Tinininittt..tinininittt...tininiitttt..
.
.
.
tit." ASSALAMU'ALAIKUM!!!!" nyaring suara si gadis di dalam panggilan suara itu. Siapa lagi? Aisyah lah.
Dengan wajah kusut baru habis bangun dari tidur, allea memaksa diri untuk bangun. Menggosok mata terlebih dahulu, di lihat ke arah jam dinding di bilik nya itu masih menunjukkan angka 5:30 a.m
'Haih...apa lagi kali ni?' Suara hati allea berkata.
" Bangun leaaa, kau kan nak pergi kerja. Kalau bangun lewat, siapa je yang nak ambil kau jadi dokter? Dah pukul 5:30 a.m ni." Suara aisyah terdengar sedang membebel .
Nasib la aisyah ni tepati janji, memang semalam dia yang suruh aisyah atau pun khaila kejut kan. Sebab takut lewat bangun untuk pergi ke kerja, allea baru sahaja diterima sebagai dokter praktikal si salah satu hospital swasta di daerah balik pulau.
" Mak teh aku cakap, jadi dokter ni susah. Kalau kau rasa tertekan, cerita lah kepada aku atau kawan-kawan yang lain." Ucap aisyah.
Hum, aisyah ni memang nampak macam pesakit hospital bahagia. Tapi asalnya, aisyah lah yang menceriakan suasana . Bukan aisyah sahaja, khaila dan sofea juga turut ambil peranan terhadap hal-hal berbau ceria ni.
.
.
.
" Siapa ya?" Tanya salah satu perawat di kaunter pertanyaan.Allea mengeluar kan beberapa dokumen dan fail penting, setelah melihat fail-fail itu. Perawat wanita itu terus menghampiri seorang Lelaki berpakaian baju khas dokter.
" Ikut saya" ucap dokter muda itu. Tidak ada bantahan dari Allea, perempuan berbaju kurung moden itu mengikuti setiap langkah dokter muda itu. Sehingga lah mereka sampai di sebuah Bilik, dokter muda itu masuk dan mempersilakan Allea masuk bersama nya.
" Dr. Amsyar, Ini calon dokter praktikal yang di hantar dari University turkiey itu." ucap Dokter muda yang menghantar Allea ke bilik Atasan nya itu.
" Oh, Sila duduk. Cik Allea kan?" Dr. Amsyar mempelawa Allea duduk.
" Kamu ni..anak Dr. Zubir ya? Muka iras-iras dr. Zubir ." Tanya Dr. Amsyar, terbeliak mata Allea mendengar nama papa nya di sebut oleh atasan .
"..Err y-ya? Saya anak sulung Dr. Zubir.." balas Allea, kepalanya mengangguk bertanda Benar atas sangkaan Dr. Amsyar itu.
" Ini anak saya, Dokter muhammad shaziel mikael. Dokter yang akan bimbing awak selama 7 bulan sisi praktikal" ucap dr. Amsyar sambil melihat ke arah anak lelaki nya.
.
.
.
setelah hampir 2 jam di temuduga sekaligus berborak panjang dengan dr.zubir, Akhirnya Allea diterima sebagai dokter praktikal di Unit pergigian. Memang sengaja dia memilih Unit pergigian, bukan kerana tidak tahu menahu tentang Unit-unit yang lain. Allea memang minat tentang pergigian. Dan sekarang dia berada di bawah bimbingan dokter pakar termuda di malaysia, iaitu dokter Shaziel mikael.Kebas pipi nya kerana tersenyum melihat chatting group habibah sekalian yang sangat heboh. Jari allea dengan lihai menekan kenalan bernama " harris" iaitu adik lelakinya.
Memang ditakdirkan terseyum tak henti agaknya, Allea sekali lagi menerbit kan sebuah senyuman manis melihat chatting harris yang meng-spam sticker hampir mencecah 100 mesej ." Nanti dah besar jangan lupakan aku pula." Suara amna terngiang-ngiang di dalam kepala .
" Tak kan la kami lupa? " pelan suara Allea membalas ucapan di dalam benak nya itu.
" Kami dah berjaya...aku sekarang dah jadi dokter, walau pun praktikal lah..haha" ucap Allea mendongak menatap langit biru yang masih memperlihatkan awan-awan berbagai corak indah.
" Khaila dan Aisyah jadi student IPG..teringat pula dulu, kau cakap nak jadi cikgu pendidikan jasmani...eh?" Allea tersenyum lembut. Membayangkan wajah sahabat nya yang kini, hanya tinggal kenangan yang mereka cipta bersama.
" Sofe pula sekarang tengah cuti sem. Katanya lepas habis diploma, nak ambil degree di negara sendiri pula" sendu suara allea bercerita kepada orang yang sudah lama meninggal.
" Dan Hannie...dah jadi pilot sekarang. Jarang betul nak jumpa hannie tu, sibuk memanjang" ucap Allea dengan bibir mengukir senyuman, kali ini senyuman allea begitu tulus memandang langit biru.
.
.
.
bersambung..
YOU ARE READING
diari 5 kuntum bunga indah..
RomanceMenceritakan tentang kehidupan "5 kuntum bunga" iaitu 5 orang gadis cantik yang mempunyai cerita di masing-masing kehidupan. * picture by pinterest *