TANGAN kurus molek dan putih itu perlahan-lahan memegang pokok disisinya , tubuh badanya berketar hebat apabila angin sejuk yang deras menghampirinya . dia bagaikan tiada hala tuju disisitu , Haura mengerling ke sekitar nya , hanya ada pokok yang sudah berlumuran salji .
Dia sedar.. dia sudah sesat dihutan bersalji itu , dia memandang sekeliling untuk mencari apa-apa yang boleh menghangatkan dirinya sekarang namun hampa.. dia sesat dan tiada hala tuju sekarang.
Dia memeluk dirinya sendiri untuk menghangatkan badannya yang sedang sejuk membeku , tiba-tiba satu suara muncul . Haura mencari sumber suara itu didalam semak samun berdekatan dengan nya .
Demi apa pun dia terpaksa juga pergi melihat apakah itu , boleh jadi sesuatu yang akan membahayakan dia jika dia tidak melihat apakah itu. Penafasannya makin laju apabila suara itu makin kuat.
Berdebar dan memikirkan apa yang akan jadi pada dirinya jika dia menghampiri suara itu , tangan kurus nya menyelit ke semak samun itu. Riak wajahnya berubah serta merta apabila dia merasakan seperti bulu-bulu terasa ditapak tangannya .
1..2..3..
Badan Haura seperti terbaling ke belakang oleh haiwan berbulu , Haura membuka matanya lalu tidak percaya apa yang dihadapan nya sekarang .
Nafasnya turun naik dengan sangat kencang apabila melihat tubuh besar haiwan itu , Haura berganjak kebelakang sedikit untuk menjauhkan diri dari haiwan tersebut namun haiwan itu mengikut Haura .
"yaallah.. hantar lah sesiapa untuk selamatkan aku.. kalau tak boleh pun.. jangan lah bagi aku mati kerana haiwan ini" rayu Haura dengan nada berbisik .
Dia memandang sekeliling untuk lari namun belum sempat dia mahu berganjak untuk lari haiwan itu sudah menerkam diri dia dahulu.
Ingin menjerit.. tapi tidak ada daya.. badanya sudah lemah akibat sejuk tambahan lagi ditindih oleh tubuh besar haiwan itu . Angin sejuk yang deras itu membuat Haura beristigfar .
Haiwan besar itu menyakar wajah cantik Haura , "Tolong!" bergema hutan itu dengan suaranya . dia sedaya upaya meminta pertolongan namun hampa satu pertolongan pun tidak hadir .
Disaat ini dia hanya mampu berdoa akan dirinya selamat , tiba-tiba ada bunyi tapak kaki yang kasar menghampirinya , tubuh haiwan itu ditolak kasar sebelum dibunuh didepan mukanya .
Samar-samar wajah lelaki dihadapan nya ini sebelum dia menutupkan matanya , "are you alright?" itu sahaja yang Haura dengar sebelum tidak sedar kan diri . pingsan.
"Oi! Bangun!" suara garau itu menyerkah Haura membuat Haura sedar dari pingsannya, "a-aku kat mana ni?" bergetar hebat suara Haura sambil melihat sosok tubuh lelaki yang berhadapan dengan dia sekarang .
"kau dekat rumah aku." Beku sahaja suara garau itu membalas pertanyaan Haura , mata kelabu itu diapandang lama membuat Haura tersenyum sendiri . seperti tepukau akan mata kelabu itu .
Kring! Mencelah satu bunyi membuat Haura mengeluh berat , "aku baru nak berangan jumpa jodoh! Asyik sangat tak kesampaian" bebel Haura sebelum membuka telefon bimbitnya .
Pantas jari jemari miliknya menekan butang like di posting Instagram karl Zayden yang memegang pingat gangsa asia tenggara itu , dengan spontan Haura memerhatikan anak mata Karl Zayden yang berwarna kelabu gelap itu .
Disebabkan lelaki itu membuat kan Haura ingin memulakan bakat lamanya semula iaitu ice skating .
YOU ARE READING
Encik Mimpi [C]
Mystery / ThrillerBismillah.. Hersouul membuka tirai. Pertemuan di tempat yang tidak diingini dan luar biasa malah jauh dari kata biasa. tempat bersalju jadi tempat permulaan cinta mereka , pertemuan yang tidak disangka . dari melihat di mimpi dan di telefon bimbi...