Anne Mecha Questalla 📌

6 0 0
                                    

Anne Workplace📌
Day 1, 45hrs:59:00MIN:00SEC

Narrator POV 📌

Tik!

Si Elly betul-betul mendarat di belakang si Anne. Dia sedang menyusun file yang sedang betaburan di atas meja office dia. Sambil si Anne humming lagu favourite dia, dia pusing belakang untuk letak file dia di dalam kabinet.

Prakkkk!!

Semua file-file dia jatuh betaburan di lantai. Tekejut si Anne dengan kehadiran si Elly tiba-tiba muncul betul-betul di depan muka dia.

"Betul-betul saya mau pigi jumpa psychiatrist sudah ni." Si Anne tingu tepat di mata si Elly terus dia berpaling lagi balik.

"Anne tunggu!" Si Elly cepat-cepat tarik tangan dia, dan yes! magically boleh sentuh tangan si Anne. Dia pun terberhenti sekejap, terkejut si Elly boleh sentuh dia. Si Anne tingu tangan si Elly.

"Ko pun boleh rasa sentuhan saya juga?" Si Elly tanya si Anne.

"Mustahil! ini mustahil!" Si Anne cepat-cepat jalan mau mengelak.

"Anne sekejap! Biar saya kasi cerita kau apa jadi. Sebenarnya, ada task yang saya perlu buat, ada list kena buat untuk saya supaya saya boleh masuk ke alam baik or yang lebih dikenali sebagai heaven. Saya perlu.." Belum habis si Elly kasi habis cerita dia, si Anne potong cakap dia.

"Baliklah kau" dengan nada berbisik. Dia risau kawan-kawan satu kerja dia dengar dia becakap sendiri. Nanti sia-sia di cop gila. Tanpa berpaling kebelakang lagi, si Anne pergi ke ruangan sebelah dan terus tutup pintu.

Elly POV 📌

"Ko tutup pintu? Biar betul Anne?" Malas betul saya gaya si Anne ni. Dia ingat saya tidak boleh tembus pigi sebelah. Hantu bah ni Anne, hantu. Eh salah, roh 😆

Dengan kuasa roh, saya terus masuk di ruangan sebelah tempat si Anne menjalankan tugas sebagai forensik tumbuh tumbuhan.

"Ko biar betul!" Teteriak si Anne nampak saya berdiri di bilik sebelah selepas saja dia tutup pintu. Semua kawan-kawan dia terkejut dan semua tengok dia

"biar betul kamu serius buat kerja. Senyum-senyum juga bah." Anne terus cepat-cepat cover, serentak dia sama kawan-kawan kerja dia ketawa.

"Anne saya bukan mau kasi sakit kau atau apa, saya cuma mau becakap dengan kau saja." Si Anne betul-betul tidak mau becakap sama saya, apa lagi mau tengok muka saya. tida apa saya cuba lagi. "Kalau kau tidak mau becakap sama saya, okay fine. Saya bediri di sini sampai kau mau becakap sama saya."

Saya cakap saya buat. Saya betul-betul bediri dekat dengan meja si Anne buat kerja. Saya tidak peduli, selagi dia tidak becakap, selagi tu saya tidak mau berganjak.

Anne POV 📌

'Aduhh! apa juga ni hantu mau ni. sudahla serupa betul dengan muka kawan saya. betul-betul dia tidak berganjak oh dari meja saya. mau 4 jam sudah, mau dekat balik sudah.' saya mengeluh terus menerus. Nasib saja muka ni hantu tida buruk.

"mungkin sebab saya telampau banyak kerja kan? sebab tu saya berhalusinasi sampai teruk macam ni? kenapa sampai saya boleh nampak roh ni. Tapi hairan nampak muka sama macam si Elly." Sambil saya becakap, sambil saya tengok tu hantu, dari tadi kejar-kejar saya saja oh. Makin saya mau cepat, tu hantu pun cepat-cepat betul mau belari ikut saya.

Halfway to Heaven Where stories live. Discover now