Bab 36 🕊️

942 85 5
                                    


Zaidan menyandarkan punggung di bonet hadapan kereta sambil memeluk tubuh. Dia sedang menunggu seseorang yang bakal tiba sebentar lagi.

Melirik mata Zaidan ke jam tangannya. "Mana si bebal ni, janji pukul 1 petang" bebel Zaidan sendirian.

"Hanz Zaidan.." sapa seseorang dari arah belakang.

Zaidan yang mendengar suara lembut itu mengalihkan pandangan ke belakang. Setelah itu, dia menjuling bebola mata keatas. Malas layan.

"Lama kita takjumpa kan. You buat apa dekat airport ni?" soalnya dengan lembut. Sengaja dilembutkan suara agar dapat melembutkan hati Zaidan padanya.

Belum sempat Zaidan menyembur, kedengaran suara seseorang dari arah belakang mereka.

"Perlu ke dia bagitahu kau? Kau siapa? Mak dia ke yang nak menyibuk sangat dekat sini? Ke dah takda jantan yang nak dekat kau?" sembur seorang lelaki dengan wajah yang dingin dan sinis.

Zaidan dan gadis itu terus mengalihkan pandangan kebelakang. Berkerut dahi gadis itu bila melihat lelaki tinggi lampai dibelakangnya.

Lebih mengejutkan lagi lelaki itu ialah bekas rakan sekelasnya. Dia pernah membuli lelaki itu sewaktu zaman persekolahan.

Zaidan senyum senget. Dia sudah tahu gerangan lelaki yang bermulut pedas itu.

Gadis itu menelan liur melihat perubahan pada diri Fayyadh. Fayyadh kelihatan lebih dingin dan berani daripada dulu.

"Lah pekak dah ke perempuan ni?"

Fayyadh merendahkan sedikit badan bagi menyamai paras rupa mereka berdua. Dia menjungkit senyum sinis.

"Kenapa tegang semacam ni cik?"

"Kau terkejut tengok budak lelaki yang kau selalu buli dulu dah jadi berani macam sekarang ni? Kau nak tahu tak sebab apa dia boleh berubah?"

"Sebab perempuan sial macam kau!" marah Fayyadh sebelum meludah di sebelah gadis yang dibencinya. Dendamnya dengan gadis itu masih belum reda.

Terhinjut bahu dia bila dimarahi dengan kasar tanpa belas kasihan. Sudahlah di khalayak ramai. Dengan laju dia mahu melarikan diri.

"Jangan lupa perempuan! Dendam aku dengan kau tak akan pernah reda selagi kau tak terima balasan yang setimpal!" kata Fayyadh dengan keras.

Menggigil kecil badannya. Dia terus menjauhkan diri daripada mereka berdua. Silap besar kerana menegur Zaidan sebentar tadi.

"Garunk lah abang ni. Rawrr"

Fayyadh menjeling tajam kearah Zaidan. Tidak sampai beberapa saat terus mereka berdua tertawa kecil sebelum melagakan bahu sesama sendiri.

"Ingat jugak eh kau dekat aku. Aku fikir kau mesti dah lupa yang aku balik harini.." kata Fayyadh.

Zaidan menjungkit senyum senget. "Takkan tak ingat. Kau tu je mana nak ingat aku. Bawa diri sampai luar negara bertahun-tahun".

Tersenyum kelat Fayyadh. "Eh jomlah. Bawa aku pergi makan. Aku lapar gila sekarang ni" kata Fayyadh sambil memasukkan beg baju kedalam bonet.

"Aku bawa kau pergi tempat special punya" ujar Zaidan.

Pelbagai cerita mereka kongsi ketika dalam perjalanan. Fayyadh berkongsi cerita pengalaman berada di Itali selama hampir 10 tahun.

Manakala Zaidan pula apalagi sibuk bercerita tentang kecantikan sang isteri. Dia juga memberitahu akan membawa Fayyadh untuk berjumpa dengan Safiyya kelak nanti.

Fayyadh Izdiyad. Rakan baik Zaidan sejak dari bangku sekolah. Namun kejadian tragis yang menimpa Fayyadh telah memisahkan mereka berdua.

Fayyadh kehilangan ibu tercinta yang ketika itu sedang bertarung nyawa melawan kanser. Kematian ibu Fayyadh berpunca daripada kejahatan seorang perempuan yang tidak berpuas hati terhadap Fayyadh.

Gadis itu telah mengupah doktor di hospital itu untuk memasukkan racun kedalam sampel darah ibu Fayyadh. Hal ini terbongkar ketika doktor itu diasak oleh pihak polis.

Namun gadis itu dibebaskan sepenuhnya apabila dijamin oleh orang tuanya. Dan pihak mahkamah juga menyatakan kesalahan itu berpunca dari doktor itu sendiri. Dan bukan perempuan itu.

Sejak itu Fayyadh menyimpan dendam. Namun dia tahu, dia tidak akan dapat melawan ketika itu. Kerana keluarga gadis itu dalam golongan yang berpengaruh.

Jadi dia mengambil keputusan untuk membawa diri dan menyambung pelajaran di Itali. Dan setelah 10 tahun, hari ini dia kembali ke Malaysia.

Dengan misi, memberi pengajaran yang setimpal kepada pembunuh arwah ibunya!

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Mama papa..."

Puan Zalikha dan Tuan Hanif yang sedang menonton televisyen terus mengalihkan pandangan memandang Safiyya. Tersenyum Puan Zalikha melihat Safiyya yang sedang memakai apron.

Comel sangat menantu aku!

"Comel sangat Dara ni. Patutlah Adan suka..." puji Puan Zalikha dengan senyuman mengusik. Tuan Hanif hanya senyum sahaja.

"Hehe, kek yang Dara janji nak buat tu dah siap. Mama dengan papa nak rasa sekarang tak?" soal Safiyya dengan perasaan teruja.

Tidak sabar rasanya ingin melihat reaksi kedua mertuanya. Dia sendiri yang menawarkan diri untuk membuat kek pada hari ini.

"Boleh jugak, papa pun teringin nak makan manis-manis.." balas Tuan Hanif. Dia mengambil alat kawalan jauh dan mematikan televisyen.

Terus Puan Zalikha dan Tuan Hanif bangun dan berlalu ke dapur.

Safiyya terus memotong kek coklat buatannya dan meletakkan di atas pinggan Puan Zalikha dan Tuan Hanif.

"Kalau tak sedap, jujur je tau mama papa. Dara okey je hehe.." sengih lebar Safiyya.

Puan Zalikha membaca bismillah dan menyuap sesudu kek kedalam mulut Tuan Hanif. Terbeliak mata dam terhenti kunyahannya bila merasa kek buatan menantunya.

"Betul ke Dara yang buat ni?" soal Tuan Hanif dengan wajah yang terkejut.

Safiyya mengangguk laju. Dia meramas tangannya sendiri. "Tak sedap ke papa?" soalnya dengan nada suara yang perlahan.

Dengan laju Tuan Hanif menggeleng kepala. "Bukan tak sedap. Ni sedap sangat Dara! Papa rasa kek Dara buat lagi sedap dari kek dekat kedai tau!"

Puji Tuan Hanif sebelum sambung mengunyah kek didalam mulutnya. Puan Zalikha juga sudah tidak sabar untuk merasa.

Reaksi yang sama seperti Tuan Hanif, Puan Zalikha berikan. "Ya Allah sedap sangat ni Dara! Ini kalau Adan rasa, mesti dia makin jatuh cinta. His favourite cake!"

Tersenyum lebar Safiyya sehingga menampakkan giginya yang cantik. Dia menepuk tangan dengan hati yang gembira. Meloncat kecil Safiyya melihat Puan Zalikha dan Tuan Hanif begitu berselera menjamah kek hasil buatannya.

Taksabar pula nak tunggu Zaidan balik dan melihat reaksi suaminya setelah merasa kek ini. Cepatlah balik abang sayang!..

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now