Assalamualaikum..sambung lagi cerita ASRAMA di wattpad account aina_saffiyah. Kalau nak komen, komen je. Sorry la kalau pendek sangat ayat tu.
Selamat membaca
.
.
.Airis pun berlari masuk ke bilik asrama untuk tidur.
Keesokan harinya, Siti bangun dari tempat tidurnya untuk mandi. Selesai sahaja mandi, Siti terus memakai baju dan pergi ke surau untuk membaca Al-Quran dan solat.
Selesai sahaja membaca Al-Quran, Siti keluar dari surau dan pergi berjumpa dengan Airis,dia dan Airis pergi ke dewan belajar.
SELEPAS waktu belajar,mereka terus kepadang untuk bersukan. Malangnya, hari ini hujan lebat. Cikgu memutuskan semua pelajar boleh membuat kerja masing-masing. Siti dan Airis pergi ke stor untuk mengambil penyapu. Airis hanya tunggu diluar stor manakala Siti pergi mencari penyapu. Siti ternampak penyapu yang tergantung dihujung stor. Siti mahu mengambil penyapu tersebut,tetapi dia tidak boleh bergerak. Dia seperti ditarik 'seseorang'. Peluh membasahi mukanya. "Ya Allah.. Kenapa tak boleh bergerak ni." Kata Siti dan segera membaca doa yang dia tahu. Tapi masih tidak boleh bergerak. Siti tidak berani toleh ke bawah.
AIRIS yang masih berdiri di luar stor berasa tidak sedap hati. Dia hanya menunggu sehingga beberapa minit. Dia sudah lenguh berdiri di hadapan stor. Kerana tidak larat ingin menunggu,dia memutuskan untuk membuka pintu stor. Sebaik sahaja membuka pintu,dia terkejut melihat Siti yang terbaring tidak sedarkan diri. Muka Siti pucat lesi seperti terkejut. "Ya Allah,kenapa dengan Siti ni?" Sebaik sahaja Airis berkata demikian,dia terdengar satu suara garau. "Korang dah kacau tempat aku!! Korang tak layak hidup!"
Setelah Siti mendengar suara itu, Siti terus berlari untuk memanggil ustazah.
Assalamualaikum..
Jangan lupa follow dan vote account aina_saffiyah tau.
YOU ARE READING
ASRAMA
TerrorKisah seram asrama, Mengisahkan tentang kejadian yang berlaku di sebuah asrama. Airis dan Siti adalah kawan baik. Mereka memasuki di sebuah asrama.Mereka tidur sekatil. Tetapi kejadian seram telah berlaku. Apa yang terjadi? Jadi, bacalah novel ini d...