BAB 2

571 15 0
                                    

KENDERAAN kenderaan berwarna putih itu memasuki Kawasan lapang itu , pintu besar itu tertutup rapat setelah kenderaan putih itu berhenti tepat didalam kotak yang sepatutnya. Baru balik misi , "eh Haura kenapa muka kau suram je? Rilek la kita dapat cuti lama kot!" seraya Adella berkata pada Haura yang teremenung lama.

Emyra yang memandang wajah Haura yang suram itu terus menyiku bahu Adella disisinya , "kau tahu kan keluarga Haura macam mana , kita tak tahu lagi dia terpaksa balik mana masa cuti dua hari ni" Emyra mencuba menenangkan keadaan yang suram itu.

"sorry." Balas Adella perlahan , membuat Haura memandang kearah gadis disebelahnya tertunduk . rasa bersalah.

"it's okay . lagi pun dia tak tahu pasal keluarga aku." Pujuk lembut Haura sambil memeluk erat tubuh Adella , mereka bertiga keluar dari perut kereta .

"jadi kau balik mana malam ni?" soal Emyra kearah Haura yang baru sahaja menutup pintu kereta itu , "rumah nenek angkat aku." Beku sahaja Haura membalas.

Kemana lagi dia mahu pulang? Keluarganya jauh darinya dan keluarganya pun mahu tak mahu menyambut kedatangan Haura ke London itu.

Diruang lokwr tanpa sesiapa , Haura mengeluh berat sebelum membuka lokernya , jaket hitamnya ditanggal lalu digantung , segala peralatan perkejaannya di simpan. 

Bag sandangnya dicapai lalu kunci kereta itu diambil dengan ganas , loker itu ditutup semua tanpa tunggu lama Haura berlalu keluar dari bilik dan berjalan di koridor perjabat balai.

Haura menunduk hormat kearah Tuan Nawab yang menuju kearah pintu yang sama , kereta Honda Civic itu dihampiri .

Dengan pantas kereta honda civic berwarna putih itu meluncur laju diatas jalan raya dan memotong segala kenderaan itu , tujuannya hanya satu rumah nenek angkatnya , Puan Dirra. 

Kereta putih itu berhenti tepat dihadapan rumah banglo itu , Haura keluar dari perut kereta lalu menghampiri pintu rumah banglo itu lalu diketuk beberapa kali sehinggalah satu suara membalas ketukan itu.

"ye kejap-kejap!" suara dari dalam membalas ketukannya sebelum pintu itu terbuka luas, kelihatan senyuman Puan Dirra seperti menyambut kedatangan Haura dengan penuh mesra dan dihargai .

Sudah lama Haura tidak datang ke rumah banglo itu sejak berkerja di balai polis , dia kerap pulang kerumah sewa nya jika ada cuti. Namun pada harini Haura tergerak hati untuk pulang kesini.

Ruang dapur dituju oleh Puan Dirra bersama Haura , senyuman Puan Dirra membuat Haura pelik. Bukan selalu Wanita separuh umur itu gembira sampai senyum hingga ke telingga apabila dia pulang kesini.

"ada apa-apa nak bagitahu Haura ke?" soal Haura serta merta apabila melihat janggal kearah Wanita separuh umur dihadapannya terseyum lebar. Belum sempat Wanita itu mahu membuka mulut satu tubuh tegap memasuki ruangan itu .

"nek , uniform Iskandar nenek letak mana?" soal suara garau itu , mata Haura dengan lelaki itu bertembung seketika sebelum Iskandar mengalihkan pandangannya .

"ada tu atas katil bilik kamu , nenek baru basuh tadi" balas Puan Dirra dengan lembut sambil mengacau secawan teh panas untuk Haura . "siapa tu nek?" soal Haura kepada Wanita separuh umur itu setelah lelaki itu keluar dari ruangan dapur .

Secawan teh ditolak kearah Haura , "dia la cucu kandung nenek , bekerja sebagai tentera udara. Nenek cadangkan kamu untuk berkahwin dengan dia sesuaikan?" hah?! Merepek apa ni!.

Hampir tersedak teh yang sedang melalui kerongka Haura , "eh! Tak nak Haura dengan dia" balas Haura sambil terbatuk-batuk .

Puan Dirra melepaskan gelak kecil apabila mendengar balasan dari Haura itu , benci-benci nanti suka juga. "alah.. sesuailah dua-dua beruniform" Puan Dirra membuat lawak manja kepada Haura , namun hampa Haura tidak mahu menerima lawak itu.

"Haura nak Encik Mimpi Haura" seraya Haura berkata , Puan Dirra melepaskan gelak besara apabila mendengar kata-kata gadis dihadapannya .

"itupun kalau dia wujud Haura." Balas Puan Dirra dengan senyuman sinis. Cinta mati Haura kepada Encik Mimpi itu.  

Encik Mimpi [C]Where stories live. Discover now