Dalam cuba menenangkan diri, ada jemari nakal sedang menyelak rambutnya. Dikumpulkan semuanya ke bahagian kanan lalu satu ciuman hangat berlabuh pada bahunya. Seperti ikut turutan, satu dua tiga dan berakhir pada leher.
Spontan mata Iris terpejam rapat. Bulu roma berdiri tegak. Seakan menikmati perasaan itu. Pelik! Dia tak melenting ataupun menghalang.
"Organ mana yang kau nak aku potong dulu? Atau kau nak aku toreh muka Kak Mila?" Bisik Zulu perlahan.
Automatic Iris celik mata seraya ketawa kecil. Extreme betul fikiran Zulu.
"Tak pasal you jadi pembunuh,"
"Untuk kau semuanya aku sanggup," bisik dia lagi.
"They are not worth it. So, just let it go," balas Iris pula. Entah kenapa, suara dia juga ikut berhalus. Sama dengan Zulu.
Seolah-olah mereka sama-sama menggoda.
"Are you sure?" Suara serak basah itu menyapa lagi. Tapi, sekali dengan pakej ciuman berlabuh di batang leher.
Sekali lagi, iman Iris diuji. Mata terpejam rapat, tangan mengepal penumbuk. Dada dihempas debaran maha hebat. Liur ditelan kesat.
"Hmmm.." dan tak sengaja, Iris menggumam perlahan. Cara itu, semakin buat Zulu terpanah rasa 'ingin'.
Perlahan, tubuh Iris dipusing lalu dia tarik merapat. Dada mereka bersatu. Degupan jantung saling berlawanan. Iris mendongak ke atas, membalas renungan Zulu. Perit liur yang ditelan dalam posisi seperti itu.
Saling merenung, tangan kekar Zulu menyentuh pipinya, lalu diselit diantara rambut serta telinga. Hangatnya jemari Zulu, buat dia tak keruan. Jantung dekat dalam, dah tak senang duduk. Apatah lagi, jarak mereka sekarang hanyalah seinci.
"Your eyes..." jeda Zulu dan rapatkan wajah.
"Seem familiar,"
Saling merenung. Lama mereka bertatapan tanpa sebutir suara. Saat ke saat, wajah semakin hampir. Pucuk hidung Zulu bertemu dengan pucuk hidungnya. Nafas hangat menampar wajah masing-masing.
Automatik Iris menggengam tangan sekuat yang mungkin. Dia tahan nafas. Dahlah kekurangan oksigen. Nafas pula ditahan. Mahu pengsan dia sekejap lagi.
"You can breath," suruh Zulu.
Mungkin encik suami dah nampak dia tengah tahan nafas.
"Or, I can help you with CPR." Sejurus ayat itu terluah, bibirnya diragut lembut oleh Zulu. Dan sekelip mata, tubuhnya terangkat dari lantai. Zulu dukung, bawa ke pintu bilik, di mana suis lampu tergantung di situ.
Pap!
Sekelip mata bilik terang benderang jadi gelap. Hanya diterangi cahaya dari lampu jalan serta sinaran bulan.
Dan Zulu masih membantu dia dengan CPR. Tubuh rapat ke dinding. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas.
Tak cukup nafas, dan terlebih oksigen bercampur menjadi satu. Nafas mereka jugak berubah dari semasa ke semasa.
Buat pertama kalinya, Iris rasa selamat walaupun mereka masih lagi di fasa perkenalan. Berada di sisi Zulu, perasaan tenang dan aman, melebihi segala perasaan takut. Mungkin sebab dia seorang askar.
Jadi, Iris berani letak segala kepercayaannya terhadap Zulu.
YOU ARE READING
KAPTEN ZULU AMRI
Romans"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapten Zulu Amri. "Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu." - Iris Sakura Tak p...