seulas senyuman di bibir.

"Cantiknya sayang saya ni."

Adha muncul dari belakang dengan memakai tuksedo serba hitam. Badannya yang tegap dan kekar menambahkan lagi ketampanan dirinya.

"Cantikkan baju ni? Love sangat!" Diya berkata sambil melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Badannya dipusingkan ke kiri dan ke kanan.

"Saya cakap sayang saya yang cantik, bukan baju tu," kata Adha seraya mengambil video mereka berdua.

"Dear all people, I am proudly showing to you the most beautiful woman ever exist in this world after my mother. Meet my queen, Diya Zulaikha!"

Adha berjalan mengelilingi Diya sambil merakam tunangnya dalam persalinan baju persandingan mereka.

"Ish! Malulah awak! Tengok pekerja butik ni semua tengok kita." Mata dijegilkan kepada Adha. Kelihatan pengurus dan beberapa pekerja butik itu tersenyum-senyum ke arah mereka.

"Cantik tak bakal isteri saya?" Adha menyoal kepada mereka semua.

"Cantik. Beruntung Encik Adha dapat Cik Diya. Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua bak kata orang," jawab pengurus butik itu. Para pekerja yang lain pula terangguk-angguk kepalanya.

"Can't wait to be yours, Captain Ryan Adha." Diya berbisik di tepi Adha.

"Soon, insya-Allah." Adha mengambil gambar diri mereka berdua yang terpantul di dalam cermin besar.

"Macam mana, Cik Diya? Cik berpuas hati dengan baju ni? Ada apa-apa yang cik nak saya alter?" Amirah, pengurus butik itu mendekati mereka.

Diya membelek dirinya di dalam cermin sebelum berkata, "Saya rasa dah okey ni. Tak ada apa lagi yang nak ubah. Cuma dalam masa seminggu ni saya kena jaga diet risau ternaik berat badan masa hari nikah minggu depan."

Adha ketawa halus mendengar bicara Diya lalu berkata, "Naik dikit gak ngaruh. Sayang tetap cantik."

Diya tercebik sedikit mendengar kata-kata si tunang sebelum berkata, "Oh, ya! Kenapa handsome sangat eh bakal suami saya ni? Rasa nak simpan dalam poket." Diya mengenyitkan mata kepada Adha seraya berlalu ke bilik persalinan baju.

Darah hangat menyerbu ke wajah Adha mendengar pujian itu. Dia berdehem halus untuk menghilangkan debaran di dalam dada. Deringan telefon pintar membuat dia tersentak. Pantas dia menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama si pemanggil.

Diya yang sudah menukar pakaiannya berkerut dahi apabila melihat Adha sedang bercakap di telefon dengan wajah yang serius. Tunangnya itu seperti sedang bercakap mengenai sesuatu hal yang penting dan mustahak.

"Siapa call?" Diya menyoal apabila Adha menghampirinya.

"Kerja, sayang!" Adha senyum segaris. Pada wajahnya terpancar riak serba salah.

"Kena pergi lagi?" Diya menyoal lagi.

Dia seakan mengerti maksud di sebalik tatapan Adha terhadapnya. Tunangnya itu mengangguk perlahan sambil menggigit hujung bibir dengan riak wajah yang penuh dengan perasaan serba dan salah.

"Tapi sekejap je, sayang. Esok lusa saya balik. Jangan risau. I'll be there on our wedding day. Promise!" Adha menenangkan Diya.

"Tapi, kan awak dah start cuti kahwin?" soal Diya lagi.

"This one is urgent case, sayang. Dan cuti dalam tentera hanyalah keistimewaan, bukan hak milik. Kalau kena panggil masuk kerja walaupun tengah cuti, wajib datang kerja, sayang." Adha menerangkan.

Kolam mata Diya mula bergenang dengan cairan jernih. Bibirnya diketap rapat untuk menahan tangisnya agar tidak pecah di situ. Perasaan takut dan risau mula datang bertandang menerjah ruang hati. Pelbagai prasangka buruk mula memenuhi kotak minda.

Bagaimana jika lelaki itu tidak sempat pulang sebelum hari pernikahan mereka minggu depan?

Atau bagaimana jika lelaki itu tidak pulang langsung?

"Jom! Saya hantar sayang balik dulu," ajak Adha.

Diya pantas menyeka air mata yang hampir gugur ke pipi.

Adha perasan akan itu namun dia memilih untuk berdiam. Faham dengan kegusaran di hati wanita yang bakal menjadi suri dalam hidupnya dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

"Sayang balik kampung esok, kan? Drive hati-hati, sayang. Jangan bawa kereta macam pelesit," pesan Adha sebelum Diya membuka pintu kereta untuk masuk ke dalam rumah. Dia berpesan begitu kerana dia tahu kalau tunangnya itu memang suka memandu kereta dengan laju. Nak cepat sampai, katanya.

"Saya balik dengan Aaryana esok. Mama dengan papa dua hari sebelum majlis baru dia orang gerak ke kampung. Mama dengan papa dah booking homestay untuk saudara mara belah awak."

Diya memaklumkan dengan suara serak. Cuba menahan diri agar tidak menangis di depan lelaki itu. Adha pula hanya mengangguk faham dengan penerangan Diya.

"Awak pergi sehari dua je, kan?" Diya menyoal perlahan. Wajah Adha ditatap sayu.

"Jangan risau, sayang. Sayang doakan saya supaya saya selamat," ujar Adha seraya tersenyum.

"Awak pergi sehari dua je, kan?" Diya mengulang kembali soalannya.

"Insya-Allah, sehari dua je. Kalau tak ada apa-apa aral melintang, saya akan balik sebelum hari pernikahan kita," terang Adha.

"Kalau lebih sehari dua, bermakna ada apa-apa ke?" Mata Diya kembali bergenang dengan air mata.

"Sayang doakan saya. Saya akan jaga diri saya sebaiknya. Lagipun, operasi kali ini saya pergi dengan Najmi dan juga Aaryan. Saya perlukan doa sayang saya ini selain doa mama dan papa." Adha menatap lembut wajah bakal isterinya.

Diya menatap wajah Adha tanpa kata.

"Tengok ini." Adha mengeluarkan sekeping gambar Diya berukuran passport.

"I bring you everywhere with me. Dan saya akan terus bawa sayang saya ni ke mana-mana sebab inilah semangat saya. Semangat saya untuk kembali pulang dengan selamat daripada setiap misi dan operasi. Sebab saya tahu ada Diya Zulaikha yang sedang menunggu Ryan Adha."

Air mata Diya terus mengalir laju mendengar kata-kata Adha. Dia cuba menahan air mata namun gagal.

"I love you, sayang. Tunggu saya balik," ujar Adha. Dia juga sebak melihat derasan air mata Diya, namun dia tidak mahu turut terbawa emosi.

"Janji?"

"Promise, sweetheart!" Adha menghadiahkan senyuman manis kepada bakal isterinya.

"Okey, saya tunggu awak balik!" Diya menyeka air matanya.

"Thank you, sayang! Dah! Sayang pergi masuk dalam. Tak perlu keluar ke mana-mana lagi kalau tak ada urusan penting. Kalau urgent, suruh Aaryana teman. Sebagai bakal suami sayang, saya tak izinkan sayang keluar sendiri ya, sayang," pesannya lagi.

"Baik, boss!"

Diya menghantar pemergian Adha dengan doa agar lelaki itu selamat pulang ke pangkuannya!








*****

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now