"Nad, tunggu lah aku. Laju betul kau jalan kan. Tau lah cik abang tengah tunggu." bergegas Adlynna berlari mendapatkan temannya yang sudah jauh ke hadapan. Dengan senyuman melirik, Nadia membalas, "Kau tu yang terkedek kedek macam mak itik". Tambah Nadia lagi, "cepat skit, cik abang aku lama dah tunggu ". Nadia menjerit sambil menunggu Adlynna untuk beriring jalan dengannya. "Nad, sayang betul kau dekat Mike kan, kemana sahaja Mike pergi kau pon ikot sama sampai sanggup masuk course yang sama". Mike atau nama sebenar Mikhail adalah teman rapat Adlynna sejak kecil lagi, ibu bapa mereka berteman rapat, manakala Nadia pulak adalah teman rapat nya selepas mereka menjadi roomate sejak di sekolah asrama. Sudah seabad mereka bertiga berteman rapat. Mike dan Nad mula bercinta selepas Nadia meluahkan perasaan nya ketika mereka sedang ambil exam dengan mengugut Mike kalau Mike tak terima dia dia akan gagal dalam setiap exam. Bila dikenang balik, memang kelakar betul mereka berdua ni, kadang2 bergaduh kadang2 loving sangat ada masa sampai satu tahap dia sendiri tak lalu nak memandang sebab sweet nye kalah orang yang dah kawen.
"Kenapa lambat sangat ni, I dah lapar. Jom order dulu," arah Mike sebaik sahaja mereka melabuh kan bontot di kerusi. Seperti tahu apa yang patut dipesan, Mike laju je order makanan. Setelah selesai menjamah makanan, Mike melirik manja ke arah Nad. "Sayang kenyang tak? Nak apa-apa lagi tak? Kelas kita sampai petang ni," Lembut je suara Mike bertanya. Nadia hanya menggeleng sambil mengusap perut sambil bersandar menunjukkan dia kekenyangan. Mike tersenyum gembira. Nadia memang senang dijaga, kalau perut nya kenyang hati nya gembira. Tapi kalau tak cukup makan memang boleh meletus perang kedua.
"Mike, kau kata ada benda nak cakap tadi, gaya macam penting je," Adlynna bertanya sambil membetulkan lipstick nya. "Oh ya, aku lupa. next semester, cousin aku akan join course kita, dia lompat course. So, bertambah lah ahli kumpulan power rangers kita," selamba je Mike berkata sambil mengekek gelak. Nad dan Adlynna saling berpandangan. Cousin??? Cousin yang mana pulak, kenapa dia tak tahu sedangkan dia dan Mike sudah berkawan sejak kecil lagi. Mike sudah serupa abang nya sendiri yang sentiasa ada bersama dia. "Cousin yang mana weh, kenapa aku taktau kau ada cousin," soal Adlynna. "Alah cousin aku yang duduk merantau sana sini tu. Bapak dia tentera dan tak lama lagi nak pencen, so dorang pindah balik Malaysia, paling tepat pindah balik sebelah rumah aku", Mike ketawa lagi. Adlynna hanya menggangguk. Baru dia teringat. Ya, memang Mike pernah cerita dan pernah kenalkan padanya dulu, tapi cousin Mike tu memang terlalu sombong. Pernah jugak dia fikir cousin nya itu bisu. Macam mana lah agaknya rupa cousin Mike tu sekarang ya, agak2 handsome macam Mike ke ya, Adlynna memikir sendiri. Sejujurnya, dia mengaku yang Mike memang ada rupa paras yang handsome, ala ala turkeye guy gitu. Ciri ciri yang Mike ada lah tinggi, badan sado, mata cantik, rambut lurus dan sangat protective menjadi kan Mike kegilaan ramai siswazah sini termasuklah kawan baik nya, yang sememangnya pemenang hati Mike. Dalam hati Adlynna terfikir, adakaj cousin Mike jugak seperti Mike atau dia masih 'rude' cousin seperti dulu, seperti mana ketika mereka berjumpa buat kali pertama dulu.
YOU ARE READING
Yours Truly - it always be you
Romanceadlynna seorang gadis yg introvert. tak pernah suarakan apa yg dia rasa sehingga lah dia bertemu eidlan, cousin kepada kawan baik nya, Mikhail. ' Just keep your feeling to yourself Adlynna, i dont want to know coz im not responsible for what u feel...