Hedrik termenung di kerusi yang telah disediakan di luar perumahan nenek dan atuk Helena. Dia memandang langit malam itu.
Kosong.
Seperti hatinya. Setiap detik saat.. Dia tidak pernah merasa bahagia.. Selepas ibunya meninggal ayahnya membawa wanita lain.
Dikira wanita itu seperti ibunya. Dia amat menyayangi wanita itu seperti arwah ibunya. Tetapi wanita itu sudah merosakkan segala galanya.
Dia hanya anggap wanita itu sebagai ibunya tetapi.. Wanita itu sudah merosakkan dirinya. Hingga ayahnya menghalau dirinya.
Hidup seorang tidak mudah. Bangunkan anak syarikat hingga menjadi besar dan dikenali banyak orang juga tidak mudah.
Jujur. Dia amat merindui keluarganya yang dulu. Bukan yang sekarang. Sekarang sudah berubah. Salahkah dia.. Jika dia melupakan ayahnya?.
Tanpa sedar airmatanya jatuh. Dia lap airmata itu. Sudah lama dia tidak menangis. Tetapi ketenangan dikampung ini membuat dia ingin luah segalanya.
"Hedrik". Panggil Helena.
Hedrik mengelap airmatanya. Dia memandang Helena yang tersenyum manis kearahnya. Helena mengambil tempat disisi Hedrik.
Hedrik menjarakkan sedikit kedudukan dirinya dan Helena. Helana memandang wajah itu. Sudah terbiasa dia.
Selama berkerja dengan Hedrik. Jejaka itu amat menjaga jarak dengan dirinya. Mula mula dia rasa pelik. Tapi lama kelamaan dia okey sahaja.
"Tak sejuk ke duduk sini lama lama?". Soal Helena.
Hedrik menggelengkan kepalanya tanda tidak. Helena juga memandang pemandangan didepannya saat ini.
"Tenang kat sini. Aku suka." Kata Hedrik sambil memandang Helena seketika.
"Alhamdulillah.. Baguslah kalau Edrik suka.. Lega saya dengar." Balas Helena.
Hedrik mengerutkan keningnya. Edrik?
"Edrik?" Soal Hedrik.
Helena mengangguk. Dia tersenyum manis.
"Haah Edrik. Comel kan. Saya panggil Tengku Edrik je dekat sini." Kata Helena.
Hedrik hanya menganggukkan kembali. Seketika 2 ke 3 buah kereta masuk kedalam kawasan rumah Hajah Senah dan suaminya.
Helena mengeluh kasar.
"Mai dahh". Guman Helena.
Hedrik mengerutkan keningnya. Okay ke tidak ni.
"Jom Edrik. Nanti ada langau masuk. Baik kita pergi dari sini." Kata Helena.
Edrik tanpa banyak soal hanya menganggukkan kepalanya.
Mereka berdua cepat cepat masuk kedalam rumah dan masuk kedalam bilik.
------------------------------
Semua orang diruang tamu itu sudah berkumpul. Berita yang mereka dapat ini amat mengejutkan mereka semua.
Majlis sudahnya besok mahu mula. Tapi kedua dua mempelai tudak mahu meneruskan perkahwinan atas sebab tiada persefahaman.
Helena dan Hedrik baru sahaja keluar dari dapur dan mereka terkejut melihat semua mata kearah mereka berdua.
Helena dan Hedrik memandang antara satu sama lain dan memandang ahli keluarga yang lain.
"Kenapa pandang kami macam tu?" Soal Helena.
Mereka memandang sesama sendiri dan menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
TENGKU HEDRIK KAMEL: GYNOPHOBIA HUSBAND
RomanceUmur sudah menginjak 35 tahun tapi tidak menikah lagi?! Dikira dirinya gay? songsang? hanya melekat sahaja dengan lelaki. Itu lah mulut orang disekelilingnya. Hidupnya tidak indah seperti orang luar sangka. Rasa takut dan tidak boleh dekat dengan w...