Semua orang terkejut terima tetamu tak diundang tetapi penting. Kelam kabut semua orang bila dia cakap, keluarga Zulu akan bertandang ke rumah. Kak Mila dah cerlung mata padanya. Ayah pandang dia sini. Abang Zakir pula, dah merengus perlahan, namun masih control wajah.
Kak Ayu? Dah panggil dia masuk ke dapur. Perlahan, Iris bingkas bangun dan menuju ke dapur. Sebaik saja kaki melangkah masuk, lengannya terus ditampar oleh Kak Mila yang turut membuntuti langkahnya.
"Kenapa kau tak cakap keluarga dia nak datang harini? Bodohnya!" Marah Kak Mila.
Iris ketap bibir.
"Iris tak tahu, kak. Tiba-tiba je dia datang."
"Kau ni bengap sungguh! Atleast bagitahulah awal sikit. Bolehlah aku masak. Ni, apa pun takde nak hidang."
"Dia memang bodoh, kak. Sepatutnya, lelaki kacak macam tu, kahwin dengan aku. Bukannya dengan kau. Sayang sangat ayah dengan kau." Kak Ayu mencebik.
Iris diam. Nak je dia jawab, kalau nak sangat, kahwinlah! Dia pun tak hinginlah.
"Eleh, ada hati. Kalau rupa kau lawa macam Iris, bolehlah. Ini muka macam bontot kuali, ada hati nak jadi isteri Kapten Zulu Amri."
"Sekurang-kurangnya, aku tak bodoh macam dia, kak." Ayu mendengus. Dia bawa air teh panas ke ruang tamu. Melebar senyuman dia bila mana mata bertaut pandang dengan lelaki kacak depan mata.
Walaupun pakaian santai je, namun aura lelaki itu jelas ketara menyentuh naluri perempuannya.
"Jemput minum," lembut suaranya. Sengaja dia tunduk lebih sikit bila berdepan dengan si lelaki. Sengaja tayang lurahnya.
Sekilas, Zulu pandang ke tempat lain. Terseksa tengok lurah yang tak berapa nak ada.
"Maaf kalau kehadiran kami secara tiba-tiba macam ni, encik." Puan Zaiton mula bersuara. Terkejut beruk dia dengan Zulu.
Tiba-tiba suruh masuk meminang. Barang-barang pun dia tak bawak. Hanya bawak cincin sahaja.
"Eh, tak apa. Cuma, tulah.. tak sempat nak sediakan makanan. Saya baru je nak keluar beli barang dapur."
"Eh, tak payah susah-susah. Kehadiran saya harini pun, nak bincang sedikit pasal Iris dengan Zulu."
"Kenapa tu, puan? Ada apa-apa masalah ke?" Pak Haron dah mengerling pada anak di sebelah.
"Anak saya ada buat apa-apa salah ke?"
"Eh-tak-tak. Bukan pasal tu. Kedatangan kami pada harini, nak berbincang lebih lanjut tentang perkahwinan mereka. Memandangkan anak saya tak punya masa banyak kerana kerja, jadi kami nak percepatkan perbincangan."
"Dan juga perkahwinan." Sampuk Zulu tiba-tiba.
Puan Zaiton dah ketap bibir. Dia bagi signal mata suruh Zulu diam. Malangnya, si anak langsung tak mengendahkan arahan dia.
"Macam ni, pakcik. Saya terikat dengan tanggungjawab saya. Waktu kerja saya tak menentu. Jadi kalau boleh, saya nak percepatkan pernikahan kami. Kalau boleh, bulan ni."
Uhuk-uhuk!
Semua orang terbatuk dengar ayat Zulu. Saling berpandangan sesama sendiri. Iris pula, dan mencerlung tajam pada Zulu. Apa yang tak sabar sangat ni? Bulan ni maksudnya, lagi tiga minggu?
"Segala persiapan, pakcik jangan risau. Pihak kami yang akan uruskan. Cuma sekarang ni, saya perlukan persetujuan encik sahaja."
Puan Zaiton sengih kelat. Jemari dah cubit paha si anak. Namun, Zulu ambil tangan dia dan genggam erat.
"Saya tahu, keputusan saya ni buat semua orang pelik. Tapi, saya takde masa. Kalau encik setuju, kita bincang pasal hantaran. Berapa hantaran Iris Sakura?"
YOU ARE READING
KAPTEN ZULU AMRI
Romance"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapten Zulu Amri. "Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu." - Iris Sakura Tak p...