Explosions booming.
Rumbling.
Bunyi air menyapa perlahan. Getaran halus di permukaan. Nafas ditahan selama mungkin. Di dalam air, mata ligat memerhati pengganas yang mula mendekati kolam. Derap kaki yang mula mendekati, dikira dalam hati.
Tatkala melihat bayangan seseorang sedang menangguk air, sepantas kilat tangannya menarik kolar baju si lelaki lalu diselam ke dalam air.
Dum! Dum!
Saat yang sama, tembakan dilepaskan pada arah kanan, di mana seorang lagi pengganas sedang bersiap siaga menjaga kawasan perimeter. Yakin situasi clear, perlahan-lahan dia timbul ke permukaan air dengan mata meliar ke kiri dan kanan. Raifal sentiasa dalam keadaan bersedia untuk melepaskan tembakan.
"Clear.." ujar dia perlahan.
Serentak itu, empat orang lelaki timbul di permukaan air bersama raifal masing-masing. Isyarat tangan dilepaskan supaya mereka keluar daripada kolam itu dan menuju ke tingkat atas.
Dalam posisi bersiap siaga, masing-masing focus dan menjaga antara satu sama lain.
Freeze!
Tangan kanan di angkat, memberi isyarat supaya semua orang berhenti tatkala ada bunyi derap kaki di tingkat atas.
Sesaat berlalu, isyarat tangan dilepaskan. Mereka mula mendaki tangga penuh hati-hati. Manakala dia pula, berdiri di sisi tangga sambil memerhati keadaan sekeliling. Bila semua orang selamat di atas, barulah dia mendaki.
Keadaan diperhati tanpa hilang focus. Anak mata meliar ke setiap genap ruang yang hanya diterangi cahaya malap lampu serta bulan.
Isyarat tangan diberikan lagi agar mereka 'move forward' dan mencari di mana para tebusan diletakkan.
Pap! Pap!
Kriuk!
Bunyi derap tapak kaki serta pintu dibuka. Automatic mereka bersembunyi rapat ke dinding. Meniarap ke bawah. Manakala, Joe yang hampir dengan pintu, sepantas kilat memaut leher musuh lalu..
Krak!
Dipatahkan seperti ayam. Tanpa belas kasihan. Tanpa simpati. Kerana mereka diajar untuk tidak mempunyai sebarang belas simpati terhadap musuh.
"Empat orang lelaki bersenjata dengan seorang tebusan." Zulu bersuara perlahan. Memberi maklumat pada yang lain. Meminta mereka bersedia dengan apa jua keadaan pun.
"Cover me." Joe bersuara.
"Got your back," balas Ram perlahan.
"Remember, asset must be sound and safe!" Arahan tegas dari Zulu.
Jemari naik ke udara, memberi isyarat supaya Joe dan Ram mengambil tempat di muka pintu. Manakala, Akif dan Ziman bersiap sedia untuk menyerang. Bila semuanya dah bersiap sedia, nafas dihela panjang.
Joe dan Ram menunggu arahan seterusnya.
"Asset is our priority." Dia ingatkan lagi. Arahan yang mereka terima pagi tadi, adalah untuk menyelamatkan 'aset' walau apapun berlaku.
"Keluar dengan bernyawa!" Tegas dia lagi.
Semua orang mengangguk faham. Mereka memerhati keadaan dalam bilik tersebut. Joe cepat-cepat bagi isyarat bila salah satu pengganas menuju ke arah mereka.
Spontan Ram duduk berlutut dekat bawah.
Pintu di buka, Joe sekali lagi menyambar ke arah pengganas lalu dipaut ke kiri. Ram serta yang lain berguling masuk ke dalam bilik dengan beberapa tembakan dilepaskan.
YOU ARE READING
KAPTEN ZULU AMRI
Romance"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapten Zulu Amri. "Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu." - Iris Sakura Tak p...