QW 03

236 28 7
                                    

KENING Ayra terjongket. Baru hari ini nampak bayang selepas menghantar lelaki itu tempoh hari dan selepas itu tiada khabar berita. Sejurus mengunci pagar café, langkahnya kemudian dibawa ke arah Qidran yang sedang menyandar pada bumper hadapan HRV putihnya.

"Hei." Dengan senyuman Qidran menegur. Rayban ditarik ke atas kepala supaya mata boleh akses terus pada gadis cantik di depannya ini.

"Ada apa datang sini?" Ada nada tak senang pada bicara Ayra. Jangan kata nak jejak kasih sudah.

"Datang nak jenguk Ayra la. Tak boleh ke?"

"Tak kata pun macam tu." Ayra meringis. Sempat dia menjeling ke seluruh kawasan, mencari kalau-kalau ada mata lain yang turut melihat tapi tak lama bila tawa Qidran pecah tiba-tiba.

"You're so vigilant kan. Aku datang sorang je. Dia takde." Qidran faham maksud tingkah Ayra tu. Lepas putus dulu terus jadi cautious bila ada hal melibatkan abang sulungnya.

Ayra larikan pandangan, malu tertangkap.

"So, ada apa ni?" Dia menyoal dengan raut tertanya.

"Sebelum tu, nak cakap sorry dulu." Qidran tayang sengih tak bersalah.

Ayra sekadar jongket kening.

"Hari tu masa kita jumpa kan aku tak tegur langsung. Sorry... Jet lag penat sangat. Tak larat nak cakap. Takut kau salah faham aku marahkan kau lagi."

"Pasal tu saya okey je la." Ayra faham. Lagipun kalau nak ajak bercakap, ada manusia lain yang jadi penyebab aura dalam kereta tempoh hari tegang. Dia tahu lepas kejadian di depan farmasi, Qidran dah sedar tapi lelaki itu pilih untuk berpura-pura tidur.

"Itu je nak cakap?" Ayra menyambung. Takkanlah datang semata-mata hal ni. Mesej dekat whatsapp sudah.

Qidran geleng.

"Tu bukan main point. Boleh tak kita sembang over dinner? Dah lama tak dinner sekali macam dulu." Pandangan Qidran penuh berharap Ayra setuju.

Ayra kerut dahi. Dah kenapa bagi ayat sendu macam tu? Buang tabiat Qidran ni agaknya.

"Kalau nak cakap pasal tu, saya tak nak." Rasanya tak perlu dia bagi tahu soal apa. Antara mereka, hanya ada satu hal yang tak jumpa jalan selesai.

"Nak cakap pasal tu buat apa. Kau dengan abang dah tak ada apa-apa kan? Tak perlu kot nak bincang apa lagi. Benda dah lama lepas. Aku datang ni sebab nak bincang pasal sijil kau yang tak guna lagi tu. Jom please? Urgent ni."

"Sijil?" Bahagian pertama tu, Ayra cuba buat tak endah. Sekarang ni bahagian kedua tu lebih menggamit tumpuannya.

"Kau kan ambik Fine Arts dekat KUARTS dulu?"

"Ha jadi?" Ayra masih terpinga. Belum jumpa pucuk pangkal apa kena mengena dengan sijil dia. Cuba bercakap tu biar lengkap terus.

"Haih." Qidran buang keluh. Tak jadilah nak dinner kalau macam ni. "Nak minta tolong designkan ruang tamu rumah baru siap renovate bulan lepas. Bagi rough idea and bincang simple je kalau tak nak sign contract. Boleh?"

Berhati-hati Qidran menutur kata. Takut ada yang salah cakap, rosak rancangan dia. Nampak macam Ayra berfikir tu, Qidran sedikit lega. Dia tak minta lain. Tolong setuju aje.

"Kenapa tak upah orang je?" Ayra masih was-was. Pelik kalau tanya dia yang cuma ada kelulusan atas kertas. Kan ada lagi yang lebih layak dan berpengalaman. Setakat interior yang dia dah tolong designkan cuma café milik kolaborasi bersama dia dan Sofea.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PROMISES: QARIZH WILDANWhere stories live. Discover now