TTU - BAB 17

2.3K 96 5
                                    

Hari berganti hari, kini usia kandungan Diya sudah mencecah usia tiga bulan. Namun, dia tidak mengalami sebarang alahan. Sebaliknya, suaminya yang mengalami alahan muntah-muntah dan sebagainya.

"Bluekk! Bluekk!"

Itulah yang dia dengari setiap pagi kini. Dia mengusap lembut belakang badan suaminya yang sedang tertunduk di dalam kamar mandi.

"Sayang, abang tak tahan dah muntah-muntah macam ini setiap hari. Nak bau masakan pun tak boleh. Tak ada ubat untuk alahan ini ke, sayang?" Adha menyoal lemah.

Dia yang sudah lengkap berpakaian seragam celoreng kembali merebahkan badan di atas katil.

"Tak adalah, abang. Kesian suami Diya. Kalau boleh pindah sakit tu kat Diya, lama dah Diya pindahkan," sayu Diya bersuara.

"Taknaklah, sayang. Kalau sakit beranak tu boleh pindah kat abang, biar abang je yang rasa. Alahan macam ini je abang dah rasa teruk, apalagi sakit nak beranak nanti. Kesian isteri abang ni. Besar pengorbanan sayang bawa zuriat abang dalam rahim sayang," ujar Adha.

"Diya sanggup korbankan jiwa dan raga Diya untuk abang." Diya mengucup lembut dahi Adha.

"Tak apa, abang kuat!"

Adha bingkas bangun. Dia berdehem kuat untuk menghilangkan rasa loya di tekak. Diya ketawa halus.

"Abang pergi kerja dulu, sayang. Anak abah jangan nakal-nakal. Jangan tendang perut ibu kuat-kuat ya, sayang. Assalamualaikum, anak abah." Adha mengucup perut si isteri yang sedikit buncit.

"Abang balik lambat tak hari ini?" Diya menyoal seraya menemani langkah si suami ke muka pintu.

"Tak pasti lagi, sayang. Kenapa? Sayang ada teringin nak makan apa-apa? Tunggu abang balik, kita cari sama-sama nanti. Abang tak izinkan sayang keluar sendiri, ya sayang."

"Diya nak kek yang abang bawa balik hari itu. Kek coklat tu," ujar Diya.

Liur ditelan. Tekaknya betul-betul teringin nak makan kek itu saat ini!

"Kek?"

Dahi Adha berkerut. Dia cuba mengingat kembali.

"Oh! Nanti balik abang belikan," ujar Adha setelah dia teringat kembali.

Adha mencubit manja pipi isterinya. Isi perutnya terasa ingin keluar lagi. Dia pantas berlari menuju keluar pintu pagar rumah.

"Bluek! Bluek!"

Adha memuntahkan isi perutnya yang cuma air sahaja. Diya mengusap perlahan belakang badan suaminya itu.

"Uwaaaa!"

Adha membuat muka ingin menangis sambil memeluk batang tubuh Diya. Muka disembamkan pada batang leher si isteri.

"Sayang, wanginya leher sayang. Sayang pakai sabun apa?" Adha menyoal seraya menghidu-hidu batang leher isterinya.

"Ish, abang ni! Apa cium-cium macam monyet ni?"

Matanya memerhati sekeliling. Risau jika ada jiran-jiran yang ternampak perlakuan suaminya itu.

"Bau sedap. Abang suka. Hilang sekejap rasa loya abang tadi," ujar Adha.

"Abang tunggu sekejap."

Diya melangkah ke dalam rumah. Tidak lama, dia kembali mendapatkan suaminya yang sudah menunggu di atas motosikal berkuasa tinggi Yamaha YZF-R1.

"Nah!" Dia menghulurkan sebuku sabun.

"Sayang nak suruh abang mandikan motor abang ke?" Adha berkerut dahi.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now