Chapter 6 - Bila Tak Faham...

91 10 3
                                    

Hidup aku berjalan lancar. Dah makin rapat dengan Kak Ain a.k.a crush terhormat. Dia pun macam selesa kot dengan aku. Aku dah mula berani tegur dia. Tak takut atau segan macam sebelum ni. Aku semakin serius dalam latihan hoki. Sebab nak pindah ke skuad utama. Coach kata dah banyak peningkatan aku.

Asalnya aku dengan Kak Ain bercadang nak study hari Khamis je. Tapi sekarang dah boleh kata hari-hari kami lepak sama-sama. Kawan-kawan dia pun layan aku elok je. Sekarang kalau aku ke dorm dia takde Ell pun aku akan lepak dengan dia.

"Cah.... minggu depan tak dapat nak study tau. Ada tournament hoki. Piala TNB. Seminggu lah kena hadpa tournament." Kak Ain beritahu aku. Dia tak payah beritahu pun. Tapi sweetnya dia bagitahu aku. Sekejap pun aku dah rindu kat dia, ni kan seminggu. Macam manalah aku nak hadap. Tapi aku kena coverlah kan. Jangan tunjuk sangat aku ni crush kat dia.

"Okey kak. No problem. Good luck tau." Aku senyum dan beri isyarat thumbs up kat dia. Tournament tu lebih penting dari aku ke? Aku tanya dalam hati jelah. Lagipun dia dengan aku takde apa-apa kot. Kak Leen datang duduk sebelah Kak Ain. Dia terus peluk pinggang Kak Ain dan sandar kat bahu dia.

Tetiba mood aku terus berubah. Dari mood elok bertukar alam ke mood terajang orang. Sakit hati pula tengok Kak Leen peluk dia macam tu. Rasa nak sepak je. Tapi aku faham dorang bestie. Jadi benda macam ni normal je. Cuma aku yang cemburu buta.

"Kak...... Ecah balik ya."

"Aik...cepatnya. Biasa selagi tak ngantuk kau tak balik"

"Sakit kepala lah." Aku beri alasan. Sebenarnya aku tak boleh tengok dia rapat macam ni dengan Kak Leen. Rasa sakit hati bercampur cemburu. Ya, aku tahu dorang memang kawan baik. Tapi faham jelah seketul Amira Aisyah yang kuat cemburu.

"Tadi elok je. Kau demam ke?" Kak Ain terus bangun dan letak tangan kata dahi aku. Waktu dia sentuh dahi aku, terasa macam fly ke moon. Lembutnya tangan dia. Wanginya dia ni. Dah la diri dekat nak mampus. Boleh lentuk aku.

Dia alihkan tangan dia. Aku masih lagi melayang. Sakit hati, cemburu semuanya macam hilang kejap. Aku tersenyum sendiri.

"Dah kenapa senyum macam ikhlan colgate?" Aku geleng kepala. Aku salam dan cium tangan dia sebelum keluar dari situ. Aku bukan apa, bila dia buat macam tu depan Kak Leen, aku rasa semacam balas dendam begitu.

Minggu ni tanpa Kak Ain. Dia dipilih untuk tournament piala TNB. Aku pula masih berlatih dengan pasukan kedua. Kiranya macam pasukan simpanan. Lepas tamat latihan kadang aku ke indoor tengok sukan lain. Aku ni kategori peminat je kot bukan sebagai pemain. Tapi entah kenapa aku kat sini. Tapi satu hal yang aku suka kat sini sebab ada Kak Ain.

Aku tengok latihan bola tampar. Seronok tengok dorang berlatih. Kejar-kejar mata. Memang padu belaka. Yat duduk sebelah aku sambil makan kacang goreng yang dia beli kat kantin. Aku tak suka sangat makan kacang. Takut jerawat.

"Cah kau bayangkan eh. Kak Hana ni kan ketua pelajar. Kau imagine kita buat hal. Macam buat something yang teruk. Tehn Kak Hana nampak. Dia tampar kita dengan tangan dia tu. Agak-agak kau lah kan, kita pengsan tak Cah?" Soalan Yat ni buat aku tergelak.

"Kau dah kenapa Yat? Teringin makan penampar Kak Hana? Kau tak nampak ke cara dia smash bola tu. Boleh kena sawan terus Yat." Memang padu teruk dorang ni. Kak Hana ni dengan ketinggian dia. Dengan muka serius masa latihan.

"Tapi aku pelik Cah. Kenapa akak-akak ni power teruk? Kau tengok sendiri Kak Hana, Kak Leen ni. Cara dorang berlatih. Kalau kat hoki Kak Ain. Power gila. Macam mana kita nak setanding dorang ni" Soalan yang bagus dari Yat tapi aku takde jawapan. Bila dia sebut pasal Kak Ain, rasa rindu pula. Dah 3 hari tak jumpa dia. Khabarnya dorang perform baik kat sana.

Kau Milik AkuWhere stories live. Discover now