Chapter 3 - Kuih Lapis

72 11 0
                                    

"Cah Kak Ain kata kuih lapis yang kau bagi hari tu sedap" What?? Aku macam tak percaya ap yang Ell cakap ni.

"Seriuslah dia suka?" Rasa macam nak terbang dah ni.

"Ya."

"Kau tak tipukan Ell? Dia memang suka eh? Dia cakap kat kau?"

"Yelah.. hehehehe...kau perasan tak kau tanya macam tak percaya cakap aku." Ell tergelak tengok aku soalan macam tu.

"Yelah....kau cerita tak detail. Kau patut cakap macam mana dia bagitahu kau. Bila.. Kat mana...Masa tu kau buat apa... Siapa lagi yang dengar.. Hah macam tu. Bukannya cakap pendek-pendek."

"Amboi....lain kali aku tak nak cerita kat kau."

"Eh janganlah.... Kau ni tak sayang aku lah Ell. Kau patut sayang anak yatim piatu."

"Kau kan ada mama dengan papa. Tang mana kau yatim piatu?" Ell kerutkan dahi.

"Memanglah bukan. Aku cakap je kau kena sayang anak yatim piatu" Aku tak nak kawan dengan Ell. Aku merajuk dengan dia.

"Mengada. Cah aku nak tanya kau, macam mana kau terjebak dengan hoki? Aku tengok kau macam tak minat pun. Tiap kali ada latihan kau merungut je." Aku masih fikirkan apa yang Ell cakap tadi. Kak Ain suka kuih lapis yang aku bagi. Kau kena belajar buat sendiri. Baru boleh bagi dia makan lagi. I want to get noticed.

"Wey...aku tanya ni. Kau sengih-sengih kenapa?" Ell ketuk lembut tangan aku dengan pensil yang dia tengah pegang.

"Hah?? Kau tanya apa tadi? Lagipun mana boleh aku jawab soalan kau. Aku kan tengah merajuk." Duhai Kak Ain berhentilah menghuni fikiran aku. Buka mata je ingat dia. Kenapalah dia sangat comel.

"Malas aku nak layan kau." Ell sambung buat homework dia.

Biasanya ada prep malam selepas isyak. Semua akan berkumpul dan buat kerja sekolah, study. Walau sekolah sukan tak bermakna kita sentiasa dengan sukan. Kalau gred kita tak berapa bagus, ada kemungkinan kita akan hilang tempat dalam pasukan. Maknanya bukan kena buang, cuma berlatih dengan pasukan kedua.

Lepas naik ke dorm masin-masing buat hal masing-masing. Aku ni ada satu habit. Bila mana aku susah nak tidur, aku keluarkan journal aku. Aku tulis apa yang terjadi hari ni. Kadang membantu juga. Sebab bila aku terlupa apa-apa, aku boleh rujuk balik. Kadang rasa macam bodohnya aku tulis benda ni.

Yati a.k.a Yat ahli gimanastik, menyanyi kat sebelah. Kalau perlahan takpe. Ini dia buat macam dorm ni takde penghuni lain.

nagareru hoshitachi doko ni mukau?
mata negai kanaenagara kurasu
juryoku mi ni tsuketa mama utau
sutaa hatachi ga atsumatta sutajio

okane kasegu orera wa sutaa
okane kasegu watashi wa sutaa
sutaa, sutaa, sutaa, sutaa, kirakira

"Yat..... suara kau memang sedap. Tapi lagi sedap kalau kau diam." Kak Linda membebel. Yat tergelak kecil.

"Janganlah cakap macam tu kak. Akak tak jaga hati Yat tau. Yat... bakat terpendam kau ni memang patut dipendam" Ifah pula menyampuk. Kami semua tergelak. Memang agak happning hidup kat hostel ni. Tak rugi mama dengan papa hantar aku kat sini. Dan memang takde apa-apa aktiviti yang menyakitkan hati. Maksud aku macam buli apa semua takde. Setakat kena marah dengan senior tu adalah.

"Wey korang ni pernah tak jumpa hantu?" Semua mata pandang ke arah Kak Linda. Kak Linda ni senior kitorang. Dia form 5. Dia dah kat hostel ni sejak form 1. Dia tahu semua selok belok. Kak Linda jenis peramah. Minta tolong apa pun dia akan tolong. Cuma kaki escape. Tahu-tahu menghilang macam tu je. Dan sangat rapat dengan geng-geng warden.

Kau Milik AkuWhere stories live. Discover now