Moon 3 **

1 1 0
                                    

Radio di pasang.
🎶🎶

Wise men say
Only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Shall I stay?
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you?
Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be


🎶🎶🎶
Song by : Elvis Presley
Song name : Can't help falling in love

Beralun-alun nyanyian Chinta di dalam keretanya yang menyelusuri jalan raya menuju tempat kerjanya.

'Siap punch card, ambik kot lah.'Na na naa~~~gembiranya hati hari ni...'' desis hati Chinta.

Terserlah senyuman manis Chinta di pagi hari, dirinya seolah dirasuk gembira, diri sendiri tidak tahu mengapa dirinya terasa berbunga-bunga sepanjang minggu ini.

"Ha!!!!",terjah seseorang dari belakang.

"Hish kau ni Mawaddah!! Buatnya aku ada sakit jantung, dah mati terkulai aku kat sini tau...apa kau nak jawab kat parents aku?",marah acah-acah Chinta pada Mawaddah. Padahal tiada sedikit pun rasa marah pada Mawaddah. Suka lihat reaksi Mawaddah.

Mawaddah sekadar gelak ayu kerana ramai pesakit hari ni...maklumlah, hari Sabtu...

"Dari tadi aku tengok kau senyum-senyum ni...kau dah terkena sampuk orang ke? Ke kau tak makan ubat kau lagi? Aku rasa kau ni dah gila laa..senyum kau tu psiko sangat lah Chinta..",tanya Mawaddah bertalu-talu.

Risau kawannya tidak seperti selalu. Chinta yang dia kenal susah nak senyum. Beku sahaja! Sebab itulah orang gelarkan dirinya 'Ice bear', dengan kulit putih melepaknya. Namun dengan perwatakan sebegitu, Chinta digemari ramai oleh pesakit kerana Chinta tidak lekang dengan senyuman. Tambah lagi lesung pipit di hujung bibirnya menaikkan seri senyumannya!

"Aku ok je lah...aku tak tahu lah. Aku sihat walafiat tau, cuba kau rasa dahi aku ni.",kata Chinta sambil membawa tangan Mawaddah ke dahinya.

"Ye lah...aku tahu..kau jangan berahsia-rahsia ye dengan aku...kalau aku tahu, siap kau! Aku bagi tahu aunty dengan uncle!",cabar Mawaddah ingin mengorek rahsia Chinta.

"Ok, dah dah! Jom masuk kerja..karang lambat kau nak punch card."

________________________________________________________________________________________

🚨Warning!!! Sila siapkan jiwa dan raga sebelum membaca🚨

"Tolong!!! Tolong!!! Selamatkan tuan kami. Doktor, dia banyak sangat keluar darah!!! Aku nak doktor tu je rawat tuan aku!",sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Chinta.

"Ha?!! Kenapa saya pula?!"

"Tuan aku nak kau JE yang rawat dia." Chinta pasrah.

"Mana tuan awak?",Chinta mendekati mereka. Chinta lihat satu persatu lelaki-lelaki yang mengelilingi 'bos besar' mereka.

"Saya.",suara garau itu! Cukup dia kenali hanya dengan suara!

"Ha-Harasy?",tanya Chinta sudah tergagap. Chinta sudah tidak keruan apabila ternampak darah yang banyak mengalir dari dada Harasy. Kesan tembakan! Dia terkaku.

"Eghh!!Chinta!!Cepat!",Harasy sudah mengerang kesakitan.

"Nurse! Bawa dia ke bilik rawatan segera!",dengan pantas semua jururawat di situ buat tindakan.

________________________________________

"Aghh!!!",Harasy mengerang sakit lagi. Chinta yang baru mencabut peluru meniup-niup tempat itu. Mana tahu Harasy boleh bertenang sikit?

"Dah siap! So, bagitahu saya macam mana awak boleh kena ni? Kalau saya tak de dekat wad kecemasan tadi agaknya awak nak cari saya merata juga ke?"sambil mengangkat-angkat kening.

"Ye,saya akan cari awak juga."

Chinta kaku.Jujur. Dia tak pernah nampak sisi serius Harasy yang ni. Sebelum ni Harasy hanya melontar senyuman manisnya. Chinta mula jadi curious dengan pekerjaan Harasy. Banyak persoalan sudah tersusun dalam benak Chinta yang membuatkannya memandang lama wajah Harasy.

Harasy cuak! Kenapa Chinta tengok Harasy macam nak tembus kepala😅?

"Awak kenapa pandang saya macam tu?",pelik.

"Eh, Allah..tak de pape."Chinta garu-garu kepalanya yang tidak gatal, gugup.

"Nak tanya, tanyalah. Selagi saya boleh jawab, saya jawab."

"Awak kerja apa sebenarnya? Sampai kena tembak-tembak ni? CEO je kot..macam banyak musuh je.",Chinta tepuk mulutnya. Tiada insurans! Tu lah! Cakap sedap mulut je tak fikir dulu.

"Chinta, jadi orang yang berpengaruh ni lah paling banyak risiko tau. Oklah, saya nak balik dulu, orang-orang saya dah tunggu tu.", meminta izin ingin pulang, karang banyak pula persoalan Chinta. Dia tahu banyak perkara yang Chinta mahu tahu. Lagi berjiran!

"Hmmm..ye lah, kalau awak sakit, minta je tolong saya. insya-Allah saya akan tolong.",kata Chinta sambil menghadiahkan senyuman.

"Baik, cik Chinta."

"Assalamualaikum Harasy. Jumpa lagi."

'Kita PASTI akan berjumpa lagi. PASTI!' *sambil senyum senget*

Harasy hanya menghantar Chinta dengan pandangan. Dia suka bercakap dengan Chinta. Hati jadi tenang. Rasa sejuk je hati. Mana tahu kuat jodoh mereka?

Misteri betul Encik Harasy kita ni kan?
Agaknya kurang dah boleh baca ke tak ending dia macam mana? Hann pun tak tahu macam mana ending dia. 🫠Sorry ye pendek... Hann tak tahu macam mana nak mengarang sangat. Maklumlah..baru terjun bidang baru 😙
Hann ingat nak publish 31.08 hari tu. Tak sempat plak.. Moon 4 nanti Hann akan masukkan part blushing untuk korang. Biar korang blusing je. Hann akan try untuk betulkan tatabahasa dan panjangkan story nanti.Btw,
28.09 nanti Hann masuk U, so akan selalu busy. Senyum ii selalu. Bye!! Till we meet again

HarasyWhere stories live. Discover now