𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒲𝒶𝓁𝒹𝒶𝓃 x 𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒜𝓇𝒾𝓈𝒽𝒶
Setelah beberapa jam, kini sudah tiba waktu balik kerja. Aku mula mengemas barang-barang aku untuk pulang tetapi ada seseorang yang menghulur beberapa fail dan kemudian dia meletakkannya di atas meja sebelum aku habis mengemas barang-barang aku. Aku pun mendongakkan kepala aku ke atas sedikit dan terlihatlah bos aku iaitu Waldan. Dia pun terus berkata kepada aku.
" Jangan balik selagi tak habis kerja ni " Waldan berkata kepada aku sambil berjalan keluar dari pejabat aku dan menuju masuk ke pejabatnya semula. Hari ini hari pertama aku. Jadi kenapa aku sudah kena buat banyak kerja pula ni. Dah lah sekarang ni waktu untuk semua pekerja balik dari tempat kerja jadi kenapa bagi aku time-time macam ni! Aku berkata pada hati, kalau aku cakap terus dekat bos, silap hari bulan aku yang kena buang kerja. Dahlah tak sampai sebulan lagi ni.
" Haih! Kena buat kerja bagi siap la jawabnya. Then baru boleh balik rumah " aku bercakap pada diri aku sendiri dengan nada yang malas. Ya aku penat tambahan pulak sakit belakang dan sakit kepala apabila aku duduk terlalu lama dan fokus pada laptop kerja aku. Tetapi aku sedar yang aku hanya pekerja dan dia adalah bos aku, jadi mahu tak mahu aku kena dengar dan buat arahannya. Sewaktu aku bercakap pada diri aku sendiri, tiba-tiba aku baru teringat yang aku belum solat lagi sewaktu azan Asar tadi. Jadi aku pun turun ke lantai bawah dimana ada satu bilik surau untuk wanita, aku pun terus masuk ke dalam bilik itu dan pergi ke arah paip air untuk mengambil wuduk sebelum solat.
Habis sahaja solat, aku pun menyambung kembali kerja aku yang baru ditambahkan tadi oleh bos kejam tu. Ya! Waldan sangat kejam sebab buli pekerja baru. Rasa nak nangis pulak bila kerja bertambah. Aku pun membelek satu per satu fail yang diberikan tadi. Satu jam kemudian baru lah siap 2 fail daripada 4 fail tadi. Aku pun hanya sambung menyiapkan 2 fail lagi kerana takut disoal dan dipecat. Nanti pecah rekod dunia, baru hari pertama bekerja dah kena pecat.
Sejam kemudian, dua fail lagi pun siap. Sewaktu tengah kemaskan barang, aku mendengar bunyi azan sedang berkumandang tanda bahawa sudah masuk waktu solat maghrib. Aku pun terus ke lobi dimana ada surau untuk solat. Habis solat, aku pun naik ke atas dengan menggunakan lif untuk kembali ke bilik pejabat aku kerana aku ingin mengambil barang- barang aku. Fail yang aku siapkan tadi pun aku bawa pulang. Setelah ambil barang, aku terus keluar dari syarikat dan masuk ke dalam kereta untuk pulang ke mansion.
~•❤︎•~
WALDAN POV
Pada pukul 8:15 malam, aku pun keluar dari pejabat aku untuk pulang ke mansion. Tapi sewaktu aku keluar, aku memandang ke arah pejabat Arisha. Pejabat dia sudah gelap bermakna dia dah siap kerja dan mungkin sudah balik. Aku pun terus turun ke lobi untuk keluar dari bangunan syarikat. Sampai sahaja di lobi, aku pergi ke arah kereta dan terus balik ke mansion. Tiba di mansion, aku menuju kearah pintu mansion dan memberi salam." Assalamualaikum " aku memberi salam.
" Waalaikumusalam. Hah! Dah balik rupanya anak mama " ujar mama iaitu Tengku Aafiyah kepada aku. Aku hanya menyalam tangan mama dan terus berkata.
" Dean naik dululah mama. Dean penat. Nak berehat sekejap " aku berkata kepada mama dan terus berjalan masuk ke dalam lif untuk naik ke kamar.
" Baiklah "
Masuk sahaja dalam kamar, aku terus meletakkan beg kerja aku di sebelah meja kerja aku dan mengambil tuala aku terus berlalu masuk ke dalam kamar mandi.
Selesai membersihkan diri, aku keluar dari kamar mandi dengan hanya tuala berlilit di pinggang dan menuju ke arah wardrobe untuk mengambil t-shirt putih biasa dan seluar pendek hingga ke paras lutut yang berwarna hitam. Aku mengambil wuduk dan solat maghrib.
Setelah itu, aku mengambil laptop aku dan duduk di atas katil untuk menyiapkan kerja aku yang tidak siap lagi. Aku memang kerja workaholic. Asyik- asyik dengan kerja aku saja. Dalam sejam setengah macam tu, aku berhenti membuat kerja aku kerana tekak aku berasa dahaga dan aku pun berkata.
" Arisha, tolong buatkan aku latte panas " ujar aku.
Apabila aku tidak mendengar sebarang suara yang membalas terus aku mengangkat kepala aku dan tersedar yang aku berada di mansion. Aduh! Sampai rumah pun asyik teringatkan dia.
Aku ni mesti dah betul- betul angau dengan Arisha. Kalau tak, tak adanya asyik nak muncul dekat fikiran aku ni hah. Argh! Aku ni mesti dah gila. Aku terus bangun dari katil dan keluar dari kamar aku. Aku menuju ke arah lif.
Masuk sahaja dalam lif, aku menekan butang lif untuk turun ke bawah. Sampai saja di bawah, aku terus menuju ke ruang makan dan melihat semua keluarga aku kecuali mama aku sudah pun berada di ruang makan dan mereka sedang menunggu aku untuk makan bersama.
" Hah! Turun pun " terkejut aku apabila mama aku menerjah aku sebegitu. Dari mana entah mama aku muncul.
" Lambatlah abang ni. Kita semua dah tunggu abang untuk makan sekali " ujar adik perempuan aku yang bongsu bernama Tengku Aaisya Mawardah.
" Entahnya kau. Dia boleh pulak berjalan macam kura- kura " sambung adik lelaki aku yang tengah bernama Tengku Muhammad Wafdan Aryan Zariff yang bersetuju dengan kata-kata Aaisya.
" Eleh engkau! Aku turun paling lambat pun 5 minit je tau. Kau? Punya lah orang tunggu 15 minit tapi tak turun-turun pun. Aku lah yang jadi bibik kau semata-mata nak gerakkan kau bangun bagai. Kalau bukan aku, mesti si Aaisya. Antara kami dua ja " aku membebel pada Wafdan.
Dia terus terdiam sebab dia tahu apa yang aku cakap tu betul. Aku pun duduk dan kami semua terus membaca doa makan sebelum menjamu selera. Aku mengambil lauk dan meletakkannya di dalam pinggan aku yang ada nasi.
Kami sekeluarga pun makan dalam keadaan senyap tanpa membuat sebarang suara.
Selesai makan, kami menolong makcik Saleha. Makcik Saleha bekerja sebagai orang gaji dan isteri kepada pakcik Saleh yang bekerja disini sebagai pemandu peribadi kepada papa aku yang bernama Tengku Muhammad Wildan Adwa Zariff selama 6 tahun. Walaupun mereka orang gaji, kami sekeluarga dah menganggap mereka seperti keluarga kami juga.
Selesai menolong mengemas meja makan, makcik Saleha menghulurkan aku satu cawan air teh panas. Aku menghirup air teh yang makcik Saleha bagi tadi. ' Sedap! Tapi lagi sedap kalau Arisha yang buatkan ' aku berkata dalam hati aku sambil melamun memikirkan tentang Arisha. Air yang Arisha bancuh tadi sewaktu dekat pejabat tu sedap juga. Pandai dia bancuh.
Bila aku fikirkan dia, mesti aku akan rasa nak jumpa dia lagi dan rasa nak sentuh dia juga tapi kami masih belum halal. Nak bermanja dengan dia pun masih belum halal lagi. Huh! It seems that I have to get close to her and catch her heart to make her mine forever.
Aku rasa aku kena cari cara untuk dekatkan diri aku dengan dia supaya dia selesa dengan aku. Setelah itu, aku rancang nak invite dia pergi candlelight dinner untuk makan malam bersama dan waktu tu lah aku akan melamar dia. Aku harap dia terima lamaran aku nanti.
- huhuhu dah lama tak update next chapter ni. Rindu pulak dengan cerita sendiri. Btw, vote la sekali bila baca. Rindu la dengan readers saya ❤️. Jangan lupa comment sekali tau.
YOU ARE READING
𝖳𝖾𝗇𝗀𝗄𝗎 𝖶𝖺𝗅𝖽𝖺𝗇 : 𝖧𝗂𝗌 𝖥𝗂𝗋𝗌𝗍 𝖫𝗈𝗏𝖾 ( Hiatus )
Romanceఌ︎ 𝑴𝒚 𝒔𝒆𝒄𝒐𝒏𝒅 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 ఌ︎ Tengku Muhammad Waldan Ardean Zariff Bin Tengku Muhammad Wildan Adwa Zariff adalah seorang jejaka yang sangat tampan dan banyak gadis yang tergila-gilakan dirinya tetapi dia tidak tertarik kerana dia tahu bahawa...