𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒲𝒶𝓁𝒹𝒶𝓃 x 𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒜𝓇𝒾𝓈𝒽𝒶
" Jom ke bilik yang terakhir, iaitu bilik office awak " kata Faiq kepada Arisha.
Selesai sahaja Faiq membawa Arisha untuk mengelilingi kawasan syarikat, Faiq terus membawa Arisha ke bilik yang terakhir. Bilik dimana tempat untuk Arisha bekerja iaitu bilik office Arisha sebagai PA yang bertempat di hadapan bilik office bos. Mereka pun masuk ke dalam bilik tersebut dan Faiq berkata.
" Ini bilik yang terakhir iaitu bilik office awak. Awak akan bekerja di dalam bilik ini " Faiq memberitahu kepada Arisha.
" Sekarang saya akan ajarkan awak untuk membuat tugas- tugas as a personal assistant " kata Faiq kepada Arisha sambil menghulur satu kertas kepada Arisha dan Faiq menerangkan cara membuat kerja sebagai seorang personal assistant.
Setelah habis menerangkan semua yang dia patut terangkan, dia pun berkata kepada aku.
" Ini sahaja tugas awak dan satu lagi sebelum saya lupa. Sebagai personal assistant, awak juga perlu sediakan kopi atau teh kepada bos. Itu sahaja yang saya nak cakap. Awak ada nak tanya apa-apa lagi? " Faiq memberitahu semuanya kepada Arisha dan Faiq juga bertanya kepada Arisha sama ada dia faham tentang pekerjaan atau tidak selepas habis menerangkannya. Mana lah nak tahu kan kalau dia tidak faham, boleh la terangkan lagi sekali untuk memudahkan dia faham.
" Tak ada " kata Arisha sambil menggeleng kepalanya kepada Faiq.
" Okay! Saya nak sambung kerja saya balik. So, good luck " kata Faiq kepada Arisha.
" Thank you sebab dah explain kan untuk saya " Arisha mengucapkan terima kasih kepada Faiq kerana telah menerangkan hal pekerjaannya. Faiq menganggukkan kepalanya dan terus ingin berlalu ke pintu office tapi sebelum Faiq membuka pintu office Arisha, Faiq beralih dan berkata.
" You're welcome. Kalau ada kerja yang awak tak faham, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada saya " kata Faiq kepada Arisha.
" Okey " kata Arisha kepada Faiq. Faiq pun terus keluar dari situ.
~•❤︎•~
WALDAN POV
" Arghh " aku jerit sedikit perlahan sambil menggenggam rambut aku.
" Kenapa setiap kali aku try untuk fokus pada dokumen aku, dia akan muncul dalam fikiran aku " aku berkata pada diri sendiri.
Aku cuba untuk fokus pada kerja tetapi wajah Arisha masih lagi muncul dalam fikiran aku. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar membuatkan aku sedikit terkejut dan tersedar dari lamunanku tadi.
" Masuk! " aku berkata kepada orang yang mengetuk pintu.
Orang itu pun masuk dan aku melihat sosok tubuh yang cukup aku kenali iaitu Faiq. Aku bertanya kepada Faiq.
" Ada apa? " aku bertanya kepada Faiq .
" Aku tengok kau dari luar tadi tapi nampak kau tengah melamun jadi aku pun masuklah nak tegur kau. Kenapa? kau ada masalah ka? " Faiq bertanya kepada aku. Inilah salah satu sebab kenapa aku kawan rapat dengan Faiq kerana dia selalu bertanya kepada aku jika aku ada masalah atau dalam kesusahan sewaktu universiti dahulu.
" Tak adalah. Cuma tak boleh nak fokus ja " aku menjawab soalan Faiq tadi.
" Arisha? " Faiq dapat meneka kepada pernyataan aku.
" Macam tau-tau saja kau ni " aku berkata kepada Faiq sambil memandang ke arahnya.
" Alah! Aku bukannya baru kenal kau kemarin. Tengok muka kau pun aku dah tahu kau tengah angau sekarang ni " kata Faiq kepada aku.
" Sudah lah! kau dah tak ada kerja sangat ka, kalau tak ada meh sini aku tambahkan kerja kau " aku berkata pada Faiq.
" Ada tapi saja lah aku nak tegur orang yang tengah dilamun cinta ni " Faiq berkata kepada aku tapi aku tahu dia memerli aku sebenarnya.
" Pergi buat kerja kau bagi siap! " aku berkata kepadanya tanpa memandang Faiq dan terus menyambung kerja aku yang belum siap. Kalau asyik melayan Faiq ni alamatnya tak siap la kerja aku nanti.
" Sampai hati kau halau aku " kata Faiq kepada aku sambil tangannya diletakkan di hati seolah dia terasa hati dengan aku. Cish! Ingat aku nak layan lebih-lebih perangai drama dia ni. Kadang Faiq ni king of drama pun ada tapi kadang tu dia ada lah jugak perangai matured tu. Sekali dia keluarkan skill drama dia tu, rasa macam malas pulak nak layan dia lama-lama. Makin lama makin menjadi perangainya. Aku hanya diam dan membuat kerja aku. aku sesekali melihat mukanya dengan penuh kebosanan.
" Dahlah! Aku keluar dulu. Hmm! " Faiq berkata sambil mengalihkan pandangannya dan terus berjalan ke arah pintu. Dia terus keluar dan aku pula masih membuat kerja aku. Malas layan la oiii.
Beberapa minit kemudian, aku berasa dahaga dan aku terus memanggil Arisha gadis pujaan hatiku untuk membuatkan aku secawan latte panas melalui butang landline phone.
Semasa aku tengah sibuk dengan kerja aku, tiba-tiba aku mendengar pintu pejabat aku diketuk dari luar dan aku mendengar suara gadis pujaan aku. Aku terus memberinya izin untuk masuk.
" Masuk! " Aku berkata sambil mendongak kepala aku dan melihat ke arah pintu dan muncul lah seorang gadis yang sudah mencuri hati aku.
~•❤︎•~
ARISHA POV
Selepas mendapat panggilan dari bos, aku terus keluar dari pejabat dan menuju ke arah pantry untuk membuat secawan latte panas yang diminta oleh bos tadi. Selesai membuat secawan latte panas, aku terus menuju ke pejabat bos. Sampai sahaja dihadapan pejabat bos, aku terus mengetuk pintu pejabatnya.
" Masuk! " bila bos menyuruh aku masuk, aku pun cepat-cepat masuk ke dalam pejabatnya.
Aku terus menuju ke meja bos aku sambil meletakkan secawan latte panas yang dia minta tadi dan aku terus meminta diri untuk keluar dari pejabatnya. Aku ingin ke pejabatku untuk menyiapkan kerja aku yang belum siap lagi.
YOU ARE READING
𝖳𝖾𝗇𝗀𝗄𝗎 𝖶𝖺𝗅𝖽𝖺𝗇 : 𝖧𝗂𝗌 𝖥𝗂𝗋𝗌𝗍 𝖫𝗈𝗏𝖾 ( Hiatus )
Lãng mạnఌ︎ 𝑴𝒚 𝒔𝒆𝒄𝒐𝒏𝒅 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 ఌ︎ Tengku Muhammad Waldan Ardean Zariff Bin Tengku Muhammad Wildan Adwa Zariff adalah seorang jejaka yang sangat tampan dan banyak gadis yang tergila-gilakan dirinya tetapi dia tidak tertarik kerana dia tahu bahawa...