EPISOD 3

17 1 0
                                    

Hedrik memandang wajah Helena yang menyiapkan air suam untuk dirinya. Fokus sahaja dia membuat kerja hingga dia tidak perasan Hedrik memandang dirinya.

"Kenapa sentuhan dia tadi.. Tak berikan apa apa tindakan kat badan aku.. Hmm.." Bisik hati Hedrik.

"Tengku jemput minum yea." Kata Helena dengan senyuman.

Teguran dari Helena membuat Hedrik tersedar dari lamunannya. Dia tersenyum nipis. Mengambil air yang dibuat oleh Helena.

"Hari ni Tengku tak ada apa apa nak dibuat. Tengku free je." Kata Helena sambil tersenyum.

Tengku Hedrik menganggukkan kepalanya. Dan lalu Helena beralih ke meja dirinya.

Helena melihar wajah lelaki itu seketika dan sambung membuat kerjanya yang tergantung tadi. Hedrik pula melihat sahaja Helena.

Memerhatikan Helena membuatkan degupan jantung Hedrik tidak tentu hala. Dia memegang dadanya. Sambil kerusi dibelakang kan.

"Degupan jantung tiap kali tengok dia.. Memang akan laju. Dari awal dia mula jadi pembantu peribadi.. Sampai sekarang rasa tu tak pernah berubah.

Ya Allah pentujuk apa ini..". Bisik hati Hedrik.

Lama sahaja jejaka itu termenung sehingga kan Helena memanggil dirinya sahaja dia tidak dengar. Sehingga Helena mengetuk meja kuat.

Bam!

Terkejut jejaka itu. Helena senyum tidak bersalah. Jejaka itu memandang dirinya tajam. Helena memandang wajah singa bossnya itu dengan sedikit gerun.

"Ada apa kau ni? Tk hormat aku sebagai majikan kau ke hm?" Soal Tengku Hedrik.

Helena tersenyum.

"Maaf Tengku. Saya tak sengaja. Saya panggil dari tadi. Tapi tu lah. Tengku mengelamun jauh sangat." Ujar Helena.

Tengku Hedrik memandang dirinya. Atas bawah. Ada saja jawapan budak ni.

"Tengku.. Saya nak minta cuti. Seminggu. Sebab ibu saya baru call.. Ada kenduri kahwin di kampung halaman saya." Kata Helena.

Ada sedikit senyuman tawar dibibirnya. Dia baru sahaja berbual dengan syurganya. Sudah di tolak tapi ibunya memaksa agar dia ikut.

Dia bukan tidak mahu ikut. Kerana ada musuhnya. Dan pasti abang sulungnya akan membela wanita itu.

"Boleh. Tapi aku ikut kau. Aku nak rasa juga duduk suasana kampung. Boleh?" Soal Tengku Hedrik.

Helena terkedu. Aih. Lain macam. Lama dia berdiam diri hingga dia menganggukkan kepalanya.

Tengku Hedirk menganggukkan kepalanya.

"Okay. See you tomorrow. Nanti aku ambil kau. Tak ada bantahan. Faham." Tegas suara Tengku Hedrik.

Mahu tidak mahu Helena menganggukkan kepalanya. Dan meminta izin keluar dan Tengku Hedrik hanya menaggukkan kepalanya.

-------------------------------------

Dirumah besar Dato Safuan. Helena setia membantu Umminya yang sedang menghidangkan makanan diatas meja.

Helena duduk di sebelah Angahnya setelah siap menghidangkan makanan diatas meja.

Semua sudah siap sedia menikmati makanan. Helena melihat semua lauk yang sudah siap sedia itu. Diambil satu persatu.

"Baba. Ummi. Hm.. Boss adik nak ikut balik kampung.. Umm boleh tak ummi baba?" Soal Helena sopan.

Semua tertuju padanya. Dato Sufian memandang anak perempuannya.

"Boleh. Tapi.. Kenapa dia nak ikut. Baba takut dia yang tak selesa nanti." Kata Dato Sufian.

Helena memandang Dato Sufian dengan senyuman dibibir.

"Dia okey je Baba. Dia kata dia nak rasa duduk kampung. Nak rasa duduk rumah kampung." Kata Helena.

"Kenapa perlu ajak orang luar. Biar jelah keluarga kita je. Sibuk sangat dah kenapa." Balas Zariff.

Semua memandang Zariff. Helena meletakkan sudu di pinggannya. Dia memandang tajam Alongnya itu.

"Dah dah lah tu Along. Sibuk pasal adik. Boss adik nak ikut. Bukan ganggu hidup Along pun. Sakit mata ke nanti kalau boss adik borak dengan adik. Bukan kacau hidup Along pun." Kata Helena selepas itu menyambung suapan.

Zariff dalam diam mengenggam sudu dan meneruskan suapannya.

"Kamu. Bila nak pujuk anak isteri kamu balik. Kes kamu pun tak selesai lagi. Sampai bila nak biarkan isteri kamu tu bergantung tak bertali." Kata Ummi sambil memandang anaknya.

Zariff mendiamkan diri. Dia menunduk.

"Sha... Sha minta cerai ummi baba." Kata Zariff sambil menguis nasi dipinggannya.

Semua ahli keluarga disitu terkejut.

"Kenapa sampai minta cerai ni?" Soal Dato Sufian terkejut.

"Dia dah tak nak teruskan perkahwinan ni. Ibu dan ayah dia suruh kami bercerai. Ibu dan ayah dia suruh paksa Zar ceraikan anak dia." Kata Zariff.

Helena bangun dan mengambil pinggannya. Dan memandang sinis kearah Alongnya.

"Baguslah kak Sha minta cerai dengan Along. Sebab Helen sedih tengok anak fruit Helen yang tak dapat peran ayah.

Ada ayah pun tak guna. Ikut sangat cakap perempuan yang baru seminggu kenal dari isteri yang dah tahu semua pasal kita dari luar dan dalam.

Sanggup percayakan orang lain dan tak nak percaya orang yang dia sayang semata mata orang luar tu betul. Padahal. Orang luar tu lah yang hancurkan kebahagiaan kita tanpa sedar." Kata Helena dan berjalan kearah dapur.

Semua disitu terdiam. Ada betulnya juga apa yang Helena kata.

"Baba tak boleh nak masuk campur kerana ini melibatkan kamu dan isteri kamu. Kamu tu dengar sangat cakap orang.

Sebelum nak buat apa apa. Fikir dahulu.. Nanti dah menyesal dah tak boleh nak putar balik masa tu." Kata Dato Sufian dan meninggalkan meja makan tersebut.

Zariff hanya mendiamkan diri sahaja. Zaquan melihat abang kembarnya diam hanya menggelengkan kepalanya.

-----------------------------------

Telefon yang berdering menyetakkan lamunan Hedrik yang membuat kerja di biliknya.

Helena

Terpapar nama wanita itu dia terus mengangkat panggilan itu.

"Hello.. Assalamualaikum.. Tengku." Helena beri salam dahulu.

Hedrik menarik senyuman nipisnya yang jarang dilihat orang lain.

"Waalaikumsalam. Ada apa kau ganggu aku malam malam ni." Kata Hedrik sambil melihat jam di dinding.

Helena disana hanya tersenyum malu.

"Tak ada apa lah Tengku. Saya telefon ni ummi dan baba saya setuju saja kalau Tengku nak ikut kami balik kampung. Itu saja yang saya nak beritahu." Kata Helena.

Hedrik mengangguk kepalanya.

"Okey. Esok aku ambik kau pukul 8.00 pagi. Sharp." Kata Hedrik.

"Baik Tengku. Nanti saya dah ada dah depan pintu rumah saya. Kalau macam tu saya tidur dulu yea Tengku.

Selamat malam Tengku. Sleep well Tengku. Assalamualaikum saya tutup dulu yea." Kata Helena dan menutup panggilan itu.

Hedrik melihat skrin gelap itu. Dia tersenyum sendiri. Apabila dia tersedar baru dia mengubah ekspetasi wajahnya.

"Thats not me actually. By the way.. Lets sleep." Katanya sambil meletakkan ipadnya di sebelahnya.

Lampu ditutup. Keadaan bilik itu sunyi sepi.

Selamat malam Tengku Hedrik ❤

TENGKU HEDRIK KAMEL: GYNOPHOBIA HUSBANDWhere stories live. Discover now