Warning! Senjata dan Darah.
Bang!
Terdengar kuat bunyi tembakan bergema dari luar rumah agam Ariths Security. Pasti ada yang sedang berlatih mengendalikan senjata.
Ezra berjalan ke arah belakang rumah. Matanya memerhati Aleeq yang sedang berlatih di bawah terik matahari. Walaupun Aleeq tidak bekerja di bawah Ariths Security tetapi Aleeq dibenarkan untuk menggunakan fasiliti di sini. Dan itu termasuk semua senjata di bawah kendalian Ariths Security.
Rumah agam ini juga letakkan jauh di dalam hutan. Jadi tak ada masalah walaupum senjata bersahutan di sekitar rumah agam Ariths Security.
Zip jaket dibuka menampakkan baju putih tanpa lengannya. Dibuka jaket itu sebelum diletakkan di atas sebuah kerusi yang terdapat di belakang rumah. Sudahlah matahari terpacak di atas kepala, tak gila lagi dia nak biarkan tubuh dibaluti jaket sepanjang hari.
"Glock-45?" Soal Ezra seraya di berjalan ke arah Aleeq.
Pandangan Aleeq terus ke tepi. Ezra nampak lain. Terlalu lain sampaikan Aleeq saja jadi kaku. Tattoo di tubuh Ezra jelas kelihatan walaupun ditutup dengan baju putih. Belum lagi tattoo yang memenuhi tangan kanan Ezra. Mungkin sebab ini Ezra berpakaian bertutup sejak pulang daripada Sepanyol.
Ezra hulurkan tangan pada Aleeq meminta pistol.
Aleeq pula tanpa berfikir panjang menyelak baju Ezra tinggi. Matanya memerhati setiap coretan di tubuh Ezra.
"Sejak bila?" Gumam Aleeq tak percaya. Di abdomen kanan Ezra terdapat tattoo berbentuk ular yang menjalar sehingga ke lengan. Bukan cuma satu tetapi tiga ekor ular.
Ezra menepis tangan Aleeq. Bibir mendecit. Tak selesa sungguh bila tangan Aleeq menyentuh kulit tubuhnya. Ini kalau Aiman lihat, memang jatuh fitnah.
Bajunya dibetulkan kembali.
"Siapa paksa kau buat semua ni?" Tanyanya sambil memandang mata kehijauan Ezra.
Tangan Ezra merampas pistol di tangan Aleeq. Badannya dipalingkan ke arah hadapan. Target berbentuk manusia dia pandang tajam.
"Tak ada yang paksa. Atas kerelaan hati." Ujar Ezra. Matanya dipincingkan memandang target di hadapan. Tangan diluruskan ke depan. Postur tubuhnya dibetulkan.
"Sejak bila kau reti guna pistol?" Postur tubuh Ezra sempurna. Dia dan Ezra sudah pernah menjadi rakan sekerja semasa di Mattheo Group dan Aleeq yakin tangan Ezra tak pernah bermain dengan senjata. Ezra bekerja sebagai doktor sejak dulu, jadi nyawa jejaka ini tak pernah dalam bahaya. Erti kata lain, Ezra tak perlukan pistol untuk melindungi diri.
Ezra mengerling ke tepi.
"Kau pandang rendah aku? Talk about experience, I have it all." Perlahan namun keras suara Ezra.
"Aku Pierre Aleeq. Nyawa aku digengam oleh keluarga aku sendiri. Aku perlukan sesuatu untuk lindungi diri sendiri." Sambung Ezra.
Picu pistol ditarik separuh.
"Percaya atau tak, tangan aku sudah pernah membunuh. Aku sudah jadi manusia hina hanya untuk puaskan keluarga aku sendiri."
Bang!
Tepat peluru itu menghentam di bahagian kepala target berupa manusia itu. Mata Aleeq terbeliak. Tak tahu dia terkejut akan pengakuan Ezra atau skill yang Ezra miliki.
Picu pistol itu ditekan sekali lagi dan peluru itu singgah tak jauh daripada kesan tembakan pertama. Dengan jarak hampir 6 meter, Ezra boleh menembak dengan tepat. Cuma berbekalkan pistol jenis Glock-45 tanpa sebarang alat bantuan.
![](https://img.wattpad.com/cover/359741039-288-k116198.jpg)
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet
No FicciónCERITA BERAT! (AKAN KEMBALI!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang me...