NAILAH gelisah. Apa yang dicari langsung tak kelihatan di mata. Habis diselongkar satu rumah, tetap juga tak dijumpai. Mustahil dia salah letak atau tertinggal di pejabat. Laptop itu kegunaan di rumah sahaja. Tak pernah dia bawa keluar ke pejabat. Apabila tidak ditemui walau sudah puas merata dia memcari. Dia naik hairan juga.
Mustahil Amsyar yang usik barang-barang dia?
"Abang ada nampak laptop Nai yang dalam bilik kerja tu?" Nailah menjenguh separuh badan ke ruang bilik. Dah lelah mencari, baru dia putuskan untuk bertanya Amsyar yang leka dengan telefon pintarnya sejak tadi. Kebelakangan ini memang dia sedar yang si suami seakan tak boleh berenggang dengan gajet itu.
Amsyar sedikit menggelabah apabila mendengar suara sang isteri. Skrin telefon dimatikan, dia segera bangun dari birai katil.
"Laptop apa?" Soal Amsyar sebaik menghampiri. Telefon pintarnya sudah diselit di poket belakang seluar.
"Laptop HP dalam bilik kerja tu," beritahu Nailah. Selalu beginilah, kalau dia berkehendakkan sesuatu. Cari pun dah tak jumpa. Nanti mulalah dia pening sendiri.
"Bukan Nai suruh abang hantar kedai sebab rosak." Mendatar suara Amsyar menjawab. Anak matanya sedikit meliar. Kelihatan anak tekaknya turun naik. Cemas dengan jawapan semdiri.
"Rosak ke? Nai rasa elok je hari tu. Ada benda Nai nak cari dalam laptop tu. Ada fail yang Nai nak."
Nailah tertanya sendiri. Dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia melihat laptop itu. semalam, atau minggu lepas. Dan yang sebenarnya, dia dah tak ingat apa-apa pun. Doktor beritahu, masalah memorinya disebabkan kejadian dia tak sedarkan diri dua minggu lepas. Dan ia tak akan berlarutan lama. Masalah memori yang bersifat sementara sahaja. Jadi tidak lah merunsingkannya juga."Nai urgent nak fail tu." Nailah bersuara lagi.
Amsyar diam tak menjawab. Tak tahu apa yang harus dijawab mendengar kata-kata Nailah itu.
"Kedai mana abang hantar? Esok Nai ambil." Nailah bersuara apabila melihatkan Amsyar hanya diam membisu.
"Tak payah. Biar abang ambil esok, lepas abang balik kerja." Amsyar memintas kata Nailah.
"Kalau abang busy, tak payah. Alang-alang Nai urgent sangat. Rasa tak best pula selagi tak nampak laptop tu depan mata." Nailah berkira sendiri. Takut kalau esok dia mengharapkan Amsyar yang ambil, dan si suami lupa pula, lagi lah dia tak senang duduk.
"Tak. Abang tak busy. Abang pergi ambil esok." Amsyar putuskan begitu. Dia malas hendak bersoal jawab tentang laptop yang dicari Nailah.
"Kenapa Nai tak ingat ada suruh abang hantar kedai ya." Nailah cuba mengingati. Banyak betul benda dia lupa kebelakangan ini.
"Ada." Amsyar senyum kecil.
"Abang ambil terus bagi Nai. Ada fail yang Nai nak."
Amsyar sekadar mengangguk, walau hatinya dilanda debar. Laptop yang sudah tak wujud. Apalah alasan yang perlu diberikan esok.
YOU ARE READING
JIKA BUKAN KAMU
RomanceKisah Nailah, si isteri yang dicurangi dan didera, ingin lari dari si suami, Amsyar. Namun kaki terikat apabila jatuh hati dengan abang sendiri, Amzar.