𝖢𝗁𝖺𝗉𝗍𝖾𝗋 5

78 14 10
                                    

        𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒲𝒶𝓁𝒹𝒶𝓃 x 𝒯ℯ𝓃𝓰𝓀𝓊 𝒜𝓇𝒾𝓈𝒽𝒶

Aku bersandar di dinding dapur dengan air teh yang masih berada di tangan aku sambil berangan yang Arisha sudah menjadi milik aku sepenuhnya. Sedang aku tengah berangan, tetiba ada satu suara yang menyedarkan aku dari lamunan aku tadi.

" Hah! Tengah berangan apa tu! " ujar Aaisya yang berada di samping aku bersama satu cawan di tangannya. Mesti air favourite dia iaitu Oren sunquick. Eh tapi sejak bila dia ni ada dekat sebelah aku eh? Aku baru teringat yang aku tengah berangan tadi jadi manalah nak perasan yang dia ada dekat sebelah aku.

" Adalah yang kau nak menyibuk ni apasal! " Suka sangat menyibuk dia ni. Geram pulak aku dengan dia. Kejap lagi mesti tanya banyak soalan dekat aku hah. Kang kalau aku cerita ni mesti heboh satu rumah disebabkan dia. She's so annoying you know.

" Mesti tengah berangan pasal perempuan ka tu? Siapa orangnya? Cantik ke perempuan tu? " tanya Aaisya dengan soalan bertubi- Tubi kepada aku. Si Aaisya ni dia suka sungguh tanya banyak soalan. Hah! Kan aku dah cakap tadi mesti dia akan tanya banyak soalan.

" Tak adalah. Saja ja tanya lagipun Aaisya kan adik abang jadi cerita je lah masalah abang tu pada adik " jawab Aaisya kepada pertanyaan aku.

" Tak ada apa pun. Dah la aku naik atas dulu " aku berkata pada Aaisya.

" Eh abang! Esok petang teman aku pergi mall boleh? " Aaisya bertanya kepada aku.

" Erm. Tengoklah esok macam mana " aku berkata kepada Aaisya.

Selepas itu, aku pun masuk ke dalam lif. Sampai sahaja di atas, aku terus ke kamar aku untuk tidur.


~•❤︎•~

𝖠𝗋𝗂𝗌𝗁𝖺 𝖯𝖮𝖵


Aku terbangun dari lena aku kerana jam aku berbunyi. Sekarang pukul 6:15 pagi. Aku pun terus bangun dan berjalan untuk mengambil tuala. Aku terus masuk ke dalam kamar mandi. Usai mandi, aku mengambil wuduk dan solat subuh. Kemudian baru lah aku bersiap-siap untuk ke office. Sebelum ke office, aku menyembur minyak wangi Chanel Coco Mademoiselle pada diri aku. Hmm, wangi.

Setelah selesai, aku pun turun ke bawah untuk breakfast dahulu sebelum ke tempat kerja. Sampai sahaja di dapur, aku melihat mummy aku sudah pun bertungkus lumus di dapur untuk membuat makanan.

" Mummy tengah masak apa tu? " aku bertanya kepada mummy.

" Mummy tengah masak nasi goreng " jawab mummy aku kembali.

" Meh sini kakak tolong mummy masak " aku ingin menolong mummy aku kerana aku tidak mahu mummy aku penat. Aku ingin meringankan beban mummy dengan menolongnya.
Oh ya, lupa nak beritahu. Walaupun aku anak ketiga, mommy panggil aku kakak ya. Aku kan ada 4 beradik.

" Okay. Kakak tolong potong bawang dan sayur untuk mummy. Mummy tinggal nak potong bawang dengan sayur je lepastu dah boleh goreng " mummy berkata pada aku.

" Okay mummy " aku membalas kembali. Aku pun pergi ke arah peti sejuk untuk mengambil sayur dan kemudian pergi pula ke arah almari untuk mengambil bawang. Setelah mengambil bahan yang diperlukan, aku pun memotong bawang dan sayur. Dalam berapa minit, aku pun siap potong semuanya.

" Mummy. Kakak dah siap potong bawang dengan sayur " aku memberitahu mummy.

" Okay, baiklah kakak " mummy pun terus goreng nasi. Hampir setengah jam, akhirnya nasi goreng pun siap dimasak dan di hidang ke atas meja makan. Sewaktu aku tengah membancuh air kopi, aku dah nampak daddy, adik dan abang-abang aku turun dari lif. Baru bersiap lah tu. Siap membancuh air kopi, aku melihat jam tangan aku dan tertera pukul 7:15 pagi. aku pun meletakkannya di atas meja makan dan menuangkan ke dalam semua gelas untuk family aku. Masing-masing dah duduk dekat kerusi sendiri untuk makan bersama.

" Haih dik, bangun awal kau " kata abang sulung aku yang bernama Tengku Aqeel Fahmi.

" Entah kau dik. Padahal awal lagi kau nak pergi kerja pun " kata abang ngah aku pula yang bernama Tengku Adlan Fawwaz.

" Awal apanya along, angah. Kau tak tengok jam ka sekarang dah pukul berapa? " Aku bertanya kepada along dengan angah aku pula. Sesedap hati dia ja kata awal lagi. Tak sedar ka sekarang pukul berapa. Pukul 8 pagi aku dah start masuk office dah. Mana nak sampai syarikat pun ambil masa dalam 20 minit dari mansion ke syarikat.

" Oh, sekarang ni pukul 7: 17 pagi. Lupa pulak along yang adik kerja dekat syarikat orang " kata along aku. Mentang-mentang CEO dekat syarikat sendiri, boleh pula dia lupakan kita ya. Senang betul ya jadi CEO ni, bila-bila masa ja boleh masuk office, kadang tak masuk pun tak ada masalah.

Habis sahaja kami makan, aku dan abang-abang aku menyalam tangan mummy dan daddy. Selepas bersalam, kami terus pergi ke tempat kerja masing- masing. Sesampai sahaja di lobi aku pun menuju ke arah lif untuk ke pejabat aku. Masuk sahaja ke dalam pejabat aku, aku terlihat ada bunga rose di atas meja kerja aku.

' Haih, siapa pulak yang bagi bunga ni ' aku berkata di dalam hati.

Aku pun terus pergi ke arah meja kerja aku untuk melihat bunga rose tersebut. Ada 9 kuntum bunga rose merah dan satu kad wish yang tertulis.

ℐ 𝒽ℴ𝓅ℯ 𝓎ℴ𝓊'𝓁𝓁 𝓁𝒾𝓀ℯ 𝒾𝓉 𝓂𝓎 𝓂ℴ𝓃 𝒶𝓂ℴ𝓊𝓇. ℋ𝒶𝓋ℯ 𝒶 𝓃𝒾𝒸ℯ 𝒹𝒶𝓎, ℳ𝓎 ℒℴ𝓋ℯ.

From : 𝑌𝑜𝑢𝑟 𝑠𝑒𝑐𝑟𝑒𝑡 𝑎𝑑𝑚𝑖𝑟𝑒𝑟, 𝑀𝑟. 𝐴

Siapa pulak Mr. A ni. Dah la tak kenal tetiba bagi bunga pulak. Tapi bunga rose ni wangi. Aku menghidu bunga rose tadi dan berbau perfume Creed Aventus. Aku suka bunga rose merah ni. My favourite flower lah katakan.

Aku pun meletakkan bunga rose tadi ke dalam satu pasu bunga kecil yang berisi air paip dan meletakkan di sebelah aku. Harum semerbak office aku dengan perfume Creed Aventus dekat bunga tadi.

Setelah itu, aku pun membuka laptop aku untuk membuat kerja aku. Dalam beberapa jam aku mengerjakan kerja aku. Tiba-tiba iPhone aku berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Aku pun menolak butang hijau untuk mengangkat panggilan tersebut. Panggilan daripada sahabat aku iaitu Fahira. Nama penuhnya ialah Nur Fahira Amanda binti Muhammad Fahim Arsyad.

On call..

" Weyh Flora, kau ada dekat mana sekarang ni? " tanya Fahira kepada aku.

" Aku ada dekat syarikat lagi ni " aku berkata kepada Fahira.

" Kau taknak turun makan lagi ka? Aku dah lapar ni. Ingat nak ajak kau makan sekali " kata Fahira. Aik awal lagi nak makan lunch.

" Aik, awal betul kau nak ajak makan lunch pun " aku berkata kepada Fariha.

" Awal kau kata. Kau tak tengok jam ka? Sekarang dah pukul 12:15 tengah hari tau " Fariha marah pada aku. Aku tahu Fariha sedang marah pada aku. Dengar nada intonasi dia pun aku dah tahu. Bila dia cakap yang sekarang pukul 12:15 tengah hari, aku pun menjauhkan iPhone aku dari telinga dan melihat jam di handphone aku. Oh! Sekarang dah pukul 12:15 rupanya.

" Betul cakap kau. Sekarang ni nak makan dekat mana? Kejap lagi bagi aku location " Aku bertanya pada Fariha. Dia ni kalau bab pilih tempat makan ni, dia lah yang laju bagi suggestion.

Aku pun terus tutup call sambil mengemas barang. Selesai kemas, aku pun pergi ke arah lif untuk ke lobi. Sampai sahaja ke lobi, aku terus pergi ke arah kereta aku. Tiba sahaja di kereta, handphone aku berbunyi menandakan satu notification telah masuk.

Aku pun membuka chat Fariha. Fariha bagi location kedai makan pada aku. Aku pun membuka location tersebut dan hidupkan enjin kereta. Dalam beberapa minit, aku pun sampai dekat satu kedai makan yang Fariha bagi location tadi. Rupanya Fariha dah sampai dulu dari aku dan dia sedang tunggu aku di meja makan.

- Sambil baca tu jangan lupa vote dan comment sekali. Saya dah penat fikir jalan cerita ni. Sakit kepala dah saya. 10 vote baru saya unlocked next chapter 💕

𝖳𝖾𝗇𝗀𝗄𝗎 𝖶𝖺𝗅𝖽𝖺𝗇 : 𝖧𝗂𝗌 𝖥𝗂𝗋𝗌𝗍 𝖫𝗈𝗏𝖾  ( Hiatus )Where stories live. Discover now