NAILAH perhatikan wajah selamba Amsyar. Berbanding dirinya, empunya diri yang tertayang di video, bagaikan tak melakukan apa-apa kesalahan. Seakan apa yang si suami dan Tasnim lakukan itu bukan satu dosa.
"Aku perlukan zuriat sebelum Amzar." Suara Amsyar sedikit membentak apabila saat video yang dimainkan Nailah sudah berakhir. Duduknya gelisah dan kelihatan kedua-dua tangan sudah mengepal tumbukan namun tidak pasti siapa yang bakal menjadi mangsa.
"You nak kahwin dengan Julia, you dapatkan zuriat daripada dia. I bukan lagi sebahagian pelan you." Nailah menjauh sedikit, berwaspada. Takut Amsyar tiba-tiba naik hantu dan menerpa arahnya. Pasti dia tidak akan dapat mengelak, seperti malam-malam sebelum ini.
"Julia tiada kena-mengena. Nai. Kenapa nak babitkan dia?" tanya Amsyar.
"Dia kekasih you. Jangan ingat I tak tahu."
"Kau pilihan famili aku. Mama tak akan terima zuriat dari perempuan lain. Amzar is getting married, Nai." Suara Amsyar sudah separuh merayu. Dia mulai gementar segala yang diusahakan selama ini, penat lelah membina kerjaya bakal musnah hanya kerana dia tiada zuriat daripada Nailah.
"Let him be. Dia lebih berhak untuk jadi tunjang AK Teras. Dia anak sulung." Balas Nailah. Sejak dulu dia tak suka tersempit di antara sengketa Amsyar dan si abang. Entah apa dalam kepala Amsyar yang menjadikan syarikat yang diusahakan bapa sendiri sejak berpuluh tahun dulu sebagai medan pertarungan dua beradik.
Entah logik mana tentang zuriat dijadikan alasan untuk Amsyar memiliki AK Teras. Selama ini dia tak pernah melihat suaminya bersusah demi AK Teras. Ke pejabat pun boleh dihitung dengan jari. Mustahil dia dijadikan tiket mudah memiliki syarikat itu, sedangkan dia tahu si abang ipar yang lebih berhak.
"I akan tetap nak tamatkan perkahwinan kita. Walau pun tanpa I ketahui mengenai you dengan Tasnim sekali pun, I memang dah nekad." Nailah mengundur saat Amsyar mendekati dan dia tak sempat mengelak apabila tubuhnya diraih ke pelukan.
"Tolong aku kali ni, Nai." Amayar merayu.
"You pilih. Keputusan atas tangan you. I beritahu mama pasal you dengan Tasnim, atau kita bercerai." Nailah mengugut. Selama ini dia seperti tak kisah tentang Amsyar dengan Julia, namun kali ini dia sudah tak boleh mendiamkan diri.
Amsyar raup wajahnya, cuma mententeramkan diri yang diganggu kacau bilau. Dia tahu apa nasibnya jika video dia dan Tasnim sampai ke tangan mama. Tak menduga kali ini dia hampir tersungkur gara-gara Nailah. Atau yang mungkin dia takuti jika video ini sampai ke bapanya. Mungkin dia tak diberikan langsung untuk menjejak kaki ke AK Teras selepas ini.
"You kosongkan sehari minggu depan. Kita pergi pejabat agama." Tubuh Amsyar ditolak, Nailah segera bangun.
"Nai..."
"Atau you nak kita jumpa mama?" Nailah menghenti langkah dan berpaling memandang wajah kusut Amsyar.
"Nai..."
"I dah banyak beri you peluang. Selama ini I bertahan sebab menyangka you boleh berubah, tapi bila sekarang semua ini bersangkut dengan orang lain, dengan Tasnim. I dah tak mampu nak pertahankan. I tak mampu nak bayangkan suami I berzina dengan isteri orang."
"Dia yang paksa I."
Nailah menyunggit senyum mengejek
"I tak nampak macam Tasnim yang paksa you dalam video tu. I tengok dua-dua suka sama suka nak buat benda terkutuk tu."
"Nai."
Mata Nailah terpejam. Dulu dia suka mendengar Amsyar memanggilnya begitu, namun ketika ini hati terasa terbakar setiap kali panggilan nama itu meniti di bibir sang suami. Jijik memikirkan bibir yang sama menjamah setiap inci tubuh Tasnim.
"Amsyar. Terima kasih untuk setiap kebaikan you selama ni. You pukul I, you dera I, tapi I tak nafikan ada kebaikan you juga. You baik dulu dan I tak tahu apa yang mengubah you. Maaf I dah tak mampu hidup sebagai isteri you." Nailah mengetap rahang, berusaha sehabisnya untuk tidak menangis.
"Nai."
Terlepas nafas panjang, serentak itu juga Nailah mengatur langkah kembali naik ke tingkat atas.
Dia cuma hendak berehat malam ini.
YOU ARE READING
JIKA BUKAN KAMU
RomanceKisah Nailah, si isteri yang dicurangi dan didera, ingin lari dari si suami, Amsyar. Namun kaki terikat apabila jatuh hati dengan abang sendiri, Amzar.