🅲︎🅷︎🅰︎🅿︎🆃︎🅴︎🆁︎ 2

40 3 0
                                    

Enjoy!

************************************
-
-
-
-
-
-
-

"Jadi, ada apa-apa yang nak dilapor?"

Laksamana Tarung memandang garang kesemua yang berada di hadapan dia. Kepala dia pening memikirkan masalah yang melanda.

"Err-" Salah seorang dari mereka hanya mampu tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"JAWAB!" Mereka semua terkejut.

"Tch alien biru nih-"

"Sabar weihh sabar!"

Setelah bertenang, kejadian yang berlaku pun diterangkan secara detail tanpa tokok tambah.

Karang tak pepasal kena marah sebab tipu.

"Jadi macam tu Laksamana, Komander."

"Jadi, jam kuasa kamu buat hal dan tak sengaja menyebabkan kamu berpecah tujuh?" Komander Kokoci memandang Boboiboy kuasa tujuh di hadapan dia.

"Lebih kurang macam tu."

"Jadi, macam mana, komander?"

Salah satu dari pecahan Boboiboy bertanya.

Laksamana Tarung dan Komander Kokoci pandang sesama mereka sebelum mengangguk.

"Nampaknya, kamu bertujuh terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi sekarang sementara Ochobot dan anggota Tapops yang lain mencari jalan untuk membaiki jam kuasa kamu."

Fang mengangkat tangan.

"Kenapa tak suruh Solar je. Diakan "Pandai""

Solar memandang Fang sambil mengenggam tangan dia. Dia senyum.

"Terima kasih, Mr. Popularity maniac."

"Kau-"

"Apa? Nak lawan? Meh la." Hujung jari Solar mengeluarkan cahaya.

Fang pula dah keluarkan haiwan bayang dia.

𝘗𝘢𝘬𝘬-

"Adehh-"

"Jangan nak memandai guna kuasa kau. Karang hancur Stesen Tapops ni siapa nak bayar? Nanti ori marah kau baru tau."

Solar mencebik sambil menggosok kepala dia. Sakit woi silap-silap boleh benjol.

"Yela."

****

"Jadi, korang kena stay macam ni la sampai jumpa cara baiki jam kuasa korang?" Pertanyaan Yaya mendapat anggukan dari ketujuh manusia di hadapan dia.

"Haiya, tak apa, ke? Nanti korang hilang ingatan macam mana?"

"Jangan risau, Ying."

Ying hanya menghela nafas. Dia tak nak Boboiboy hilang ingatan dan kejadian semasa di Planet yang penuh dengan tumbosaur dan Planet Baraju terulang semula.

"Kenapa tak Sol-"

"𝘕𝘰. 𝘈𝘣𝘴𝘰𝘭𝘶𝘵𝘦𝘭𝘺 𝘯𝘰. Aku tau punca jam kuasa kitorang rosak tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku baiki. Biarlah Ochobot dengan yang lain dulu fikirkan cara untuk baiki. "

Kesemua yang berada di situ memandang Solar.

"KAU- KAU TAU PUNCA JAM KUASA ROSAK TAPI KENAPA TAK BAGITAU HAH!?!"

Taufan pantas mencegah Blaze dari membakar Solar. Hali menepuk kepala dia sambil menggeleng sedangkan Ais masih tidur menghiraukan pergaduhan di hadapan dia.

Solar menyengetkan kepala dia. "Aku ingat korang dah tau? "

Pelbagai helaan nafas dapat didengar.

"Si bijak, kitorang ni bukan macam kau. Faham." Thorn memandang Solar sambil tersenyum seram.

𝘋𝘐𝘔𝘌𝘕𝘚𝘐 𝘔𝘈𝘍𝘐𝘈:𝘛𝘩𝘦 𝘖𝘳𝘪𝘨𝘪𝘯 (🄾🄶/🅂🄻🄾🅆 🅄🄿)Where stories live. Discover now