"Assalamualaikum!" Adha memberi salam. Dia mencari kelibat opahnya namun tiada.
"Mana opah, abang?" Diya menyoal. Matanya turut mencari kelibat wanita tua itu.
"Opah! Opah!" Aaryana pula menjerit memanggil. Kaki melangkah menuju ke dapur pula.
"Assalamualaikum!" Aaryana memberi salam dengan suara yang agak kuat.
"Waalaikumsalam!" Opah Minah muncul dari arah kebun yang terletak di belakang rumah.
"Opah!" Aaryana berlari mendekati opahnya dan memeluk wanita tua itu.
"Alah-alah! Macam lama sangat tak jumpa gayanya!"
Opah Minah mengerutkan wajah apabila dicium bertalu-talu oleh Aaryana sebelum bibir mengukir senyum.
"Opah sihat?" Giliran Diya pula mencium segenap wajah tua itu.
"Sihat, Diya. Diya sihat? Dah berapa bulan ni?" Opah Minah menyoal.
"Enam bulan, opah," jawab Adha. Dia mencium punggung tangan Opah Minah.
"Adha sihat?" Opah Minah menyoal lagi.
"Sihat, opah! Penat sikit. Kita orang datang sini nak menyibuk kat rumah opah. Diya teringin nak makan opah masak. Boleh ke, opah?" Sopan Adha bertanya.
"Eh! Kenapa pula tak boleh? Opah lagilah suka kalau anak cucu balik berkumpul ramai-ramai. Tak adalah sunyi rumah ni. Mari masuk!"
"Assalamualaikum!"
Baru sahaja kaki hendak melangkah, terdengar suara seseorang memberi salam.
"Waalaikumsalam. Ha, Zafirah!"
Opah Minah menegur apabila melihat kelibat anaknya keluar daripada perut kereta. Tidak lama kemudian, cucunya pula keluar, Qaisarah.
"Apa khabar, mak?" Zafirah memeluk tubuh tua itu.
"Mak sihat," jawab Opah Minah sebelum tangannya dikucup oleh Qaisarah.
"Ada juga minah senget ni."
Aaryana menggumam perlahan, namun didengari oleh Diya. Dia tersenyum kepada Qaisarah namun hanya jelingan yang dibalas oleh gadis itu. Diya tidak menghiraukan hal tersebut. Dia dipimpin oleh sang suami masuk ke dalam rumah.
* * * * *
"Abang Ad, cuti ke?" Qaisarah menyoal dengan suara yang sengaja dikepitkan.
"Hm," sepatah Adha menjawab. Tangannya sedang sibuk mengopek kulit udang sebelum disuap ke dalam mulut Diya.
"Sedapnya opah masak! Terima kasih opah masakkan untuk Diya!"
Riang suara Diya setelah dapat merasa masakan Opah Minah. Udang masak lemak yang dimasak khas untuknya kerana dia mengidam.
Qaisarah mencebik. Dari tadi matanya berbulu melihat Adha yang melayan Diya seperti tuan puteri. Makan bersuap macam orang tak ada tangan. Opahnya pula sama turut melayan kerenah wanita itu. Mengada-ngada! Dia mengutuk dalam hati.
"Makan, Diya. Nanti dalam pantang tak boleh makan udang. Gatal!" Opah Minah memberi nasihat.
"Opah, esok opah masak apa?" Aaryana menyampuk.
"Kamu ni, Yana! Hari ini baru makan tengahari, kamu dah tanya pasal esok pula! Esoklah baru opah fikir nak masak apa."
"Yana nak request opah masak daging air asam! Boleh tak, opah?" Aaryana menyoal.
"Yelah!"
Malas hendak melayan, Opah Minah hanya mengiyakan saja permintaan cucunya. Nanti dah balik, sunyi pula rumah ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/374631090-288-k844930.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...