Terkedip-kedip kelopak mata itu. Kepala terdongak memandang Faleq tanpa sedar. Tangannya yang direhatkan di sisi diraih lelaki itu lirih lalu memegang erat. Tangan bersaiz besar itu mengelus-elus tangan milik isterinya. Kornea Rina direnung halus.
Lama mereka berdiri kekal seperti posisi itu tanpa kata-kata dari mulut Faleq mahupun Rina. Apa yang difikirkan Faleq adalah betapa beruntungnya dia dapat memiliki wanita ini tapi bagaimana pula dengan Rina? Adakah dia juga beruntung kerana telah menikahi dengan lelaki bergelar mafia dan mempunyai musuh yang boleh mengancam nyawanya?
Dengan sendirinya Faleq lepaskan tangan Rina kembali ke sisi. Dia melabuhkan punggung di atas sofa kecil yang berhadapan dengan Rina. Perempuan itu ikut duduk dan berdehem kecil. Mata dikerling ke kiri dan kanan. Mengerah otaknya untuk bekerja keras untuk tidak membiarkan keadaan larut dalam sepi.
Tuala yang berada di batang leher diletakkan di atas pahanya. Dia duduk tegak menghadap Rina. Berniat untuk menayang six packs itu dan juga parut-parut yang terlukis pada tubuhnya itu.
Segan dibuatnya untuk Rina memandang suaminya. Sekejap kepala tunduk, sekejap dia pura-pura melihat tempat lain.
"Kau tak nak tanya ke kenapa perut aku banyak parut?" Soalan itu langsung tidak Rina duga.
"Huh?" Dia terpinga-pinga. Bola mata perlahan-lahan diangkat memandang perut berkotak-kotak itu. Ya, dia pernah tertanya sebelum ini tapi baguslah kalau Faleq sendiri sudah buka topik ini terlebih dahulu.
"Setiap parut yang ada dekat perut aku ni ada kisah dia. Dan parut yang paling aku tak boleh lupakan,"
"Adalah ini." Sambung Faleq sambil menunjukkan parut panjang yang berada di sebelah kanan dengan jarinya.
Rina turut memandang parut itu. Ada apa dengan kisah di sebalik parut itu? Dia perlu tahu?
"Kenapa pula awak tak boleh lupakan parut tu?" Soalnya mahu tahu.
"Istimewa ke? Tragis ke?" Dia cuba menebak.
"Hmmm, nak kata istimewa aku takut kau kecil hati. Nak kata tragis pun, mungkin? Sebab... Orang yang pernah selamatkan aku dulu, perempuan." Nada suaranya sengaja mahu buatkan Rina overthinking.
Dia tersenyum kecil melihat reaksi perempuan itu.
"Cerita ajelah. Awak dah buka cerita. Tak akan nak tutup macam tu aje?"
"Okey... Kau jangan cemburu pula."
"Tak ada maknalah saya nak cemburu. Awak kan dah jadi suami saya." Tuturnya tapi tidak memandang wajah Faleq. Faleq mengangguk kepala dan kemam bibir.
"Dua tahun lepas, aku kena tikam dengan seseorang. Malam yang sepatutnya aku dan dia tu sama-sama tandatangan kontrak tapi dia khianat aku dengan cuba untuk bunuh aku pada malam itu juga. Bukan seorang tapi berkumpulan." Ujar Faleq, serius wajahnya.
Rina pula sudah tidak senang duduk. Dia mendekatkan dirinya dengan posisi Faleq. Tidak bertanya malah menunggu cerita itu diceritakan sehingga habis.
"Malam tu memang aku rasa nyawa aku mungkin akan melayang dan mati dekat satu lorong gelap. Lagi-lagi tikaman itu dalam dan sangat menyakitkan. Aku tahu kalau aku mati waktu tu, mungkin tak adil untuk aku dan juga hak aku. Dan aku mungkin tak akan jumpa kau."
"Tapi ajaib betul bila ada seorang doktor perempuan yang kebetulan lalu di lorong tu tolong aku. Aku tahu dia takut tengok keadaan aku yang berlumuran dengan darah tapi dia tetap buat tugas dia sebagai seorang doktor." Curhat Faleq panjang. Dia menarik nafas panjang sebelum sambung cerita.
"Sekejap." Pantas Rina mencelah dengan tangannya. Dia merenung lama pada parut itu.
Keningnya bertaut. Satu tangan dibawa naik mengurut pelipis. Dia rasa familiar dengan cerita itu.
"Kenapa... Cerita awak macam saya pernah lalui?"
"Maksud kau?"
"Maksud saya...dua tahun lepas juga saya pernah selamatkan seorang pesakit yang kena tikam kat bahagian perut juga. Dekat lorong gelap. Masa tu lepas baru habis hujan lebat. Dia cakap dengan saya untuk tak payah bawa dia ke hospital." Umbuhnya dan berdiri.
Dia kembali memandang wajah Faleq dengan tanda tanya.
"Dan... Lepas saya bedah dia kat situ... Dia terus hilang. Tapi ada orang besar datang jumpa dengan saya untuk bagi kepingan emas selepas tu." Tuturnya.
"Rina... Doktor perempuan tu... Pakai hoodie putih, kan?" Teka Faleq. Dia berdiri dekat dengan Rina.
Kepala perempuan itu angguk perlahan-lahan dan kemudiannya mengukir senyum kecil.
"Kau... Kaulah doktor yang selamatkan aku dua tahun lepas!"
"Ya... Sayalah orang tu." Sahut Rina. Matanya bergelinangan dengan cecair jernih yang tinggal tunggu masa sahaja untuk membasahi pipi.
Pantas Faleq merapati dan menarik bahu Rina seraya membawanya erat ke dalam dakapan pelukannya. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Kepala yang masih utuh dengan tudung diusap manja. Kepalanya diletakkan di atas kepala Rina yang pendekknya separas dengan dadanya. Mata memejam rapat. Wajah putih kemerahan perempuan itu kembali menjelma dalam penglihatannya. Dia rasa hiba dan kesal kerana tidak mengenali isterinya lebih awal. Jika tidak mesti Rina tak perlu mengalami kepayahan hidup.
Kedua-dua tangan naik lalu membalas semula pelukan itu. Pelukan itu bertaut agak lama. Seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi sekarang. Tak pernah mereka menyangka yang rupa-rupanya orang yang pernah Faleq dan Rina cari berada begitu dekat sekali.
Bahu Rina sekali lagi diraih lembut oleh Faleq. Dia ingin menatap wajah perempuan itu sekali lagi. Kali ini lebih lama. Benarlah, isterinya sekarang ialah orang yang pernah selamatkan dia dua tahun lalu. Cuma yang membezakannya hanyalah perempuan itu sudah bertudung. Jauh lebih cantik dan manis.
"Nampaknya takdir dah lama menyatukan kita, sayang." Ujar Faleq dengan berbisik.
"Untuk kali yang kedua saya jatuh cinta dengan awak."
"Oi, Kamal! Kau pergilah cari kerja sana! Kau nak suruh aku makan batu dengan pasir ke, huh?!" Tempik Kuntom yang sedang duduk bersila di atas kerusi. Surat khabar yang terbentang itu digulung nipis lalu dibaling tepat kena sasaran pada belakang badan Kamal yang sedang berdiri di ruang pintu.
"Auch! Sakitlah, mak! Suka hati aje pukul orang." Ngeluhnya. Tangan naik mengurut-urut belakang badan.
"Habis tu? Aku suruh kau cari kerja, kau buat bodoh. Aku ni dah tua, mana ada orang nak ambil kerja dengan usia aku." Bebel Kuntom, marah.
Sudah tiga minggu mereka meminjam sana, sini. Tidak tahu malu lagi kerana duit yang pernah Faleq berikan sudah habis. Kadang-kadang Kamal menebal muka meminta-minta di kejiranan itu. Lantaklah orang nak mengata lagipun dia sudah tidak heran. Kalau jumpa orang yang terlalu baik, dapatlah habuan, kalau tidak makan sajalah apa yang ada di dapur.
"Kamal, kerja? Mengarutlah, mak. Mak tu, orang suruh pergi cari Rina minta duit kat dia tak nak. Padan mukalah kelaparan." Desisinya, pedas.
Kuntom buat muka menyampah. Semakin bertambah marahnya di lubuk hati.
"Kalau aku nak cari dia pun, aku tak tahu dia duduk mana." Kuntom mengeluh resah. Mana lagi dia nak dapatkan duit selain meminta di tepi jalan. Mungkin kesusahan yang mereka rasakan sekarang adalah balasan disebabkan layanan buruk dan kejam kepada Rina sewaktu dulu. Dia mengeluh panjang. Rambut yang panjang itu diikat tinggi. Rimas.
"Kau pergilah tempat kerja Rina. Minta dia duit. Mesti sekarang ni dia dah ada berkepuk-kepuk." Cadangnya.
Laju Kamal menggeleng. Sisa sakit tumbukkan kuat itu masih terasa walaupun sudah lama berlalu. Memang taklah dia berani dan sanggup untuk tahan rasa sakit itu sekali lagi.
"Nanti-nantilah orang fikir, mak. Makan ajelah apa yang ada." Katanya dan terus menerpa keluar. Tidak hiraukan panggilan Kuntom.
"Kau nak aku makan apa, huh?! Makan angin?! Tak guna punya anak. Lebih baik aku buang kau sejak dulu. Bagus sikit!" Lantangnya setelah melihat anak lelakinya lari keluar entah ke mana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romansa"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...