Seri Dalam Canda Malam

171 5 0
                                    

Pada petang hari itu, Ira memutuskan untuk pergi ke rumah Sharrul. Dia merasa perlu berterima kasih kepada Sharrul kerana telah membantunya membawa Sara ke klinik malam sebelumnya. Setelah menyelesaikan beberapa tugas di rumah, Ira keluar dan berjalan menuju rumah Sharrul yang hanya beberapa pintu jauhnya. Setibanya di sana, dia mengetuk pintu perlahan.

Sharrul membuka pintu dengan senyuman, "Ira, ada apa datang ni?"

Ira tersenyum lembut, "Saya datang nak jemput awak makan malam kat rumah. Sebagai tanda terima kasih saya untuk bantuan awak malam tadi."

Sharrul cuba menolak dengan nada bergurau, "Alaa, tak payahlah susah-susah Ira. Saya tak nak menyusahkan awak, lagi pulak anak masih demam. Nanti kesian kena masak sambil sambil jaga diaorang."

Ira mengerutkan dahi, berpura-pura merajuk, "Habis tu, kalau awak tak datang, saya makan soranglah? Saya dah masak banyak ni, makanan hampir siap dimasak."

Melihat reaksi Ira, Sharrul tersenyum dan mengalah, "Baiklah, baiklah. Saya datang. Mana boleh tolak jemputan tuan rumah."

Ira tersenyum lebar, merasa puas hati. "Terima kasih, Sharrul. Saya tunggu kat rumah, ya?"

Sharrul mengangguk. "Nanti saya datang."


setelah pulang, Ira mandi dan menyiapkan diri. Ira mengenakan pakaian rumah yang sederhana. Dia memilih untuk memakai blaus longgar berwarna biru laut yang lembut, dipadankan dengan kain batik yang membalut pinggangnya dengan kemas. Blaus yang dikenakan oleh Ira cukup longgar, namun dengan potongan bahu yang sedikit turun, ia menonjolkan leher jenjangnya yang dibalut tudung labuh yang serasi dengan warna pakaiannya. Tudung yang dipilihnya malam itu berwarna krim dengan sedikit kilauan yang halus, menambah kelembutan pada wajahnya yang polos. Tudung tersebut menutup dengan sempurna, tetapi tetap menampakkan bentuk wajahnya yang tirus dan manis. Blaus yang longgar itu tidak terlalu ketat, tetapi tetap menonjolkan siluet tubuhnya yang ramping dan anggun. Meskipun penampilannya tetap menjaga batasan dan auratnya, pakaian Ira memancarkan kecantikan yang alami dan menawan, membuat siapa pun yang melihatnya merasa tertarik dan ingin lebih mengenali wanita yang sederhana namun mempesona ini.


Pada waktu malam, Sharrul pun tiba di rumah Ira. Dia mengetuk pintu dan Ira segera membukanya. "Masuklah, Sharrul. Duduk dulu. Saya nak siapkan hidang kejap."

"Okay, saya tunggu kat sini." Sharrul melangkah masuk ke ruang tamu dan melihat Sara yang masih terbaring di sofa. Wajah kecilnya tampak sedikit lebih baik, meskipun masih lemah. Adam pula nyenyak berada tidak jauh dari Sara (jarak selamat dari dijangkiti demam Sara).

Sharrul mendekati Sara dan duduk di sebelahnya. "Hai, Sara. Macam mana sekarang? Dah okay sikit?"

Sara membuka mata perlahan dan tersenyum kecil. "Uncle Sharrul... Sara rasa... okey sikit..."

Sharrul tersenyum dan mengusap kepala Sara dengan lembut. "Alhamdulillah. Sara kena kuat, ya. nanti cepat sihat."

Sementara itu, Ira muncul dari dapur. "Sharrul, mari makan. Dah siap dah ni."

Sharrul bangun dari sofa dan menuju ke meja makan, "Okay. Tapi saya rasa Sara ni makin okay, Ira. Awak dah jaga dia dengan baik."

Ira tersenyum sambil menyendukkan nasi ke pinggan Sharrul. "Terima kasih, Sharrul. Saya cuma buat apa yang saya mampu. Anak-anak keutamaan saya."

Mereka duduk di meja makan dan mula menikmati hidangan malam itu. Sejenak, mereka berdua diam menikmati makanan. Ira memasak lauk kegemaran Zaqwan malam ini, kari ayam dan sayur campur.

Setelah beberapa saat, Sharrul memecah kesunyian. "Hmm, Ira, sedap betul lauk ni."

Ira tersenyum, "Terima kasih, Sharrul. Saya cuma masak apa yang saya tahu je."

Anak Dagang Mengisi AdatWhere stories live. Discover now